Alhamdulillah rezeki hujung minggu lepas; Sabtu kenduri kahwin Uncle Akmal, Ahad pula Cik Tah jemput ke rumahnya. CT buat kenduri kesyukuran sempena anaknya Marwa dan sepupu²-nya khatam Al Quran dan si bongsu Mecca masuk jawi :D
Orang sekarang tahu ke masuk jawi tu apa? Hehe...
Untuk majlis Khatam Al Quran dan port bergambar.
Selain lauk standard kenduri (ayam masak merah, dalca, papadom) ada juga masak lemak ikan masin + nenas, kerabu kacang botor + timun dan semestinya ikan masin. Ada juga kuih muih dan kek marble kesukaan Ummi. Semuanya sedap alhamdulillah.
Kena cedok cendol dan tambah sendiri air gula. Ummi ni tak pernah buat cendol. Tak reti nak bajet berapa banyak air gula nak kena letak. Itu yang pucat (dan tawar le) cendol Ummi 🤭 Tapi bila dah disesuaikan rasanya tu sedaplah. Hari pulak panas membahang, memang nikmatlah hirup cendol.
Vacuum Flask ni CT bagi special untuk Ummi je, bukan semua tetamu. Alhamdulillah orang memberi kita menerima :)
Thanks again for having us.
Semoga dimewahkan rezeki selalu dan berkekalan ukhuwah kita hendaknya 🤲🏻
GenZ mesti taktau kan masuk jawi tu apa. Hihi. Sedapnya menu kenduri.
ReplyDeleteMurah rezeki PH, dapat makan kenduri dan tuan rumah siap tapaukan lagi. Alhamdulillah.
ReplyDeletealhamdulillah ..rezeki. siap dapat hadiah dan makanan tapau lagi.
ReplyDelete