Manja Ummi terpilih untuk acara 4x100m bagi Kejohanan Sukan Sekolah SRAI (KESUSRAI). Tahun ni acara balapan dan olahraga. Tahun lepas acara sukan berpasukan (Kakak wakil BoJa). Lagi dua tahun 2028 Gombak akan jadi tuan rumah untuk acara balapan dan olahraga ni. Ada rezeki Adik boleh join lagi In Sha Allah.
Kali pertama melepaskan Adik tanpa pengawasan Kakak, berat juga perasaan Ummi. Bertolak lepas Jumaat, balik Ahad petang. Rasa berat dada macam melepaskan Abang pertama kali dulu, ke KESUSRAI di Salak Tinggi. Bila kena bermalam tu yang bercampur baur perasaan tu. Rindu pun bertandang juga ☺️
Sabtu tu wajiblah Ummi pergi jenguk.
Kejohanan diadakan di Kolej Matrikulasi Selangor, di Banting. Jauh yakmat huhu...
Waktu balik lagi lama, sebab gerak dari sana dalam 12.30 t/hari. Sana sini sesak, salah simpang lagi, berhenti solat dan lunch, pukul 4 baru sampai rumah.
Kami datang bagi sokongan dekat Adik walaupun acaranya hari Ahad. Nak datang Ahad tak boleh ada agenda lain.
Masa saringan quartet depa dapat no 3, dapat pergi final. Masa ni masing² lari laju. Masa final, nampak slow sikit Adik pun lari. Cikgu dan parents yang pergi Ahad tu share video. Adik pelari pertama. Mungkin penat dah kot, dari Jumaat lagi dah berkampung di SRA Seri Jugra (tempat penginapan) dan KMS ni. Trek pun basah, tengah bertanding hujan turun.
Alhamdulillah ada beberapa kejayaan yang diraih oleh atlet sekolah Adik. Selain beberapa pingat emas, perak dan gangsa, ada yang berjaya pecah rekod kejohanan dan ada yang terpilih sebagai Olahragawan KESUSRAI edisi 2026. Alhamdulillah tahniah! Adik pula berjaya bawa balik pengalaman dan kenangan ☺️
Tahniah Adik!
ReplyDeleteSemoga terus cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum.
Alahai penat itu dari Jumaat ke Ahad.
ReplyDelete