Ramai kawan-kawan dan kenalan kami yg berasal dari pantai timur terutamanya Kelantan. Selain sedikit sumbangan dan kiriman doa yg tidak putus2 agar keadaan kembali normal dan semua mangsa selamat, kami juga mengutus khabar dgn kawan2 tentang mereka & keluarga mereka di kampung. Sebagai tanda prihatin & solidariti terhadap mereka. Difahamkan banjir kali ini yg terburuk dan terbesar terutamanya di Kelantan.
Rumah keluarga A di pasir mas setakat semalam masih selamat, tidak dilanda banjir. Kebetulan kedua ibu ayahnya berada di KL. Begitu juga J di machang. Selamat. Berbeza pula dgn K.Long. hampir seminggu banjir melanda dia masih tidak dapat menghubungi keluarganya di kampung. Aduhai hanya Allah yg tahu gelodak jiwanya. Bimbang & risau silih berganti.
Sahabat kami di Kemaman N, lebih bersedia menghadapi banjir kali ini. Pengalaman banjir tahun lepas dijadikan iktibar. Tahun lepas dia terpaksa berjalan kaki lebih satu kilometer dgn berkaki ayam bersama dua anak kecil dan suaminya ke pusat pemindahan banjir. Kali ini dia mengambil langkah pro-aktif dgn menghantar anak2nya balik ke kampung di KT sedari awal. Bila air makin naik dia sempat berkereta pulang ke KT. Alhamdulillah.
Gambar kiriman N |
Malam tadi kami ke pusat pengumpulan banjir di greenwood. Dapat juga expose anak2 tentang hal2 kemanusiaan ni. Khabarnya ia usaha sekumpulan individu yg prihatin dgn musibah ini.
Timbunan kotak ini adalah sumbangan pakaian dari orang ramai. Masih belum dikelaskan agaknya. Malam tadi saya nampak para sukarelawan sibuk packing barang2 makanan.
Agihan bekalan untuk mangsa2 banjir. Khabarnya mereka akan bergerak malam tadi juga. Moga dipermudahkan segala urusan. Juga operasi SAR QZ8501. Lindungilah kami semua ya Allah.
No comments:
Post a Comment