Hari ni 9/3 berlaku gerhana matahari, satu fenomena yang berlaku setiap beberapa tahun sekali. Sana sini orang bercerita dan berkongsi gambar gerhana matahari ni.
Secara peribadi tahun ni kali pertama saya berpeluang menunaikan solat sunat gerhana. Lepas hantar Angah ke sekolah terus ke kafe MR, beli sarapan. Minta k.ros masukkan sekali sudu. Dia pun tanya, nak ke mana? Saya cakap nak ke masjid, solat sunat gerhana. Masuk dalam kereta tak putus2 saya baca 'doa Nabi Nuh' dgn harapan mudahlah dapat parking di masjid nanti. Sampai area masjid saya nampak kereta dah penuh kiri kanan jalan. Macam takde chance je nak parking dekat masjid. Saya tak larat nak jalan kalau kena parking atas bukit. Maklumlah mak buyung. Dengan Balqis lagi... But alhamdulillah sampai depan gate masjid ada parking space. W/pun terpaksa double park tapi tak mengganggu kereta sebelah. Syukur sangat tak perlu jalan jauh.
Kebetulan dlm waktu yg sama SS Dato' Dr Zulkifli al Bakri, mufti WP baru sampai. Saya perasan cuaca dah bertukar kelam/redup masa tu tapi tak sempat nak dongak ke langit sbb nampak ustaz pun dah bergegas masuk dalam masjid. Agaknya nak kejar waktu afdhal solat, ketika kemuncak gerhana pagi tadi (sekitar jam 8.24 pg). On the way nak ke dewan solat di tingkat atas dengar tok bilal bagi penerangan tatacara solat sunat gerhana. Mujur semalam saya dah baca di group wasap, taklah blur sangat.
Elok pakai telekung & stokin solat, ustaz angkat takbir. Kelam kabut mokcik. Yg best Balqis pun ikut solat. Secara ringkasnya tatacara solat sunat gerhana spt berikut:
1. Niat ~ sahaja aku solat sunat gerhana dua rakaat makmum kerana Allah Taala
2. Baca doa iftitah
3. Baca fatihah
4. Baca surah
5. Rukuk
6. I'tidal
7. Baca fatihah kali ke-2
8. Baca surah kali ke-2
9. Sujud
10. Duduk antara 2 sujud, sujud sekali lagi & bangun utk rakaat kedua
11. Ulang no 3-8 utk rakaat kedua
12. Pastu sujud & bagi salam seperti biasa
Usai solat, diikuti dengan khutbah ringkas dan doa. Antara intipati khutbah yg disampaikan oleh ustaz tadi antaranya bulan dan matahari beredar mengikut putaran masing2. Tapi Allah Maha Berkuasa untuk menjadikan keduanya gerhana. Gerhana ini hanyalah sebahagian kecil tanda kebesaran Allah. Sedangkan kiamat nanti lagi dahsyat; bintang2 berguguran, langit runtuh, bumi digulung dsbnya. Allahu Akbar!
Gambar kiriman biras saya sewaktu acara solat gerhana di sekolahnya pagi tadi. Sayangnya di sekolah Abang hanya murid tahap dua dijemput solat sunat gerhana tadi. |
Mengikut kiraan falak, gerhana matahari seterusnya akan berlaku pada tahun 2019. Moga ada kesempatan utk menyaksikan sekali lagi tanda keagungan-Nya.
No comments:
Post a Comment