Sunday, 19 April 2026

Membawang

Ummi up status ni ... 

Ada yang menyambut šŸ˜‚

Cik Ayu tanya, Ummi jawab :D 
Lepas kenyang perut ni, Ummi bersilat di dapur. 

Sebenarnya Abang jemput kawan² Gexxin dia datang rumah Sabtu kelmarin. Jadi Ummi   prep bahan² masak tu beberapa hari awal, sebab Ummi ni 'awai tak kalut' type of person

Selasa lepas hantar Adik ke sekolah Ummi singgah market beli ayam seekor. Balik rumah terus Ummi merendang. Sejukbekukan. Rabu Ummi buat sambal tumis bilis, pun Ummi sejukbekukan. Khamis Ummi siapkan rencah rendang untuk 2 ekor ayam lagi. Jumaat sambung buat rencah untuk masak mee pula selain pergi pasar beli ayam 3 ekor. Buat persiapan sikit² begini taklah rasa penat sangat. Dulu Ummi boleh je buat sekali gus semua persiapan dalam sehari, sekarang Ummi pilih buat sikit². Kita susun tugasan ikut masa dan mood :) 
Lebih tenang dan kurang tekanan. Pinggang pun takdelah kejung sangat šŸ˜†


7 comments:

  1. Membawang di dapur rupanya....ingatkan mesyuarat tingkap.

    ReplyDelete
  2. boleh follow teknik PH la kalau nak masak banyak..tak la rasa hilang kaki sangat kan..

    ReplyDelete
  3. membawang sambil hiris bawang. Buat sikit2 nanti2 siap juga kan.

    ReplyDelete
  4. Bagus juga..tapi, Linda tak rajin masuk dapur banyak kali.. hahaha..

    ReplyDelete
  5. Bagus perancangan PH, masak sikit-sikit frozen-kan.
    Banyak masakannya tu, total 6 ekor ayam.

    ReplyDelete
  6. Gexxin tu apa? Mesti saya tertinggal keretapi ni hehe

    ReplyDelete
  7. Membawang sorang2 tak syok šŸ˜„

    ReplyDelete