Saturday, 3 May 2025

Kakak ~ KAMIL Sekolah

Macam² acara KAMIL Kakak dah cuba; dari peringkat sekolah hinggalah ke peringkat negeri. 

Tahun lepas dia masuk acara Solat Jenazah peringkat zon dan acara choral speaking untuk peringkat negeri. Adik pun joined juga. 

Kali ni Kakak cuba acara Nasyid (P). Alhamdulillah terpilih. Tapi dia tak mau nyanyi, nak main percussion je. Program KAMIL Sekolah ni pertandingan antara rumah sukan. Kakak wakil rumah biru. 

Satu team 5 orang je. 

Alhamdulillah dapat #3. Beza markah #1,2 & 3 ni cuma 1 markah 1 markah je. Itulah rezeki namanya kan... 

Tahniah Kakak dan kawan⁴ 💙

Keputusan lain ... 


Tahniah rumah biru, banyak menang acara lain juga 👏🏻👏🏻👏🏻




20 comments:

  1. Alhamdulillah ...aktif nya ..mantapppp

    ReplyDelete
  2. Main percussion pun bukan tugas mudah.... skill full juga tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Uncle... Umminya dulu pernahlah main kerincing, tapi time pertandingan berterabur 😂 Lupa habis step sbb gemuruh :D

      Delete
  3. congrats kakak! aktif betul! terbaek laaa

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dan Tahniah Kakak.

    ReplyDelete
  5. Masyaa Allah...anak anak hebat...semoga terus cemerlang

    ReplyDelete
  6. Selamat... tak perlu nyanyi ya.
    Pandai kakak main alat muzik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... Suara dia maintain, kawan² lain serak² dah kuat sangat berlatih hihi

      Delete
  7. Alhamdulillah..tahniah kakak..keep it up

    ReplyDelete
  8. Sukaaa lah kakk sekolah buat banyak aktifitas begini, dan anak2 pun support semangat nak ikut. Inj melatih rasa percaya diri dan kerjasama mereka dengan murid yg lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg padat aktiviti dlm sesi persekolahan kali ni Fanny .. sbb mau kejar masa supaya tahun depan sesi persekolahan boleh dimulai January semula

      Delete
  9. mcm khilfi haritu, plan asal dia nak main tabla je masa nasyid. skeali bila buat saringan suara dia pulak jadi lead

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni hebat Ammi 👍🏻
      Mesti sedap suara Khilfi kan

      Delete