Monday, 28 March 2016

Selamat Pengantin Baru Hj Akmal & Pasangan



Semalam kami ke Ijok, meraikan hari bahagia Hj Akmal dan pasangannya. Hj Akmal ni kami kenali sewaktu sama2 terpilih menjadi sahabat Tabung Haji (sukarelawan TH) sewaktu di tanah suci. Orangnya masih muda, sekitar 25 tahun tatkala mengerjakan haji dua tahun lepas. Baru lepas graduate, kalau tak salah dari Australia. Bukan calang2 anak muda. 

Ingat lagi dulu jika nak ke k.Selangor atau ijok alahai terasa sangatlah jauh. Tapi sekarang dah ada hi-way LATAR dalam 45 minit kami dah sampai di rumah kenduri. Dari templer ke exit ijok terpaksa melalui 3 toll booths yg setiap satunya dikenakan caj RM2.50. Kejap2 kena bayar toll hehe... Macam hi-way Guthrie jugak. Takpelah janji masa perjalanan dah save banyak. 

Aduhai melihat je lauk kenduri rasa tak sabar nak menjamah. Kebetulan memang perut tengah lapar, laju je Mak buyung makan :) pastinya saya tak melepaskan peluang utk makan pecal & sambal jawa yg menjadi signature dishes orang jowo :) 

Terima kasih Hj Akmal atas undangan istimewa ni. Moga mahligai yg dibina dirahmati Allah dan kekal hingga ke jannah. Aamiin. 

2 comments:

  1. ijok...dekat sangat dah ngan kampung saya tu :-)

    ReplyDelete