Sunday, 6 September 2026

Last Day Cuti Sekolah

Jumaat takde mood sebab masalah tak boleh up komen tu. Sabtu semalam seharian di luar rumah, keluar daerah yang jaraknya >100km sehala dan hari ni Ahad anak² nak balik ke asrama. Sebab semalam tak sempat ke pasar, hari ni ke pasar dulu stock up barang basah untuk stok seminggu. Angah tolong basuh ayam 2 ekor, Ummi pula bersihkan yang selebihnya iaitu ikan-ikan dan kerang. Berus kerang seekor demi seekor itu yang lama tu.  Kemudian masak untuk makan tengahari. Selesai semua rasa macam kejung pinggang πŸ˜…


Yang anak² asrama berdua tu pun hari ni nak balik asrama, barulah kalut nak siapkan tugasan. Sorang sibuk tebuk botol plastik nak buat bekas semai benih untuk tugasan geografi, sorang lagi tak habis² edit video. Kali ni tugasan Bahasa Perancis pulak. Laptop Ummi dia guna, phone Ummi pun kadang dia pinjam jadi itu yang Ummi tak sempat nak blog walking juga. Si bongsu tu rasanya malam nanti baru homework dia menjelma 🫣

Done membebel πŸ˜†

Sarapan roti canai sedap di Kg Laksamana balik dari pasar pagi tadi. Kongsi berdua sebab nak rasa je.  

Kedai takde orang tapi pekerja semua sibuk. Ramai pelanggan order atas talian, tak menang tangan tengok para pekerja siapkan order. Abang² rider pun 4-5 orang dok menunggu order siap. Kata tukang kira, cuti sekolah ni parents yang kerja banyak order food untuk anak-anak di rumah. Oh begitu... 

Kedai masakan Pantai Timur... Awal pagi dah ada lauk, sebab ada yang pilih makan nasi putih (nasi berlauk). 

Walid pun ambil nasi berlauk...
Ummi pilih nasi goreng lauk Hati ayam dan telur masin. Nak makan nasi lemak, tengah masak. Lagi 5 minit katanya. Masak untuk  second round la kot sebab tengok lauk dan aksesori nasi lemak dah terhidang atas meja. 

Tauke kedai :p
Geram tengok puntung rokok tu. Ramai yang masih tak alert dengan larangan merokok di kedai makan/tempat awam 😬

By the time of writing, dah selamat hantar dak² asrama balik ke sarang ilmu. 

Dah selesai hantar semua balik ke asrama, ingatkan Ummi dah boleh bertenang. Check semula barang, Angah tertinggal baju Melayu pulak! Perkara paling ditakuti oleh mak-mak BATHI ni la... BATHI = Barang Apa Tertinggal Hari Ini. 

Tapi dia tenang je; "Takpa nanti Angah pinjam la baju kawan"  

Semudah itu dia cari solusi 🀷🏻




4 comments:

  1. Alahaiiiii anak. Si emak kalut yang tuan badan relaks2 je. Kalau dekat boleh hantar kalau jauh huhuhu je lah. Habis dah cuti sekolah

    ReplyDelete
  2. Hahaha adoiii biasa kan bdk² ni dah hujung² baru muncul kerja sekolah... hangin je kan... ni x tau la uyum sbb last 2 day aritu dia mc .... tgk la esok kot nama dia ada dalam list yg x siap keje sek πŸ˜…πŸ˜…

    ReplyDelete
  3. Arghhh... sudah...
    Angah.. Angah..
    rilex la ummi.. walid boleh pi hantaqπŸ˜†

    ReplyDelete
  4. kalau pinjam tu muat ke nnt?
    hehehhe

    tu laa geram betul sy dgn blogger ni
    dah semangat nak BW tp x boleh eeeee

    ReplyDelete