Walid cuti hari ni, ada program di SRAI.
Program 8.30 pagi, belum pukul 7 kami dah sampai. Sebabnya Adik sekolah seperti biasa. Kena datang awal, Adik bertugas hari ni. SRAI ni perhimpunan mingguan setiap pagi Jumaat. Nak balik dulu pun tak berbaloi sebab kalau keluar semula nanti confirm jalan jammed.
Mujur ada warung nasi lemak berhampiran.
Apa² pun jom isi perut dulu...
Kami order roti kosong 1, roti telur 1. Roti kosong tu untuk Ummi, tapi waiter tu ingat untuk sorang makan kot, dia hidang sekali.
Mungkin dia nampak ada sepinggan nasi lemak lauk sardin depan Ummi. Sebenarnya order roti kosong tu sebab nak rasa. Sedap roti dan kuahnya. Roti canai Melayu; manis² sikit rotinya. Yang tebar roti tu perempuan. Jarang jumpa tapi ada je kan orang perempuan pun mahir tebar roti canai.
Nasi Lemak ni banyak nasinya. Makan sorang separuh la, baru adil dan saksama :D
Lama juga lepak di kedai ni. Jumpa pula parents Aleesa, panjanglah sembangnya.
Takpelah dia satukan roti tu, janji tak silap order. hihi..Nasi lemak tu banyak betul nasinya. Rezeki dapat kongsi berdua.
ReplyDeleteAlang alang sampai elokk mkn dulu
ReplyDeleteKalu ciknur pun mkn berdua he hee sbnya sorang tak akan habis
Meriah betul nasi lemak tu. Roti canai Melayu biasanya lebih lembut dan garing
ReplyDeletebetul lah memang banyak nasi dia, condiments lain sikit je.
ReplyDeleteBagusnya sampai awal, dapat sarapan santai dulu! Nasi lemak warung pagi Jumaat memang paling padu nak recharge tenaga.
ReplyDeleteMemang ada orang perempuan tebar roti canai. Waktu saya sekokah rendai dulu, depan sekolah saya ada kedai roti canai, peniaganya orang perempuan.
ReplyDelete