Adik ipar & keluarga datang bermalam di rumah kita. Start je cuti sekolah jumaat tu terus depa mai. Jalan2 pusing kl.
Dah jauh datang dari Kedah nun adalah buah tangan utk kami. Mak mentua kirim rebung, ulam pegaga, buah-buahan & sambal jawa. Mak Kodiang pulak kirim kek pisang (homemade tau), ketupat palas, kuih bakar & buah terung. Begitulah orang tuakan, hati depa sentiasa ingat kat anak2. Benda biasa2 je tapi ingatan tu yang menyentuh hatikan...
Rebung tu kita masak kari dengan ayam. Makan dengan nasi panas dan sambal belacan dgn ulam. Sedapnya.
Terung color2 kiriman Mak.
Pegaga tu buat kerabu semalam.
Meletops!
Hari ni masak lemak bawal putih dgn terung. Walah!
Pastu baki tu kita rebus cicah dengan ayaq kerabu. Memang bertambah-tambah kakjah makan hari ni :)
Sambil shopping kat IKEA tu, sempat jugaklah depa bertandang ke rumah paktam. Jagung ni kiriman dari maktamlah. Jagung Cameron katanya. Dah selamat jadi bubur pun petang tadi. Biasalah bila cuti sekolah food kena sentiasa ada. Kang berkicau pulak anak2 burung kat rumah ni :)
Last but not least;
Credit |
Senyum.
No comments:
Post a Comment