Saturday, 31 May 2014

"tak perlu buang..."


Sempat beli buku ni di Pusrawi tadi... uncang comel tu pula hubby dapat dari majlis bertunang anak jiran

Hari ni kami bawak Abang utk follow-up appointment dgn pakar ENT, susulan tonsilnya yang bengkak dan bernanah. Doc bg 2 minggu utk tengok keadaan tonsil Abang, dgn membekalkan ubat utk kecutkan bengkak pada tonsil juga utk habiskan antibiotics yg klinik bagi. Selain Tu doc minta kami monitor tidur Abang, in case he lost his breath while sleeping or any signs related to it. 

Seboleh mungkin kami suami isteri tak mahu Abang undergo another operation. Cukuplah 2x...

Alhamdulillah, everything is OK with Abang's tonsil. Bila jumpa doc pakar ni rasa lega sangat sbb he explained everything and to him ops is the last option. Tak payah buang for now. Tonsil yg membesar tu akan mengecil seiring usia, in most and normal cases. Leganya...

Dah namanya ENT specialist kan, the doc check juga telinga Abang sbb the tonsil kalau besar sgt blh mengganggu pendengaran & pernafasan. Rupanya telinga Abang banyak "bijih" :). Terus doc cuci telinga Abang. The ear wax yg doc keluarkan sebesar size kuku jari kelingking saya. It was unusually hard and almost reach his gegendang telinga.

I thot puncanya sbb jarang korek but Doc dismissed the idea. Katanya ear wax hanya exist di telinga luar. If we use cotton bud or any tools it would push the wax inside (towards telinga dlm) unless we able to kaiskan  the wax keluar. In order to do so, we need help. Bukan kita yg korek sendiri tp org tlg korekkan/cucikan telinga kita. Otherwise biarkan saja. The wax will naturally keluar. In Abang's case, doc suspected that he use his fingers to clear the ear. That's why wax tu makin byk terkumpul di dlm and mengeras. Ilmu baru utk kami sbg ibubapa juga.

Harap2 tonsil Abang tak bernanah lagi. Insha Allah. 

Last but not least, 


Cheers!

Tuesday, 27 May 2014

Kuih Lapis aka Kuih Gajah :)



Saya memang suka dengan kuih muih tradisional. Cuma persepsi saya tentang penyediaan kuih muih ni rumit dan memakan masa utk disediakan. Rupanya saya silap.

Beberapa hari lepas saya cuba buat kuih lapis, antara kuih tradisional kegemaran saya. Sekarang dah jadi feveret Angah. Tapi dia panggil cucur gajah! Satu lagi kuih yg dia suka is cucur badak. Bila ada badak, mesti ada gajah kan? And the list goes on.... we have cucur buaya (tepung talam) and cucur kerbau (kuih lopes). Semuanya named after animals yg dia tgk kat TV. Cucur plak sbb Umi & walid are Kedah-born. Orang Kedah pangge kuih tu cucuq :)
Kessahnya....

Berbalik kpd kuih lapis tadi, 1st time tak berapa jadi. Sukatan santan saya tak cukup. Patut batter tu dpt 600ml, saya dapat dlm 400ml je. Hasilnya kuih lapis saya hanya 4 lapis, bkn 6 spt sepatutnya. Dah tu keras sikit sbb guna tepung beraskan... kukus pun tak lama sbb saya x tau brp lama patut kukus. Tapi habis juga. Angah  le tukang angkutnya. Kejap2 nak cucur gajah...

Sebab x puashati, saya cuba lagi sekali. Kali ni perfect! Resepi saya pinjam dari blog kurniaanmu. Terima kasih empunya blog. Memang terasa keenakkannya, macam mak2 kita buat. Masa penyediaannya pun kurang dari 1 jam. Sesiapa yg nak try, saya mmg rekemen resepi ni. Resepi asli! 


Akhir kalam, 


Sunday, 18 May 2014

Masinnya Mulut Ibu



Kisah 1
Sepasang suami isteri membawa anak mereka, Along bertemu doktor. Dengkuran Along ketika tidur merisaukan pasangan muda ini. Along anak yang bijak namun sangat aktif. Biasalah budak bijak... 

Boleh dikatakan Along tak pernah duduk diam, ada saja karenahnya yg menguji kesabaran ibu ayahnya. Berebut mainan dgn adiknya, melompat di atas sofa, menendang bola hingga masuk ke rumah jiran, berlari2 ke sana ke mari tanpa tujuan dan macam2 lagi. Puas ditegur dan kadang2 dipukul ibunya. Diamnya cuma sekejap. Hilang sakit & rajuknya, kembali membuat karenah. Itu sisi kurang baik dia. Namun sisi baiknya, Along budak baik,  bijak dalam pelajarannya. Dia juga sangat suka mengaji. 

Antara kata2 yg sering ditutur ibunya ketika berleter... 
Along ni xde telinga ke?
Telinga tu x dengar ke?
Along xnak dengar cakap IBU, nanti telinga Along x dengar...
Kenapa tumpahkan air? Telinga ni x dengar kan? (Sambil telinga Along dipulas)

Allah Maha Kaya! Selepas didiagnosis oleh doktor, memang benar Along ada sedikit masalah pendengaran! Allahuakbar! Terpana ibu ayah Along. Dihati si ibu terasa sangat menyesal diatas perlakuannya terutamanya leterannya kpd Along selama ini. Sesal. 

W/pun ada penjelasan saintifik berkenaan masalah pendengaran Along, namun ibubapanya yakin ujian yg ditimpakan ke atas Along sebenarnya utk mereka. Ianya teguran Allah utk mereka berdua. Rupanya Allah mengangkat kata2nya selama ini sbg DOA. Dalam taubatnya si IBU merintih mermohon ampun dan memohon agar Along pulih semula. Janjinya pada diri sendiri, tiada lagi kata-kata negatif kpd anak2nya. Semoga Allah merahmati keluarga ini.

Kisah 2
Kisah Seorang ibu yang mendoakan anaknya menjadi Imam Besar Masjidil Haram. Perkongsiaan dr kuliah zohor sml.Ust Sharizan abang kepada.ust Abu...

Seorang anak sedang asyik bermain-main tanah. Sementara sang ibu sedang menyiapkan jamuan makan yang diadakan sang ayah. Belum lagi datang para tamu menyantap makanan, tiba-tiba anak itu dengan menggenggam debu. Ia masuk ke dalam rumah dan menaburkan debu itu diatas makanan yang tersaji.

Tatkala sang ibu masuk dan melihatnya, & terkejut beliau marah dan berkata: “idzhab ja’alakallahu imaaman lilharamain,” yang artinya “Pergi kamu…! Biar kamu jadi imam di Haramain…!”

Dan SubhanAllah, kini anak itu telah dewasa dan telah menjadi imam di masjidil Haram…!! Tahukah kalian, siapa anak kecil yang di doakan ibunya saat marah itu…?? Beliau adalah Syeikh Abdurrahman as-Sudais, Imam Masjidil Haram yang nada tartilnya menjadi ikutan kebanyakan kaum muslimin di seluruh dunia.

Ini adalah teladan bagi para ibu, calon ibu, ataupun orang tua… hendaklah selalu mendoakan kebaikan untuk anak-anaknya. Bahkan meskipun ia dalam keadaan yang marah. Karena salah satu doa yang tak terhalang adalah doa orang tua untuk anak-anaknya. Sekaligus menjadi peringatan bagi kita agar menjaga lisan dan tidak mendoakan keburukan bagi anak-anaknya. Meski dalam keadaan marah sekalipun.

Janganlah kalian mendoakan (keburukan) untuk dirimu sendiri, begitupun untuk anak-anakmu, pembantumu, juga hartamu. Jangan pula mendoakan keburukan yang bisa jadi bertepatan dengan saat dimana Allah mengabulkan doa kalian…(HR. Abu Dawud)

Wallahua'lam. 

Saturday, 17 May 2014

Siapalah saya tanpa mereka... titipan untuk guru


Hadiah Abang utk cikgu2-nya
Kali pertama mengenali insan bergelar guru ialah tatkala  menjejakkan kaki ke sekolah rendah. Kekangan hidup waktu itu tak memungkinkan saya untuk ke tadika. Masuk darjah satu baru saya ke sekolah. Maka tidak hairanlah cikgu2 sekolah rendah adalah mereka yg sgt berjasa dlm hidup saya. Dari mereka saya mengenal abc 123...

Cg.jamil, guru kelas saya selama beberapa tahun antara yg saya sayangi dan hormati. Waktu itu pembahagian kelas dibuat berdasarkan bulan kelahiran. Bulan jan-jun kelas M (merah) manakala kelahiran bulan jul-dis kelas K (kuning). Senang!

Manakala Cg.Lee, guru bahasa Inggeris berbangsa Tionghua pula suka 'mengusik' dan 'membuli' pelajar. Sewaktu rombongan sekolah ke Melaka, beliau menjadi tourist guide utk kami, anak2 kampung yang kebanyakannya baru pertama kali keluar dari daerah pendalaman kami.

Cg.Othman, guru besar kami yg sgt garang & tegas. Seboleh mungkin kami mengelak utk bertembung dgn beliau!. Setiap pagi kami dikerah bergotong royong membersihkan kawasan sekolah, seperti mengutip daun2 kering. Kami juga dilarang makan di kaki lima atau longkang di hadapan kelas. Semua perlu makan di kantin. Beliau juga mewujudkan perpustakaan di kebun sayur sekolah. Setiap pelajar mesti mengamalkan budaya membaca. Ramai yg tidak sukakan beliau krn banyak pendekatan beliau yg tidak popular tapi berkat ketegasannyalah beliau diingati sehingga kini.

Ust. Ishak (PK HEM), Cg. Shidah & Abg. Mat (kerani sekolah) pula banyak membantu kami mencapai kecemerlangan dlm bidang sukan. Kami pernah menang pertandingan bola baling peringkat negeri.

Seingat saya, bila tiba hari guru tiada hadiah utk cikgu yg kami berikan. Maklumlah masing2 hidup spt kais pagi makan pagi... namun bila tiba musim buah-buahan, pasti penuh bonet kereta cikgu2 dgn durian, langsat, manggis, rambutan, petai dll. Arwah Pak akan menyimpan durian dari pokok yg paling sedap buahnya, yg biasanya dijual utk cikgu2 saya. Jika dihitung pastinya separuh guni buah2an utk setiap guru saya. Mungkin juga lebih...

Pulang dari sekolah rendah, kami akan ke masjid utk kelas mengaji petang. Kami belajar tajwid, fiqah, hafazan dll. Ustzh Azizah, Ust Adnan, Ustzh Aminah dan Ustzh Rokiah antara guru agama saya. Ust Adnan w/pun dgn rotan sentiasa di tangan tetapi tidak pernah sekali pun saya lihat beliau merotan pelajar. Tapi Ustzh Azizah memang garang. Mungkin suaranya yg lantang menyebabkan kami kecut perut. Bertemu beliau sewaktu solat aidilfitri bbrp tahun lepas, hampir saya tidak mengenalinya. Kurus tubuhnya menanggung sakit kencing manis sgt mengharukan.

Malam pula saya belajar mengaji al Quran dgn P.Lang & M.Teh. Selepas Maghrib saya akan ke rumah mereka. Tiada upah yg diambil. Cuma jika ada yang khatam muqaddam atau al Quran, ibu bapa akan menghantar pulut bersama pisang, sambal ikan bilis atau lebih mewah, ayam bakar ke rumah mereka sbg tanda syukur. Kedua-dua mereka makin menginjak usia. M.Teh diserang mild stroke bbrp tahun lepas manakala P.Lang menderita batuk berpanjangan hingga kurus.

Hanya DOA yang mampu saya hadiahkan utk mereka insan berhati mulia yg telah mengajar saya dari kecil hingga sekarang. Mungkin di lain kesempatan boleh saya coretkan tentang guru2 sekolah menengah dan universiti saya. Insha Allah.

Untukmu cikgu,








Thursday, 15 May 2014

Kembali Bersiaran.... bersama kuih lopes :)




Ish... dah lama tak update blog. Jangan kita blog, FB pun dah tak berusik. Bak kata kawan saya, Dr Liza (she just got her PhD) ber-hibernate. Macam beruang kutub le pulak :)

 Dah siap mandi dan pakai baju sukan, dia rasa pening. Tidur je sepanjang hari.

Since semalam Abang demam dan muntah2. So hari ni kami bawa ke klinik. Rupanya tonsil dia bengkak dan bernanah. Dah kena infection. Nak tak nak this time memang kena remove the tonsil. Sebelum ni kami cuba ngelat lagi... maklumlah dah 2x Abang undergo operations, w/pun utk kes berbeza rasa sedikit trauma. 

Bukak mulut nak! Umi nak tengok
Sekali dia nganga macam hyppo da...:)

Hari ni juga saya cuba resepi baru, kuih lopes. One of my fav traditional kuih. Mak ada kat sini so senang sikit. Boleh dapat tunjuk ajar. Takde susah mana pun membuatnya... kalau tau dah lama buat... chewah! Resepi saya copy dari Kak Umi Home Sweet Home. Tq k.Umi dear. 

Ada yang kurus, ada yang gemuk
Maklumlah hasil kerja 2 org chef...

Dah dapat 4 bungkus, tiba2 daun pisang pulak habis. Udahnya pulut yg ditanak tu Mak jqadikan base kuih seri muka. Alhamdulillah rezeki berbuka hari ni. Dua-dua kuih feveret saya. 


Akhir kalam, jom sama2 kita amalkan;