Taklimat UPSA/PPT. Pertama kali anak² F1 ni nak ambil ujian hifz dan maharat, kenalah ada taklimat khas. Ustaz buat outdoor.
Bekalan air tiba² terputus. Dalam 2 jam kemudian ada semula. Tergerak hati nak tadah dulu airnya, sebab biasanya air baru sampai ni keruh. Terbukti ramalanku benar belaka. Mujurlah tak guna terus airnya untuk cuci pinggan atau memasak.
Penampilan istimewa Kakak di KESUSRAI. Dia yang bersemangat nak ke sana bagi sokongan kpd Adik dan nak jumpa cikgu² kesayangannya.
Ada tulisan Banting (warna merah) di roundabout ni. Sempat ambil gambar dari dalam kereta yang sedang bergerak saja. Rasanya kunjungan sebelum ni belum ada tulisan Banting tu. Kunjungan tu pun tak ingat dah bila, mungkin masa melawat Auntie Shad di Telok Panglima Garang kot. Tapi, ada sesetengah tempat yang masih boleh recall.
Projek Sains Kakak, nak uji dan buktikan ketumpatan bahan dalam makanan/minuman. Sempat buat sebelum hantar balik asrama.
Tersangkut dalam jammed di Tol Gombak. Kita nak tumpang lalu je, bertembung pulak dengan orang² Pantai Timur nak balik ke Lembah Klang.
Abang beraya di rumah guru halaqah. Ustaz tempah fridge magnet sebagai tanda kenangan untuk setiap seorang. Gambar ni masa F3, cukup 11 orang anak² halaqah Ustaz. F4 sorang pindah ke MRSM.
Amboi Kakak sayang adik.
ReplyDeleteAlang² boleh balik bermalam, dapatlah pergi tengok Adik
Deletebiasanya begitulah keadaannya.. air yang terputus bila ada semula memang akan keruh..
ReplyDeleteKan Ustaz... Itu yang biar je pili terbuka dulu
Deletekeruhnya air tu. air mula2 selepas ketiadaan air memang kena buka dulu bagi mengalir air yang keruh tu.
ReplyDeleteBetul Cie, mmg kena biar je pili terbuka dulu
DeleteAK cafe tu my port tapau mknn for dinner la...almost everyday singgah situ hahahah
ReplyDeleteReally? Sedap makanan situ, service pun laju
Deleteselalunya kalau lepas bekalan air terputus, bila dh ok sy akn flushing dulu, biar je bukak semua paip dulu utk buang air yg keruh.. mmg akn confirm keruh
ReplyDeleteBetul, biar je pilih terbuka dulu kan
DeleteTol Gombak tu tiap weekend sesak kan. Bagusnya kakak.
ReplyDeleteTersilap lalu situ hari tu , terpaksalah hadap huhu
DeleteBagus kakak..syg adik dan siap boleh jumpa cikgu2 yg pernah mengajar kakak ye...sekali harung kan..
ReplyDeleteAlang² dia balik bermalam, bawalah ke sana SA
DeleteSemoga yang ada temuduga berjaya..UPSA tak lama lagi..
ReplyDeleteSaya pikir itu tadi minyak goreng, ternyata air keruh ya kak π . Bagusnya ustad buat fridge magnet juga utk souvenir murid πππ. Berkesan sangat pasti ada foto mereka
ReplyDeletemenarik betul projek sains kakak tu. tetiba terbawak balik cocktail satuu haha
ReplyDelete