Saturday, 23 September 2023

Hari Bicara Akademik SRAI pulak ☺️

Jumaat minggu lepas Hari Bicara Akademik (HBA) Abang, Jumaat minggu ni 22/9 HBA Angah dan adik² dia pulak.  



Lebat betul hujan pagi tu. 
Lepas anak³ masuk sekolah, Ummi tunggu je dalam kereta hingga pagar buka. 

Ummi pergi kelas Kakak dulu. Alhamdulillah, tidaklah mengecewakan walaupun Ummi target higher untuk dia. 
Banyak nak kena improve khususnya subjek agama. BA JAIS dapat 47%, tapi BA KPM dapat 94%. Dia tak jawab bahagian kefahaman, tak reti katanya. 

Turun pula ke kelas Angah. 
Susah hati Ummi, subjek teras tak memuaskan skornya.  PKSK back to back dengan PSRA awal bulan depan. Mudah-mudahan sempatlah dia ulangkaji dan polish subjek⁴ teras ni. 

Akhir sekali Ummi ke kelas Adik. Alhamdulillah, berita gembira menanti :D 

Adik nombor syatuuu... 
Tahniah Adik! 

Alhamdulillah, apapun syukur dengan keputusan PPT kali ni. Cumanya kena berusaha lebih kuat terutamanya Angah dan Kakak. Dari segi sahsiah berdasarkan feedback guru², alhamdulillah semuanya menyejukkan perut Ummi  yang mengandung :p 


Usaha lagi ye anak⁴ 💪

Friday, 22 September 2023

Botol Air Montigo

Botol air Mr DIY Ummi kan tertinggal di puncak Cameron Valley Kuala Terla. Masa makan kenduri anak Tuan Amir di Lanai Asmara, IOI Conezion tu kami singgah juga 'menyoping' di Mr DIY. Ingat nak beli baru tapi takde yang berkenan.

Alih-alih Walid belikan botol air jenama Montigo ni. 

Tak kenal jenama ni tapi boleh tahan harganya ye... Airnya boleh isi air panas atau sejuk, tahan 8 jam katanya. Ada disertakan juga warranty card. Jenama kayangan agaknya, siap ada warranty tu kan... 

Tak lama kemudian, Walid beli pula satu lagi, untuk diri sendiri. Kapasiti 1.8L. Berat dan gemuk botolnya. Ummi tak suka haha... Jenuh nak angkat botol tu untuk gogok air :D 

Tak habis lagi, bila masa birthday Walid, Aunty A bagi pula mug Montigo! 

Dah ada 3 beradik... 

Warna botol air Ummi dan mug Walid sama, emerald green. Manakala botol berat tu warna hitam. 

Alhamdulillah, syukur selalu 🤲

Thursday, 21 September 2023

Mem Besaq

Setiap hari mengekor Ummi hantar adik beradik dia (well, everyone regards her as a family member ☺️ke sekolah... 


Situlah port dia kalau naik kereta Ummi ...

Dia memang suka lepak/tidur tempat tinggi-tinggi... Diva sangat tau! 

Berjuntai kaki dan ekornya tu hah ...

Satu lagi port favorite dia, atas riba Ummi  :D 


Bila semua ke sekolah, dia la jadi peneman. Sayang ketat-ketat 🤗


Sambutan Bulan Kemerdekaan 2023 SRAI

Selepas ditangguhkan kerana memberi laluan kepada trial PSRA (11-15/9), makanya semalam 20/9 berlangsunglah majlis penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan 2023 peringkat SRAI :D 

Murid-murid digalakkan memakai pakaian bertemakan kemerdekaan dan pastinya pilihan warna berdasarkan warna Jalur Gemilang. 

Antara acara yang dipertandingkan...

Buku Skrap Angah dan Kakak. 
Dua-dua tak menang :D Acara khat juga takde rezeki buat anakanda berdua. Dua acara ni murid Tahap 2 wajib join. Adik pula acara wajibnya pertandingan mewarna. Pun belum rezeki Adik menang.

Adik nak masuk acara Fashionista. Ummi belikan wau bulan dari Kelantan nun... Konon² nak bergaya macam Miss World la kan...bawa iconic items kat belakang tu... 

Sebelum ni tak pernah pun beria-ia macam n, setakat pakai apa yang ada je... tapi itulah, anak bongsu agaknya. Nak juga Umminya merasa siapkan anak dengan gaya² begini ☺️

Kakak pilih sendiri pakaiannya. Mix & match style. Cekak sanggul lintang tu Ummi beli online gak...

Paling Ummi tak sangka... dia bersungguh nak pakai baju tema Merdeka. Suruh pakai baju Melayu putih dengan tanjak Merdeka tak nak. Mujurlah dapat idea last minute pakai ala retro gini. Seluar tu seluar PBSM Kakak. Topi pun topi Kakak. Alhamdulillah, terpilih juga dia untuk Top 5 (L) Tahap 2, wakil rumah biru. Tahun ni setiap rumah sukan  hantar 5 peserta lelaki, 5 peserta perempuan utk Tahap 1 dan Tahap 2 sebagai finalist. Sebelum ni cikgu pilih random sesiapa yang busananya outstanding. Adik pula sebab  masuk acara nyanyian berkumpulan juga, cikgu tak bagi masuk acara fashionista, takut tak sempat :( Sedangkan Angah pun masuk pertandingan nyanyian berkumpulan gak 😅  Bukan rezeki Adik kali ni... Lagipun semua hebat-hebat, all out belaka. Selalu tengok dekat sekolah kebangsaan je meriah macam ni, alhamdulillah di SRAI pun dah nampak kemeriahannya 👍

Sehari sebelumnya, Angah masuk acara poem, Tahap 2. Sir pilih dia untuk wakil rumah biru. Cari sajak, berlatih, buat gaya semua sendiri je. Kakak dulu hari-hari berlatih dengan Cg Aida. Angah ni Ummi dengan Kakak la tukang latih dia :D 

Dia sendiri decided nak pakai baju Melayu hitam tu. Ummi siapkan tanjak je, guna tudung Merdeka. Tudung Merdeka ni memang kena standby lah untuk yang ada anak² sekolah ni hehe... multi purpose dan sangat diperlukan bila tibanya bulan Ogos dan September :) 

Berkat usaha, alhamdulillah inilah keputusannya. Syabas anak³ 👏👏👏

Depa bertiga semua rumah biru. Dapatlah sumbang mata sorang sikit alhamdulillah. Seperti biasa, Angah suka bagi kejutan manis untuk Ummi 🤗 Dia tak berharap untuk dapat tempat pertama, sebab nervous katanya masa pertandingan hari tu. Tapi, dia buat gaya dah hafal sajak tu, mungkin disitu markah dia lebih. Apapun, itulah namanya rezeki kan? 

Hadiah...
Sijil Angah dengan Kakak belum dapat, cikgu nak taip nama dulu. 

Tahniah 4 Hormat! Dapat RM100, cikgu nak beli KFC katanya 🤩

Syukur alhamdulillah, rezeki anak-anak... 




Wednesday, 20 September 2023

Ayam Masak Serai

Alhamdulillah, Abang call petang tadi. Semuanya okay. Masa ribut tu dia tengah murajaah di surau. Insha Allah Sabtu ni bolehlah tengok keadaan sekolah. Kebetulan ada program Gotong Royong Madani, ramailah harapnya yang dapat hadir. 

Hari ni Ummi masak Ayam Masak Serai. Menu satu lagi Bilis + Kentang + Tempe Belado. Petang nanti baru kita masak sayur. Takpun potong timun je, favorite Kakak. 

Senang sangat masak lauk ni. Cuma kena goreng ayam dulu, ambil masa sikitlah. Nak kata leceh tak juga, macam nak masak kicap ke masak merah juga... ayam tu digoreng dulu... 

Resepi: Ayam Masak Serai
Sumber: My Resepi 

Bahan-Bahan: 
4-5 ketul ayam 
(lumur dengan garam kunyit, goreng jangan terlalu garing dan ketepikan)
Asam keping
Garam
Gula
Santan (optional)
Kentang & carrot (optional)
Daun limau purut

Bahan Kisar:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3-4 batang serai 
(kalau serai besar 2 cukup dah)
Halia sikit
Lengkuas sikit
Serbuk kunyit

# Nak pedas boleh kisar cili api sekali.

Cara Penyediaan: 

1. Goreng ayam dan kentang. Ketepikan. 
2. Tumis bahan-bahan kisar sampai garing. Ummi guna minyak goreng ayam tadi (keluarkan lebihan minyak dan tumis bahan kisar). 
3. Masukkan ayam yang sudah digoreng tadi.
4. Tambah air jika terlalu kering. Letak asam keping, daun limau purut, carrot, garam dan gula secukup rasa. Boleh letak santan jika suka.
5. Akhir sekali, masukkan kentang yang sudah siap digoreng.
4. Kacau-kacau biar semua bahan mesra. Tutup api . Siap!

Sedia untuk dihidangkan. 

Selamat mencuba 🤗

Tuesday, 19 September 2023

Sekolah Abang dilanda Ribut

Dugaan petang semalam, 19/9... Hujan dan angin kencang yang melanda beberapa tempat di Lembah Klang turut menyebabkan beberapa batang pokok-pokok besar di sekolah Abang tumbang :(

Luluh hati Ummi tengok keadaan ni... :( 
Bagaimanalah keadaan anak² masa kejadian ni kan... Mesti takut 😭

Dulu, kalau berlaku ribut di kampung, arwah Tok Wan akan jerit suruh kami semua turun dari rumah, khuatir bumbung (atap zink) atau dinding rumah (papan) diterbangkan angin ataupun pokok tumbang menimpa rumah. Walaupun rumah berada pada jarak selamat dari pokok durian yang paling hampir tapi segala kemungkinan boleh berlaku. Arwah Tok Wan juga akan azan dengan kuat, mohon perlindungan dari-Nya. Kadang tu bersahut-sahutan azan dari rumah² lain juga. Bila ribut reda, biasanya bekalan elektrik terputus, sebab pasti ada pokok atau dahannya jatuh menimpa kabel letrik. Kadang tu tiang elektrik pun tumbang! 

Kerosakan pada susur gajah...



Pokok tanpa daun yang tumbang ni, pokok kesukaan Ummi. Walaupun tak berdaun, tapi ranting-rantingnya tetap membentuk 'kanopi' yang cantik. Bangunan belakang tu Aspura, sambil tunggu Abang turun (bila jemput dia), selalunya Ummi rajin menatap pokok tu. Dok terbayang kalau autumn di negara 4 musim begitulah agaknya rupa pokok bila dedaunnya gugur :) 

Walau apapun, syukur teramat sangat sebab tiada kecederaan apatah lagi kemalangan jiwa (nauzubillah) kepada warga sekolah samaada guru, murid mahupun para pekerja/kakitangan lain. 

Pagi ni, kerja pembersihan dimulakan... 


Terima kasih ibu ayah yang turun padang hari ni... begitu juga murid² dan guru² yang saling bekerjasama. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan agar persekitaran kembali baik dan selamat untuk anak-anak permata Al Quran ni semua dan seluruh warga SMKA ni 🤲 Doakan sama ye.

Credit Photos: Sources 

Monday, 18 September 2023

Sedapnya Lawar Terung Bersantan

Lamanya dah berjanji nak share resepi ni. Tapi, sebab belum repeat, tergantung sepi resepinya 🤭

Bukan tak beli terung, tapi asyik terlupa nak buat Lawar Terung Bersantan ni. Sebelum ni Ummi pernah buat, Lawar Terung cuma resepinya berbeza. Untuk versi terbaru ni, Ummi letak resepi "Lawar Terung Bersantan". Senang nak ingat w/pun keduanya letak santan juga :D Pertama kali makan versi terbaru ni raya kedua hari tu, airtangan Uda. 

Versi baru ni letak ikan kukus dan limau kasturi. Uda ambil resepi SINI. Ummi pula ambil resepi dari Kak Wan (Citarasa Resepi Wan). Sebab dok tunggu Maklong share link resepi Uda guna tu lambat sangat, Ummi godek-godek la cari resepi. Resepi Kak Wan tu hampir sama dengan resepi Uda guna tu. Oklah... 

Cara Menyediakan Lawar Terung Bersantan 

1. Bakar terung hingga masak (lembut, kulit bertukar kehitaman) - Ummi bakar atas pan dengan api sederhana dan tutup pan. Cepat masak terung tu.

Nampak je macam terbakar, tapi sedang elok sebenarnya terung ni :) 

2. Kukus/rebus/bakar ikan selayang/pelaling/kembung dan ambil isinya sahaja. Siat kasar² baru sedap, rasalah isi ikan tu bila makan nanti 

3. Masukkan santan, sedikit serbuk lada hitam, garam dan gula secukupnya ke dalam kuali/periuk kecil dan masak sebentar di atas api kecil. Masak sekadar santan tu panas saja, tak perlu mendidih. Kacau juga agar garam dan gula larut. Tutup api. 

4. Ambil pinggan, susun terung tadi dan tuangkan kuah santan di atasnya. Boleh guna santan segar atau santan kotak. 

5. Taburkan hirisan cili padi, bawang merah dan ikan tadi ke atas terung. 

6. Perahkan limau kasturi sebagai pelengkap rasa. Siap!

Yang bold tu bahan-bahannya. Bahan sedia ada di dapur, beli terung je.

Untuk resepi lengkap, boleh klik link² yang diberi. 

Selamat mencuba 🤗