Thursday, 1 May 2025

Cuti 1 Mei

Credit sourse.
Comel, simpan sini la :D

Nama je cuti tapi full of activities. Tapi itu yang best bila cuti dimanfaatkan sepenuhnya kan... 

Walid pagi² dah ke sekolah.
Ada sesi kenal mengenal ahli KSIB SRAI yang baru ditubuhkan. Tak ramai yang dapat hadir tapi okaylah utk permulaan. 

Sebelah petang Ummi joined AGM alumni kami. Depa buag physical meeting di Putrajaya tapi Ummi tak pergilah sana. 

Sedap nampaknya depa makan²... AGM + jamuan raya. Mommy Zya pun turun dari Tepen utk ke AGM ni tapi itulah takde rezeki nak jumpa dia. 

Selepas Isyak pula kami joined majlis bacaan Yasin utk anjuran KSIB F5. Ni kira kicked off la untuk sesi seterusnya yang telah dipersetujui oleh parents F5. Ayah² akan bergilir² lead bacaan Yasin ni. Semoga Allah SWT berkati usaha kecil kami ni dan menganugerahkan kejayaan cemerlang buat semua anak² Batch 08 dlm SPM nanti 🤲🏻 

Ni usaha parents, anak² sendiri pun ada usahanya 👇🏻

Padat jadual Abang semalam... 
Hari tu dia mengadu penat... 
Kuat ye Abang, bukan senang nak senang 💪🏻

Penutup sebelum tidur. 
Orang makan kek petang², anak² kami makan Kek Tapak Kuda after dinner :D 
Tq Malika bagi KTK ni dekat Adik 🫰🏻



21 comments:

  1. Stay strong Abang. Moga dipermudah kan semua urusan, cemerlang dunia akhirat.

    ReplyDelete
  2. Penuh aktiviti, takde istirehat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sibuk menguruskan kehidupan dunia ☺️

      Delete
  3. Yang nengok jadual pun rasa semput huhu..
    Bertabahlah abang.

    ReplyDelete
  4. Takpelah anak-anak ya asal bahagia makan kek....kami 1 Mei gi kenduri kahwin. Ohhhh anak PH SPM la tahun ni. Ingat dah dapat keputusan SPM. All the best ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah tahun ni baru SPM. Doakan sama ye 🤗

      Delete
  5. Terisi masa cuti banyak aktiviti tu.

    ReplyDelete
  6. All the best abang...kalau penat rehat kejap lepas tu sambung semula study ye..KTK tu SA x suka sebab manis

    ReplyDelete
  7. Sulaiman pun sibuk, macam Abang. Takde cuti untuk form 5. Sabtu Ahad kelas tambahan. Hari pekerja pun pi sekolah. Semoga anak² kita kuat. Aminnn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya begitulah rutin anak² SPM ni kan. Mudah-mudahan Allah berkati usaha mereka

      Delete
  8. waaa padat betul aktiviti nya!

    ReplyDelete
  9. Comelnya ...
    Teringat iklan minyak cap buruh bulan posa dulu2....

    ReplyDelete
  10. Baguuus nya ayah saling bergantian pimpin bacaan Yassin 👍👍👍. Semoga kuat dan dimudahkan untuk Abang yaa, mendapat nilai terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak bagi semangat pada anak², parents pun kena involve. Aamiin 🤲🏻

      Delete
  11. Ammi 1st May tu my 21st anniversary. Tapi ammi sibuk sungguh kat dalam bilik siapkan kerja yang tak siap-siap.

    ReplyDelete