Entry untuk cuti-cuti Malaysia saya tangguhkan dulu bagi memberi laluan untuk entry khas buat seorang kenalan yang kembali ke rahmatullah.
Kissahnya...
Sewaktu menyemak status FB pagi tadi, saya dikejutkan dengan posting di wall ex-office mate yang dikatakan meninggal dunia. Setelah di semak, rupanya status tersebut adalah benar, namun penulisnya masih misteri. Rupanya telah 3 bulan beliau tiada di bumi fana ini, baru hari ini kami semua mendapat maklumat. Perginya pada bulan Ramadhan lalu, dalam keadaan yang memilukan. Beliau ialah ibu tunggal kepada enam orang anak.
Setelah berjaya menghubungi salah seorang ahli keluarga beliau, kami dimaklumkan bahawa arwah ditimpa kemalangan jalan raya. Lebih menyayat hati beliau sebenarnya membonceng motorsikal bergegas ke klinik membawa anaknya yang demam. Motor tersebut di tunggang oleh anaknya yang masih di alam sekolah menengah dan tidak memiliki lesen memandu. Lebih malang lagi, mereka di langgar oleh seorang remaja belasan tahun yang juga tidak memiliki lesen memandu.Jadi pendakwaan tidak dapat dilakukan.
Arwah meninggal di tempat kejadian, berkemungkinan mengalami pendarahan dalaman. Difahamkan anak arwah tidak mengalami kecederaan yang serius. Si kecil juga tidak mengalami sebarang kecederaan, mungkin tindakan arwah yang cuba menyelamatkannya membawa ajal kepada ibunya. Namun, ajal itu ketentuan Allah.
W/pun perkenalan kami tidak lama tetapi arwah seorang yang mudah mesra, murah dengan senyuman dan senang memberi kerjasama. Senyuman itulah yang sebenarnya melindungi segala kepayahan dan penderitaan beliau. Siapa sangka pertemuan 2-3 tahun lepas sebelum beliau meninggalkan syarikat adalah pertemuan akhir kami.
Saya doakan agar arwah bahagia di sana, ditempatkan rohnya dikalangan para mukmin & solihin. Al Fatihah untuk Kak Su...
No comments:
Post a Comment