Saturday, 16 May 2026

Giant 2.0 :p

Kan dah kata, Ummi akan kerap ke sini 😁
Kali ni nak beli sayur dan tengok barang basah. Berkaitan barang basah ni, rasanya Ummi akan tetap beli di pasarlah, lebih segar. 

Kali ni datang dengan Abang. 
Bodyguard cum tukang tolak troli :D 

First time Ummi jumpa benda alah ni. Ciwi kejap :D 
Ciwi = kagum, teruja
Ummi antara orang yang bermasalah kalau nak buka plastik gulung ni. Apa² plastik pun sebenarnya, kecuali ada air untuk basahkan jari. Jadi, this is is very useful to me

Ada few promotion masih berjalan. Ada yang sampai hujung bulan ni. 


Ummi ambil serba satu; spiral, fettuccine & macaroni. 

Biskut kelapa Roma ni sedap. Cicah dengan air atau makan saja, dua² sedap. Beli untuk stok cuti sekolah nanti. Angah suka ni...

Harga dlm RM13 (tak ingat exact price) tapi murah. Harga 1 kotak ±RM2.20 je. 

Ni 'lawatan' 3.0, dengan Adik pulak, Jumaat lepas. 
Tempat baru buka, rajinlah menyinggah kan :) 





 





17 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Beta ternampak santan kelapa. Barangsiapa yang tidak singgah menyertai giveaway di teratak beta, nescaya stok kelapa akan ghaib serta merta dilanda ombak bencana! Jangan dek kerana khilaf rakyat Kelapa, beta semakin murka!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar permaisuri, sabar 🙏🏻
      Work in progress ahak 😆

      Delete
  3. hahhah sama pulak entry kita hari ni ;) Giant!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sikit hari lagi terserempak agaknya kita di Giant ni hehe

      Delete
  4. Encik Suami selalu geram betul kalau hendak buka plastik gulung tu. Saya relaks jew... pelan-pelan gesek dengan dua jari. Terbukalah dia.

    ReplyDelete
  5. fahammm sgttt
    dah sekali pergi nk pergi lg dan lg😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awal² ni pulak banyak promo, lagilah rajin nak keluar masuk situ 😁

      Delete
  6. Seronok ya mencemar duli kat tempat baru

    ReplyDelete
  7. pestime tengok giant dia style open macam gitu :0

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apakan daya, tempat lama dia kena ambil dgn TF :(

      Tapi okay je, selesa juga open space gini

      Delete
  8. da lama sgt tak pergi giant. dedulu kumpul kupon dpt kuali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye? Sy dulu suka beli pampers anak⁴ di Giant, selalu dapat free gift; t-shirt, bib etc. Suka kita 😁

      Delete
  9. Giant sekarang ni berwajah baru ye nampak lain sikit logonya tapi masih maintain warna hijau tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, slightly diff logonya.
      Nanti kalau Cie datang KL, boleh singgah sini. Dekat je dgn Tol Gombak.

      Delete