Wednesday, 7 November 2012

Johor 2012 ~ part 1


Day 1: Pontian ~ Kukup ~ Muzium Bugis ~ Tg Piai Resort
Day 2: Taman Negara Tg Piai ~ JB ~ Bandar Dato' Onn
Day 3: Hotel Selesa, JB
 
Seawal jam 7 pagi kami bertolak ke Johor. Hujan renyai-renyai mengiringi perjalanan kami ke negeri Darul Takzim. Kami sekeluarga amat menantikan percutian ini dan pastinya semua teruja untuk memulakan perjalanan jauh ini. 

Sampai di R&R Seremban, kami berhenti mengalas perut. Bergilir dengan suami menjamu selera dek kerana Opal yang tidak mahu diam, berlari ke sana ke mari. Ditambah pula Abang yang merajuk kerana tidak dipenuhi kehendaknya.

Perjalanan di teruskan. Singgah lagi sekali kat R&R Air Keroh untuk ke tandas dan membeli air sebagai bekalan perjalanan. Opal dah 'sampai' ke Johor agaknya masa nie...masa terpejam rapat, mulut ternganga...:) Tidak lama kemudian, Abang juga 'hanyut' dibuai mimpi. Masa untuk berdua-duaan menemani suami!

Akhirnya, sampai juga kami ke Exit 247, simpang keluar ke tempat yang mahu ditujui. Waktu sudah melewati jam 12 t/hari.

Berenti keta jap, gambar signboard penting sebagai perencah untuk rakaman perjalanan nie

Signboard seterusnya....

Kiri ke kanan?


Dan seterusnya.... 

Terus B terus...!

Kami singgah sebentar di pekan Pontian Kechil, untuk berehat dan  meninggalkan jejak di pekan Pontian Kechil.

Sangat nyaman w/pun matahari terpacak di atas kepala, mungkin kerana bayu laut yang berpupuk lembut

Adik & Abang sedang 'release tension' setelah berjam-jam di dalam kereta


We were here!

Kedengaran azan dari masjid, lalu kami bergegas ke masjid untuk bersolat. B dan Abang ke masjid, sementara saya dan Opal menunggu di dalam kereta. 

Usai solat Jumaat, kami mencari kedai makan. Berhenti di sebuah gerai "Gerai Syima" berhadapan dengan kediaman rasmi jurutera daerah. Lauk pauk yang disediakan sangat menyelerakan, masakan kampung ala Johor - asam pedas, masak lemak putih, ikan goreng, rojak dll. Alhamdulillah, rezeki dari Allah. 

Perjalanan kami teruskan ke destinasi impian. Ikut signboard ye, bagi yang pertama kali sampai ke 'Bandar Penghujun Benua Asia'. Bukan saya yang cakap, tapi memang tertera di signboard ye.


Nampak tak?

Bila nak sampai nie?

Hah! Lagi 20km je... 


Dipertengahan jalan ke Tg Piai kami singgah sebentar ke Muzium Bugis. KLIK sini untuk info lanjut ye.

Masuk adalah percuma namun disediakan tabung untuk sumbangan memandangkan muzium ini diusahakan secara peribadi  oleh pemiliknya


Abang is admiring the Bugis swords


Alat muzik tradisional Bugis - antara yang saya kenal Gambus


Dapur arang



 Melihat kayu api di atas dapur ini, spontan saya teringat zaman kanak-kanak dulu, selalu menolong Bonda mencari kayu api di kebun getah. Kayu atau ranting getah yang patah akan dikumpulkan dan di potong kira-kira sehasta dan diikat. Lalu, dijunjung di atas kepala yang beralaskan kain batik. Nostalgia betul! 


Pernah lihat pelamin sebegini? Inilah pelamin orang Bugis. Menurut penjaga muzium, pelamin seperti ini masih digunakan di sesetengah tempat.


Batu Terapung


Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Tg Piai. Dah tak jauh... 
 


Sampai juga kami ke tanah hujung Benua Asia, alhamdulillah


Akhirnya tepat jam 4.10 ptg kami sampai di Tg Piai Resort... cerita tentang resort ini akan saya kongsikan di entry lain.

Kami juga melawat sekitar pekan Kukup, terdapat sebuah terminal jeti antarabangsa ke Pulau Karimun Indonesia dan juga pejabat imigresen di sini. Kebanyakan restoran makanan laut di sini diusahakan oleh masyarakat Cina. Manakala kaum Melayu pula lebih banyak mendiami Tg Piai. 




Terminal Feri Antarabangsa


Pejabat Imigresen Kukup




No comments:

Post a Comment