Monday, 30 January 2012

Alamak Behind Schedule!

 

One of my resolution for this year is to read as much as I can. Today is the last day of the month but still i've about 1/4 of the book to be read. Apasal susah sangat ye? Siang keja kat ofis, balik rumah nak uruskan rumahtangga plak. Layan anak, layan suami..tup-tup dah penat. Bila masa nak pamper ourselves kan? This problem is not mine alone. I knew a lot of FTWM out there are having this dilemma.

But, for me it's all about time management! Jangan tertipu dengan MASA. Masa yang berlalu adalah musuh kita yang paling utama sekiranya kita tidak manfaatkan dengan bijak.Mutiara kata Saidina Umar (kalau x silap):-

Orang yang hari ini lebih baik dari semalam, beruntunglah dia
Orang yang hari ini sama seperti semalam, dia orang yang LALAI
Orang yang hari ini lebih buruk dari semalam, celakalah dia

Jom baca dan baca dan baca lagi.


p/s: The blog owner is currently trying hard to finish her reading with less than 20 hrs before Feb comes in. Do you think she can manage to do so? The self reward for her if she finished the book is she can buy her dream book!

Wednesday, 25 January 2012

Abdullah Ibn Huzaifah


Hari ni saya nak berkongsi dengan sahabat2 semua sedikit ilmu yang saya perolehi ketika memandu pulang dari tempat kerja semalam. Kisah tentang seorang sahabat, Abdullah Ibn Huzaifah. Beliau adalah panglima perang semasa pemerintahan Saidina Umar (khalifah ke2). Beliau dan angkatan tentera Islam telah ditawan oleh tentera Rom. Raja Rom telah memaksa Abdullah dan tentera2 Islam agar murtad dan memeluk agama mereka, jadi mereka tidak akan dizalimi. W/bagaimanapun, Abdullah selaku ketua telah bertegas sekali-kali tidak melepaskan Islam. Lalu, raja Rom memerintahkan agar disediakan air panas di dalam periuk/kawah. Abdullah dan tentera Islam di bawa ke tempat tersebut. Sekali lagi, raja Rom memaksa Abdullah untuk murtad. Beliau menolak. Lalu tentera Rom mencampak seorang tentera Islam ke dalam air yang sedang menggelegak itu. Ditanya lagi, mahukan engkau melepaskan Islam? Dengan tegas, Abdullah berkata: " Sekali-kali tidak!". Lali dicampak seorang lagi tentera Islam ke dalam air panas tersebut. Kemudian, Abdullah dan tenteranya dihantar semula ke penjara. Tiba di penjara, sahabat yang mulia ini menangis. Lalu, pihak penjara memaklumkan kepada raja mereka bahawa Abdullah menangis. Sangka mereka Abdullah sudah lembut hati, menyesal dan mungkin takut dengan mereka. Sekali lagi Abdullah di bawa ke hadapan raja Rom dan ditanya "kenapa kamu menangis? Kamu takut akan mati?" Subhanallah, jawapan yang diberi oleh Abdullah "tidak, sekali-kali aku tidak takut mati. Tapi aku sedih kerana aku hanya ada SATU nyawa, aku hanya mati sekali. Seandainya nyawa aku sebanyak bilangan bulu roma di badanku ini semuanya aku sanggup korbankan demi Allah" Terkejut dan terpana raja Rom mendengar kata2 Abdullah. Sungguh dia kagum dengan iman panglima Islam yang gagah ini. 

Lalu, raja Rom melepaskan semua tentera Islam, tetapi dengan satu syarat. Beliau mahu Abdullah mencium kepalanya. Lalu Abdullah mencium kepala raja Rom tersebut sebagai syarat pembebasan beliau dan seluruh tentera Islam yang ditawan. Menurut Ust, permintaan tersebut adalah kerana rasa kagum dan hormat raja Rom terhadap Abdullah. 

Apabila kisah ini sampai kepada Saidini Umar, beliau mengarahkan semua kaum Muslimin mencium kepala Abdullah Ibn Huzaifah, sebagai tanda penghormatan kepada beliau. Saidina Umar adalah orang pertama yang berbuat demikian. 

Semoga kisah ini menjadi teladan kepada kita. Betapa kuat dan kental iman para Sahabat, tanpa jasa dan pengorbanan mereka, mana mungkin kita dapat mengecap nikmat iman dan Islam hari ini. Renung2kan, selamat beramal!

Tuesday, 24 January 2012

Restoran Ayam Kampung

Pernah ke JJ / Alpha Angle Wangsa Maju? Perasankan ada masjid baru dekat2 situ kan? Itulah landmark utk ke restoran kita hari ini - Restoran Ayam Kampung. Restoran ni berhadapan dengan masjid tu, kat shop lot tu.. 

Inilah kedai makan tu ye.. Waktu operasi 1100 - 2300.
Pilihan saya
Pilihan hubby
Pilihan abang - nasi putih ngan telur masin...:)
Perasan x kertas bergambar yang ditampal di dinding tu? Itulah keratan media (HM) pasal kedai nie. Untuk dinner, ada ala carte. Specialty dia masakan Yunan.Saya pun belum pernah try so next time kena datang lagi nie
Selection of food. Harga ayam kampung RM4.50 per pcs.
 Untuk hidangan yang kami makan termasuk air aritu, RM15 lebih kurang. Food sedap, kedai bersih & servis pun memuaskan. Will come again next time to try the Yunan food, insha Allah.

Thursday, 19 January 2012

Kalau Sudah Tertulis 2

Selalu bila dapat sesuatu rezeki (esp RM),  kita fikir rezeki yang kita dapat tu hanya untuk kita ataupun keluarga kita.. Rupanya, ia bukan milik mutlak kita. Ingat lagi nasihat ex-bos dulu bila kitorg selalu puji dia rajin belanja, dia selalu cakap "ala, duit ni memang dalam poket aku, tapi kalau dah Allah takdirkan jadi rezeki korang, memang rezeki korang. Aku belanja ni pun sebab memang rezeki korang pada duit nie". Very true kan? 

"Money is like water, block its flow and it will stagnate" 
Sheikh Mohammed Al Maktoum  

Ingat lagi entry saya 2-3 hari lepas? Memang bukan rezeki saya sepenuhnya duit extra tu, sebahagiannya untuk sepasang pengantin baru. Rasa lebih bermakna untuk saya hadiahkan 'kitab cinta' untuk mereka, tambahan pula special request dari pengantin lelaki. Semoga menjadi panduan hidup untuk mereka berdua. Semoga bertemu mawaddah, rahmah dan sakinah yang dicari!


Ini untuk pengantin baru, untuk diri sendiri? Alhamdullillah, tercapai jugak hajat...:)

Ya Badrotin - مـــن مثــل أحمـــد في الكونــين نهـــواه



Saya tersangat suka nasyid nie, Ya Badrotim. First time dengar nasyid ni dalam, kat radio IKIM. DJ kata Rahmat Ekamatra nyanyi.. bila dengar je saya ngan hubby macam x caya Rahmat nyanyi.. memang layan giler la nasyid nie.. if happened my hubby baca entry nie, tolong beli ye B album nie...:) Tajuk album ni Semarak Cinta Rasulullah
- rangkuman 5 lagu dalam album terbaru Rahmat Ekamatra (nyanyian qasidah)... lagu cinta ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW... 
-terbitan Yayasan Sofa yang diasaskan oleh
-album edaran NAR Record
-sedikit hasil jualan masuk ke tabung Yayasan Sofa
-harga RM25

(tulisan bold nie copy dr FB kawan ye..:)

Jom layan...

Monday, 16 January 2012

Kalau Sudah Tertulis...

Duit oh duit
Sebelum lunch tadi saya ke bank. Alang-alang dah ke bank tu sempat plak mengular ke kedai tudung depan bank tu. Aduhai, ada stok baru yang cantek2.. ikut hati memang dah sambar dah selai dua, tapi sempat tahan nafsu lagi. Sib baik jugak Kak Zah (cashier) yang selalu deal ngan i tu dah resign, ada cashier baru. Kalau ngan K Zah tu mau jugak saya cair bila dia pujuk2 beli... hahahaha.. Dalam hati saya dok congak, nak pakai allocation mana beli tudung nie ye? Elaun hubby bagi dah abis. Allocation untuk personal use nak beli baju baru untuk kenduri kawin abg cik next month... xpelah, saya let go je lah keinginan nak beli tudung baru tu.. So saya balik la ke ofis.

Tup tup sampai je kat workstation saya, nampak ada duit atas meja ai. Huish, rezeki nie.. (sapa bagi & sebab apa tu xyah citer la kan). Tapi yang penting saya ada EXTRA money this month...:)  Mungkin sudah tertulis rezeki saya....

Thursday, 12 January 2012

Dangau Anis Putri Corner

Salam all.. biasalah kalau ai buat entry lepas lunch cenggini mesti pasal makan la ye. But jangan ingat my life revolve around makan je.. bukan apa entry pasal makan nie ringan, so senang skit nak tulis.. lagipun sapa x suka makan dak?

Ok, straight to the point, aritu lepas antar MIL & FIL naik ETS kat KL Sentral kitorg gi bekpes kat 1 kedai fofular nie.. sebab apa ai kata fofular? Sebab ada plag JJCM kat situ...:) Direction, lepas Maybank Bangsar tu ada traffik light kan? kalau kanan kita nk gi matrik UIA (sekarang IB) / menara pucuk rebung etc tp uols amik terus nanti lalu Angksapuri belah kanan. Pastu, nampak signage Kg Pantai Dalam (kalau x silap la) tapi petuanya 1st exit tu korang keluar la dr jalan tu. Then nampak warung kiri kanan. Terus ke depan lagi sampai nampak kedai ni  sebelah kanan.

Compared to other kedai makan kat sini, Anis Putri nie nampak outstanding. Yang lain mostly warung biasa je




Ha tu! Plag JJCM dia
Kuih tradisional Kelate yang dijual di sini. Ai kenal akok je, len2 x tau. Tapi lompat tikam ada, cuma lupa nak snap sebab Awash asyik suh amik gambar dia je...P
Comfortable place. Area yang air conditioned pun ada ye
Kami datang utk bekpes tapi lepas makan tu tengok lauk t/hari dia dah siap dah!
Kalau mai sini jangan lupa try ayam goreng berempah nie, memang terangkat

Observation:-
Harga sangat berpatutan, tempat very convenient & bersih, masakan sedap (selera Kelate k), servis pun ok.  Esok cuti hujung minggu, apalagi jom kita!

Wednesday, 11 January 2012

Old Village Restaurant

Salam all.. hari nie entry pasal makan-makan ye..maklumlah baru balik lunch..:) tapi tempat yang i nak citer ni xde kena mengena pun ngan lunch ari ni.

Restoran nie terletak di Jalan Dato' Kumbar (JDK), Alor Setar ye kengkawan, sat gi pakat pi dok cari kat KL ni confirm x jumpa no. Maaf saya x berapa ingat  land mark nak ke sini, sebab kami pi malam. But for sure, uols amik exit Alost Setar (S) then traffic light lepas tol tu amik kiri. Terus lagi, nampak Souq al Bukhari sebelah kanan, terus lagi. Then sampai traffic light Jalan Dato' Kumbar, amik kiri. Pastu bole nampak dah sign board ke OV nie. Tempat nie quite tersorok. Simpang nak ke OV nie from JDK tu betul2 bawah jambatan highway - meaning highway PLUS tu atas kepala korang la, then belok kanan. Lalu2 rumah orang sebiji dua.. tadaaa! Jumpa pun restoran nie.

Nak buat seminar bole, nak mesyuarat bole, nak tido sini pun bole - ada homestay
Nampak tu? Kalau siang bole naik bot menyusuri sungai nie..
Area nie betul2 atas air. Kalau gayat, boleh makan kat area yang daratan ye. Malam tu kami sekeluarga makan kat area atas air nie ler, tapi dalam hati cuak gak maklumlah ada anak-anak kecik. Hero-hero kami tengah lasak. Nak plak my nephew cakap, xde buaya ke m.ngah! Ish, budak kecik sorang nie... Sekali ada bot lalu, so rasalah tempat kitorg duduk tu bergoyang, dek arus sungai yang berombak-rombak tu
Puyuh masam manis
Udang Goreng Tepung
Siakap Bakar - ada le sambal sikit-sikit

Telur Bungkus
Sup sayur
Taste? Ok2 je.. tapi tempat nie femes la bagi orang-orang belah Alor Setar, Jitra etc sebab the ambiance and facilities  yang disediakan kot. Kalau syarikat nak buat makan2 selalu buat kat sini. Car park banyak, surau pun ok, cuma yang perlu diperbaiki adalah toilet. Bukan x bersih, OK cantik tapi problemnya - 1st toilet pintu xleh kunci, dah tu camne?. 2nd toilet, toilet cangkung - sian, preggy women x sesuai (cek x pregnant k, cuma prihatin je). 3rd, toilet duduk tapi pelapik toilet xde! Dah tu, xleh flash.. apa cer???????

By the way, kalau uols pi Alor Setar, jemput mai la sini. Bolehla rasa makan atas air sambil disapa angin malam yang mendamaikan. Harga? Saya x sure sebab BIL yang bayar..hehehehe

Monday, 9 January 2012

Riak, Sum'ah & 'Ujub

Pic: TQ Mr Google
Semalam otw balik rumah, saya dengar radio IKIM. Ada sesi soal jawab dengan sorang Ustaz ni (maaf saya x berapa clear nama ustaz tu). Ustaz terangkan pasal riak, sum'ah dan ujub. Meh den nak share skit pasal ketiga2 sifat mazmumah nie:-

Riak - sifat buruk ni biasanya berlaku SEBELUM kita buat sesuatu amal tu. Contoh ustaz bagi, kita bagitau ngan kawan kita "malam ni aku nak pi qiyam kat masjid'. Kita dah announce siap2 dah... tapi riak nie masih boleh dibendung, jika kita ada kawan-kawan yang sentiasa nasihat & tegur kita. Yelah, dalam kalangan sahabat-sahabat kita mesti ada yang menegurkan...

Sum'ah - sifat buruk ni plak selalunya berlaku SELEPAS kita buat amal tu. Contohnya kita pegi qiyam kat masjid, kita xde bagitau sesapa pun. Simpan untuk diri sendiri nie.. Tetiba, esoknya jumpa plak kawan kita, then dia cakap "eh, semalam aku nampak ko kat masjid la.. rajin la ko bla bla". Masa nie kita dah kembang kuncup dah, maklumlah orang puji. Memang sifat manusia ni suka dipuji, jadi berjaga-jagalah sebab susah skit nak kontrol sifat yang satu ni. So, bila orang puji, kita kena ucap alhamdulillah...

'Ujub - sifat buruk yang ni memang susah nak kontrol / buang. Sebab hat yang 1 ni dia dok diam2 dalam diri kita. Orang xtau pun, tapi kita sendiri rasa bangga ngan amal soleh kita. Dok rasa diri hebat dah bila buat amal sikit. Kita rasa kita lah yang paling hebat. Ini memang susah sebab orang luar xtau apa dalam hati kita. Jadi, rajin-rajin istighfar sebab kita takut sifat buruk ni 'membakar' amalan-amalan kita seperti api membakar sekam!

Lastly, ada caller tanya macam mana nak buang sifat2 nie dalam hati. Ustaz bagi analogi, seperti lalat bila hinggap kat tangan kita ka muka kita ka, cepat2 tepis. Kalau kita biar, makin lama dia bertenggek kat kita then makin banyak la geng dia mai hinggap kat kita. Sama juga dengan sifat2 mazmumah nie, bila terasa salah satu ni timbul/muncul cepat2 tepis - istighfar terus, buang cepat2 jangan sampai bersarang dalam jiwa. Allahu'alam.

Sunday, 8 January 2012

Selamat Berjuang!


Bila saya terbaca post kawan saya di FB, terpaksa berpisah dengan baby yang baru berusia setahun 3 bulan saya sungguh tak keruan. Baby masih menyusu, mamanya terpaksa melaporkan diri di maktab untuk ambil DPLI. Selama nie mamanya seorang GSTT, bila dapat peluang sebegini pasti sukar untuk dilepaskan. Lebih merisaukan hati si ibu, dia diminta melaporkan diri di Sarawak. Fuhh, memang kena kuat semangat betul. Doa saya semoga beliau dapat bertahan. Lagipun babynya dijaga oleh saudara kandung sendiri. Insha Allah semuanya akan selamat.

Kisah yang sama juga berlaku pada seorang teman yang lain, berjaya mendapat tempat di maktab perguruan setelah bertahun menjadi guru sandaran. Dalam keadaan mengandung 4 bulan, beliau terpaksa meninggalkan 4 anak yang masih kecil bersama suami demi mengejar cita-cita dan demi masa depan yang lebih terjamin. Doa saya, perpisahan dan pengorbanan mereka akan diberi ganjaran sewajarnya oleh Allah.

Sanubari saya tersentuh, sebab in whatever condition, saya selalu bayangkan andai itu terjadi pada saya.. sungguh saya lemah. Baru 4 hari tinggalkan Opal sebab outstation hari tu saya dah sasau, ini kan pula terpaksa berpisah dengan anak untuk setahun setengah. Tapi, setiap kesusahan, pasti ada kemanisan dipenghujungnya. Di setiap ujian, ada hikmah tersendiri. Dia pilih kita untuk diuji kerana kita mampu mendepani ujian tersebut... Untuk sahabat dan teman saya, teruskan perjuangan!

Wednesday, 4 January 2012

Warna Warni 2011

Dah terlambat ke? Boley la kan, nak corat coret sikit sebanyak pasal tahun lepas yang baru 2-3 hari berlalu nie.. semoga catatan ini akan menjadi kenangan abadi di masa depan.

Januari
Tengok! Kalau saya x buat catatan nie mesti saya x ingat apa yang berlaku sebelum2 nie. Ini pun saya dah lupa, apa peristiwa menarik Januari 2011 ritu.. Aduhai.. hilang ingatan kejap. Rasanya masa nie dok pikir pasal nak bersalin je nie..

Fabulous February

Pengantin Aqim & Emi
Feb 2011 menyaksikan anak buah saya, Aqim naik pelamin. Kami membesar sama-sama dibawah jagaan mak pak ai, so bila dia dah nak kawen rasa cam alahai, dah besar budak sorang nie. Inilah teman gaduh saya kecik2 dulu.. antara momen yang paling saya ingat kenduri Aqim ni ialah saya tukang buat hantaran untuk dia. Maklumlah, cucu nak kawen mak saya pun berhajat la nak buat 2-3 bekas hantaran. Dalam keadaan sarat mengandung masa tu, saya dengan gembiranya menunaikan permintaan mak. Bukan apa, gubahan hantaran is one of my passions. Tapi masa tu x teringat plak nak amik gambar.. Maklumlah xde blog lagi masa tu...hehehehe. Yang paling saya xleh lupa kami trapped dalam jam 8 jam dari Taiping ke KL. Time to raya china. Kesian mak buyung ni.. 

Memorable March
Si debab yang dah kurang debab sekarang sebabnya lasak sangat2 si kenit sorang nie!
21 March will always be remembered as one of the best days in my life. For the 2nd time, i became a mother. He's so cute, adorable & most importantly healthy. 'Yang terpuji lagi dermawan' Ingat lagi, mula-mula dok cari nama girl je, sebab teringin nak girl plak lepas dapat 'kejayaan' yang pertama dulu. Towards the end of the pregnancy, Doc cakap boy nie. Ala, jenuh la saya terkial-kial cari balik nama-nama boy yang saya suka. Yang pasti, nama mesti ala-ala Arab but bila disebut ada kemanjaan dan kelembutan gitu!

Awesome April
Sebab apa awesome? Sebab dok rumah goyang kaki tapi gaji masuk..hahaahah.. masa ni tengah confinement!

Mourning May

Di restoran ni la mereka 'diraikan'. Nanti ada masa saya buat post khas untuk restoran nie ye..
Selepas berpantang dengan aman damainya ramai bila masuk semula ke ofis saya dikejutkan dengan 'kehilangan beramai-ramai' rakan sekerja. Semuanya nak berhijrah hampir serentak. Macam berjanji2 pulak diorang nie.. Bukan seorang dua, tapi 4 orang sekaligus! Tapi yang bestnya warga cert nie, even dah berhenti kerja pun ukhuwah tu masih kebal & kekal. Sentiasa di hatilah orang kata. I like!

June
Sekali lagi saya lupa apa yang best berlaku dalam bulan 6 tahun 2011 ni. Nanti kalau ada yang best2 cek post later la ye...:)
 
'Jerihnya' July
Opal lentuk atas katil.. Masa nie sedih sangat tengok bayi sebesar nie pakai uniform spital nie.. so touching!
 Opal admitted sebab bronchitis. Masa nie dia baru 3 months plus so agak kaget sebab nafas dia asyik berbunyi je. Pegi Klinik Shanaliza, Doc terus refer ke hospital sebab banyak lendir dah blocked paru-paru dia. Risaunya saya Allah saja yang tahu masa tu. Tapi alhamdulillah, setelah beberapa hari di beri gas secara konsisten, Opal kembali sihat. Go Opal go!

Amazing August
Alhamdulillah, saya berjaya melalui puasa kali ini dengan lebih baik dari tahun sebelumnya - mengikut timbangan sendiri. Ini kerana tahun lepas saya berpuasa dalam keadaan amat lemah kerana morning sickness yang teruk tapi tahun ni alhamdulillah. Walaupun BF, tapi masih kuat dan bertenaga. Untuk ibu2 diluar sana, percayalah anda boleh BF dan berpuasa tanpa perlu risau akan kekurangan stok dsbnya. Banyakkan berdoa dan jangan lupa minum air banyak2 waktu sahur. Waktu berbuka, jangan minum ais k.

Sweet September
Perbincangan sedang dijalankan... Alhamdulillah, kata putus dicapai kenduri akan diadakan pada Feb 2012. Ai jadi wedding planner lagi u!
 Aidil Fitri 2011 sekali lagi kami bergabung tenaga untuk menjayakan majlis pertunangan Abg Cik. Ikutkan bakal kakak ipar ai orang dekat je, tapi memandangkan kampung halamannya di Melaka maka kami sekeluarga pun x dapatlah beraya sakan di kampung tahun nie.. Sian Awash & Opal, x sempat kutip duit raya bebanyak.. Pasal majlis nie juga giliran raya saya bertukar.. suami pasti tersenyum lebar, raya kat kampung dia lagi.. hehehe.. xde nya ai kisah, janji dapat raya.. All the best Abg Cik! Itu cerita gembira. Cerita sedihnya pula kami kehilangan tok tercinta juga pada bulan ini. Al Fatihah...

Oh October!
Inilah lebih kurang masa regi. Ini awal lagi, belum time orang serbu. Bayangkan 400-500 orang nak handle dalam satu-satu acara, pening mak nak!
KLIFF, antara tarikh penting dalam kalendar saya. Kalau nak kawin ke, nak bercuti ke hatta nak bersalin pun mesti tengok tarikh KLIFF dulu la kalau boley. KLIFF is actually the international forum organized by our company every year since 2003. Masa ni lah kami sibuk bangat untuk preparation becoz program nie seminggu - ada exhibition, dinner, forum, workshop, jalan2 dll. Bukan calang-calang attendees, from across the globe and we also need to handle the VVIPs from the PM to Ministers yang terlibat dalam acara nie. If you could check, KLIFF is one of the important agenda in Islamic finance calendar. This year KLIFF was held at Hotel Istana so seminggu la kami berkampung kat hotel nie. Masa ni lah rindu sangat2 nak tengok matahari, nak tengok hujan even traffic jam pun rasa nak tengok! Yelah, seminggu dalam hotel tu, keja dari pagi sampai ke pagi (7.00 am to 5.00 am dik!) Sanggup? Meh anta resume kat ai kalau berminat.

Notty November
Tahun ni Abang request nak kek Ben 10. Tahun lepas Upin & Ipin. Tahun sebelum tu SpongeBob.. apa2 je lah Abang, janji Abang bahagia!
 Comes to November, agenda penting dalam fikiran saya mestilah birthday Abang. Maybe sebab tunggu lama sangat nak dapat permata hati sorang nie, so we are so excited to remember his birthday. Sampai sekarang dok ingat lagi momen indah first time menatap wajah anak sendiri. Semoga Abang membesar dengan sihat, cergas, aman & diberkati Allah dunia & akhirat.

'Dugaan' December
Klinik nie memang pakar untuk kanak-kanak. Apa saja sakit, bawaklah anak2 datang sini, insha Allah berkesan. Doc dia very motherly and advice yang diberi memang worth the money. Lokasi kat Wangsa Maju, satu row dengan Hospital Naluri.
Tahun 2011 bagi saya ditutup dengan penuh dugaan. Yelah, dah setahun banyak sangat dosa agaknya, so di hujung2 tahun Allah datangkan ujian untuk kami sebagai kafarah dosa. Jika tidak diuji, kita akan larut dengan nikmat. Dek terbuai dengan kesenangan, mungkin menjadikan kita lupa dan lalai. Apapun, sebagai hambaNya saya redha. Tragedi pintu kaca benar-benar menguji saya sebagai seorang ibu dan memberi pengalaman baru. Terasa terbang seluruh semangat saya tatkala melihat luka di dahi abang. Di minggu akhir Dec pula, kami sekeluarga terkena food poisoning. Lemah, lembik dan longlai! Paling kesian Opal, sampai cikgu dia cakap tinggal mata je yang besar, yang lain semua shrink! Hahahaha... December juga menyaksikan teman sepermainan saya Ja menjadi ibu buat pertama kali (setelah 5 tahun menunggu dengan penuh sabar). Tahniah atas kelahiran Izol Ismail, semoga menjadi anak yang soleh.