Sunday, 18 May 2025

Awai Tak Kalut

Linda ada komen ni dalam entry Udang Masak Lemak + Pucuk Paku πŸ‘‡πŸ»

Iya, Ummi memang suka masak awal. 

Walaupun memasak tu rutin harian, tapi itulah kerja rumah paling malas dan paling berat nak buat πŸ˜… Jadi, bila dah siap memasak tu rasa lega, setel dah urusan yang paling tak disukai antara segala jenis kerja rumah ni. 

Keduanya, kalau masak kari ke, rendang ke lagi sedap masak awal. Jadi bila kita nak makan malam nanti, dah mesra segala rempahnya. 

Ketiganya pula, sebelah petang Ummi keluar ambil anak² sekolah. Nanti kalau traffic jammed ke hujan ke kita chill je, lauk utama dah siap. Balik masak nasi je.

Maksu pun geng dengan Ummi juga, Geng Awai Tak Kalut πŸ˜†

Hari minggu pun sama, Ummi suka masak awal. Nanti kalau nak keluar ke, nak uruskan kain baju ke senang dah sebab dah siap masak. Memasak ni time consuming, itu yang suka selesaikan awal². 

Gambar bukan sekadar hiasan :p

12 comments:

  1. ehh,,, femes komen kita...
    tapi memang iye pun. hari sabtu ahad tu, kadang memang masak awal terus...lega nak golek2 pun...
    sebab linda tak suka masuk dapur 2,3 kali.. hahaha

    ReplyDelete
  2. Nieyl biasanya weekend akan masak awal, walaupun ada je dkt rumah tu. Kalau nak makan lunch kadang2 pukul10 dah siap masak dah hehehe

    ReplyDelete
  3. sama lah kak ana pun PH, pukul 5 lepas asar dah start masak menu dinner sebab suami dengan anak bali kerja lepas Maghrib kami makan malam biar lah panas-panas sikit baru selera.. :)

    ReplyDelete
  4. masak awal sgt bagus!! kami plak jenis mkn dinner awal, biasanya sblm maghrib dh setel mkn semua (biasanya around 6 pm+ )

    ReplyDelete
  5. masak awal,,,bole rehat awal

    ReplyDelete
  6. awal buat keje, awal laaa dapat rehat eak hehehehe

    ReplyDelete
  7. Sama la..masak awal boleh rehat...tghari Nia tinggal hidangkan aje..

    ReplyDelete
  8. Setuju... lepas tu dah boleh relax.
    Tak ada lah asyik nak duduk dapur je.

    ReplyDelete
  9. Samaaa kak. Masak di awal ini saya LBH suka, Krn memang saya tak suka masak sebenarnya. JD lagi cepat selesai kerjaan yg paling tak suka, lagi bagus πŸ˜„

    ReplyDelete
  10. Senang begitu kalau dah masak awal-awal kan. Boleh rehat. Nak makan tinggal hidangkan je. Kalau jenis berkari gulai tu memang kena awal lagi. Baru sedap menikmatinya selepas mesra beberapa jam.

    ReplyDelete
  11. Samalah kita tp bukan sebab taknak kalut. Sebab kita sejenis tak reti masak lelaju. Yelah masuk dapo once in a blue moon kan

    ReplyDelete