Sabtu 1/2 masa pergi pasar tani Melawati tu, masuk je kereta Walid Ummi terbau something, bau macam gam UHU atau bau cat yang kuat. Bau gam kata Walid, sebab semalam beliau tempah frame baru untuk plate kereta Ummi. Nak lekat² abjad & nombor dekat frame tu guna gam lah agaknya. Frame tu simpan dalam kereta Walid sblm dibawa ke Bandi Spray Work. Agaknya bau gam tu yang 'melekat'.
So teruskan perjalanan ke pasar tani. Then, kami rasa aircond tak sejuk, rasa angin je. Tekan button itu, button ini lah kami pun. Kot la tak on mana² button yang sepatutnya. Sama je. Jadi, kita pasrah, buka je tingkap habis cerita :D
Teringat dulu kereta Ummi pernah juga aircond-nya tak sejuk. Jadi Walid bawa keretanya ke bengkel yang pernah repair aircond kereta Ummi dulu. Call service centre asyik tak berangkat, rasanya depa tutup sempena CNY. Itu yang bawa ke bengkel biasa dulu.
Kata pomen kalau ada bau busuk tu biasanya cooling coil leaking. Kereta Ummi dulu compressor aircond yang rosak. Takde bau tapi aircond kadang sejuk, kadang rasa angin je.
Nak check CC ni bocor ke tidak, kenalah buka dashboard dulu. Jadi, kena tinggal kereta di bengkel. Estimation depa dalam 5 hari, kos around 1k plus. Untuk temporary, depa refill gas aircond dulu. Kalau sejuk bukan masalah CC katanya. Oklah Walid pun top up gas aircond (caj RM130) dan bawa balik kereta. Sejuknya sekejap je then rasa angin semula. Jadi memang betullah something wrong with the CC.
Kami decided utk hantar King ke service center instead of buat dekat bengkel biasa. Sebab nak kena buka dashboard bagai, biarlah krew SC yang buat. Isnin baru SC buka dan dapat appointment date hari Rabu 5/2.
Sah, CC ni leaking. Ada bubble keluar bila direndam dlm air. SC boleh buat dalam 2 hari, rezeki kami ada spare part available alhamdulillah. Sebelum tu depa cakap maybe 5 hari kalau takde stok. Memang berharap sangat depa dapat siapkan secepat mungkin, sebab kami nak travel Sabtu tu. Tup² hari Khamis aircond man EL pulak ๐
Berdebar ye sepanjang hari Jumaat tu. DOA tak putus² bagi kereta siap :D. Alhamdulillah sebelah petang kereta Walid siap.
Total kos sekali dengan tukar bateri besar bergandalah dari kos yang bengkel bagi. Tapi takpelah, nak tak nak kena repair juga.
Alhamdulilah dipermudahkan urusan...
ReplyDeletememang gabra kalau ada plan, tiba-tiba terganggu plan
Innalillahiwainnailaihirajoun.
ReplyDeleteApapun masalah dapat diselesaikan.
Selamat bermusafir.
Allahu.. semoga akan digantikan rezekinya dgn yg lebih baik.
ReplyDeleteNak jalan jauh, memang kereta kena tip-top.
ReplyDeleteAlhamdulillah setel semuanya ya.
Selamat bermusafir PH.
Kadang bila kita nak pi mana- mana memang la kena check macam- macam kan...kadang over budget sebab tu perlunya tabung kecemasan...
ReplyDeletesemoga Allah permudahkan... ameeennnn
ReplyDelete