Sabtu hari tu kami ada 3 jemputan kenduri; wedding di senawang, aqiqah & bday party anak member dan aqiqah mikael, cucu maktam.
Asalnya nak ke rumah member tu dulu then lepas zohor baru ke rumah maktam. Tapi masing2 nak bermalasan di rumah pagi tu sbb penat malamnya sampai rumah pukul 1, teman Walid main futsal di sports planet subang. That morning kita free & easy day je. Pukul 12 baru pakat kalut mandi & bersiap. After zohor terus ke rumah maktam...lapaq!
This time depa buat makan2 kat tempat baru; kebun paktam. Khabarnya paktam bersihkan sendiri tempat tu, beli chainsaw bagai semata-mata nak kenduri utk cucu sulungnya. Pasang khemah semua so tak mengganggu jalan. Kami pun syok je lepak makan sampai kenyang. Hujan pulak tu memang layan habis. Lepas tu masuk ke rumah maktam pakat berguling, lepak tengok TV. Aircond pulak on...memang marvelous.
Menu of the day; kambing golek, ayam masak merah, kuzi kambing, dalca, bubur kacang dan kuih muih. Dalam rumah pulak ada pelbagai pilihan desert; brownies, kek, coklat, baklava pun ada.
Layan Didi & Friends |
Seperti biasalah kalau ada makan2 session kat rumah maktam for sure dia akan tapau food sbg buah tangan. Bukan sikit2 tapi lebih dari cukup. Tqvm maktam.
|
Inilah mikael.
Ada iras Abang kecik2 dulu dan ada juga iras Nadeen. Bak kata Mak Eka, dah moyang depa sama, adalah iras tu :)
Mikael versi girl :) |
No comments:
Post a Comment