Wednesday 31 December 2014

Airish Beauty Spa, Prima Sri Gombak



Sudah lama saya berhajat untuk memanjakan diri di spa. Sewaktu di tanah suci tempohari pun saya dah berangan bila balik ke tanahair saya nak berurut. Maklumlah disana kita banyak melakukan aktiviti fizikal seperti tawaf, saie, melontar dll. Hatta nak mencari saf solat pun perlu banyak berjalan. Itu belum lagi berulang alik dari hotel ke masjid. Allahu Akbar!

 Bila balik hasrat saya asyik tertangguh. Hinggalah didesak oleh hubby utk mencari spa yg berkenan dihati. Akhirnya saya memilih Airish Beauty & Spa di prima sri Gombak. Ada pakej menarik yg disediakan oleh mereka. Ada promosi sempena 'year end sale'. Promosi akan berakhir sehingga January 2015.


Deco yang simple but elegant. Mokcik berkenan sungguh dgn set sofa warna beige tu. Dah verangan nak tukar sofa raya nie :)

Saya ambik pakej 1

Mula2 saya berurut dulu, back body massage then migraine relief massage and finally reflexology. Waduh menang enak bila badan di'servis' begini.

Kemudian saya buat facial. Dah lama tak buang black & white heads jadinya menangis jugaklah bila dikorek segala noda dimuka tu :)

Overall service memang puashati. Cuma di bilik urutan tu juga ditempatkan sauna, 2 in 1. Jadinya sewaktu saya diurut tu client yg tengah bersauna tu boleh la jeling2 saya. Kurang privacy skit. The rest are excellent. Thanks B for the treat!

Finally I wish to extend my deepest condolence to those on board QZ8501 including their loved ones. Al fatihah to all Muslims passengers.

Welcome 2015!
May this year bring a lot of joy & happiness to all of us. May we be protected by any disaster & heart break.







No comments:

Post a Comment