Friday, 31 May 2024

JJCM @ Janda Baik

Dari highway Karak ni boleh nampak signboard-nya, besar. 

Dari Japanese Village turun ke Kg Bukit Tinggi ni. Kiri kanan jalan ramai peniaga menjual hasil tanaman seperti halia, keledek dan sayur-sayuran. Halia tu halia Bentong barangkali. Kami tak singgah sebab kiri kanan penuh dengan kenderaan. Jalannya pula sempit. 

Sampai ke destinasi...

Nak tuju ke kedai lain, tapi nampak ada kedai macam best je, terus berhenti kereta. Lapar pun iye, dah pukul 1 lebih. Tempat kami berhenti ni Kg Sum Sum. Janda Baik ke dalam lagi kata owner kedai ni. 

Ada tulis Patin Tempoyak dekat kedai ni. Yang ni kena order,  panas² dia hantar nanti. Kami pilih lauk campur je.

Adik ambik 2 ketul ayam haha ... Lapar sangat agaknya 😂 

Abang, Angah & Kakak ambik ikan keli sorang sekor... Sedap ikannya, garing elok. 

Ummi ambil ikan goreng dengan sayur labu masak lemak ni. Offer dekat Abang tak nak dia sebab ada kulit hijau² tu haha .. Dia tak pernah makan yang ada kulit gini, selalu Ummi masak buang semua kulitnya :D 

Semua sekali RM88.00, beserta dengan air setiap seorang. Berbaloi jugalah dengan harganya sebab makanan sedap, kedai bersih, layanan okay dan dapat makan dengan tenang sebab kedainya tak sesak. Kalau tengah lapar² ni jangan dibawa ke tempat sesak² haha... 

Have a great longgg weekend semua 🌹

#Hidung tersumbat, kepala sakit tak larat ziarah kawan² 🙏 











Thursday, 30 May 2024

Japanese Village, Berjaya Hills

Dari Colmar Tropicale kami ke Japanese Village yang letaknya tak jauh dari situ. Asalnya nak naik shuttle van yang hotel sediakan tapi takut rushing pula, jadi kami decided untuk drive saja ke sana. Jadual shuttle van mula pukul 10, sama masa dgn waktu operasi JV ni. Pukul 12 kena checked out hotel, ada baiknya kami checked out siap² then gerak ke JV. Tak jauh, +-10 minit drive je dari CT. 

Cuma sebelum sampai atas ni kena daki 88 anak tangga! Bergegar jugaklah kepala lutut ni, mujur tak tercabut 😂 

Baca signage rasa cuak juga 😅
Last time Ummi mendaki di  Himalaya Rock Garden, pun termengah-mengah hahaha... Lama tak exercise, ginilah :) 

Dari gambar ni pun tahulah kan, depa dah pecut tinggal Ummi terkedek² kat bawah 😆

Nonetheless alhamdulillah Ummi berjaya! Lepas pada tangga ni mendaki lagi, tapi kawasan landai, tak rasa sangat mengahnya. 

Nampak pulak view macam ni, hilang segala penat. 

Kakak enjoying the breathtaking view at 3500ft above sea level. 

Finally we are reunited 😂

Masuk ke kawasan Japanese Tea House. Mendaki lagi... Tapi okay je, tak penat pun sebab cuaca nyaman. Kawasan pun agak landai. 

Bersiar² dan bergambar je atas ni...
Ikan koi dalam kolam pun tak banyak, boleh dikira, beberapa ekor je... 

Atas sekali tu tempat sewa kimono. Pakai kimono tu cantiklah nak bergambar atas ni. Harga sewa RM20 utk kanak² dan RM25 utk dewasa kalau tak silap.

Tak lama pun kami kat atas ni, tempat ni kecik je. Orang agak ramai jadi agak sesak. Turun dari sini kami masuk ke souvenir shop. 

Sekadar cuci mata. 

Dah tengahari jadi kami tinggalkan JV dan ke tempat seterusnya. 

JJCM jom! 





Asam Laksa Resepi Fauziah Latif

Bila anak² ke sekolah TV lah jadi peneman Ummi. Lepas satu, satu rancangan Ummi tengok. Antaranya rancangan Masak ni Senang hosted by Fauziah Latif @ Gee, penyanyi terkenal era 90-an. Semua resepi guna rice cooker je. 

Bila ada resepi menarik, cepat² Ummi salin di phone

Since cuti sekolah ni semua ada, Ummi masaklah Asam Laksa ni. Makan ramai² lagi sedap kan... 

Puashati lahai masak sendiri ni...  Boleh tambah, boleh letak aksesori sebanyaknya... 

Asam Laksa ala Gee
Sumber: Masak ni Senang 

Bahan-Bahan: 
Laksa - direbus lembut 
Daun kesum 
Daun pudina 
Bunga kantan

Bahan Kuah (kisar halus): 
3 ekor ikan sardin/selayang segar - rebus, asingkan isi dan tulang/kepala/ekor (ambil isi shj)
Cili kisar
Belacan
Bawang merah 5 ulas @ 1 biji bawang besar 
1 batang serai - dihiris
¼ biji nenas @ 4-5 hirisan kecil nenas yang telah dipotong
#Semua bahan di atas dikisar halus bersama air (separas bahan²)
Stok udang - Ummi tambah (rebus kepala udang dan kisar halus. Tapis dan ambil airnya)

Condiments: 
Hirisan nenas
Daun pudina 
Telur rebus 
Daun salad - dihiris 
Cili 
Hirisan timun 

Cara Penyediaan:
1. Masukkan bahan kisar bersama stok udang ke dalam periuk. Buka api dan jerang hingga mendidih 
2. Tambah air secukupnya 
3. Masukkan daun kesum, bunga kantan, daun pudina dan asam keping. Masak hingga mendidih sekali lagi
4. Masukkan garam, gula dan perasa secukupnya. Tutup api. Siap. 
5. Hidang bersama hirisan nenas, telur rebus, daun salad, cili dan hirisan timun. 

Selamat mencuba 🤗

Wednesday, 29 May 2024

2H1M @ Colmar Tropicale, Berjaya Hills (III)


Esok paginya seawal jam 7.15 kami turun bersarapan. Sementara kafe belum dibuka, jalan² dulu dalam hujan gerimis. 


Lobi hotel...

Hiasan di lobi hotel

Memang tak puaslah ambil gambar. Cantik! 

Subhanallah! Indah ciptaan Yang Maha Esa. 

Tenang dan damai je tengok keindahan alam sebegini. Lupa segala tekanan dan masalah. 

Kafe dah buka. 
Jom...

Ada fireplace. Very traditional deco dlm ni. Staff pun pakai ala² French la kot, pakai apron dan topi leper tu... Lupa pulak nama topi tu...

Makanan sedap dan banyak pilihan. 

Usai makan anak⁴ ajak mandi kolam. Dah la gerimis, berkabus lagi kat sini depa nak mandi kolam pulak 🤦 

Tengah syok healing, abang kawasan datang...

Satu family datang hah...
Besar kan saiz dia? Bukan monyet biasa tu, ni jenis bulu lebat macam orang utan. Kakak terus naik dari kolam haha ... Ummi pun seram juga tengok saiznya 😅 Mujurlah depa pun tak agresif, sekadar duduk situ je. Guests pun dah mula ramai di kolam ni agaknya monkeys ni pun takut juga :D 

Dalam pukul 11 gitu kami checked out, ke next destination.... 







Tuesday, 28 May 2024

2H1M @ Colmar Tropicale, Berjaya Hills (II)

Colmar Tropicale Part 1

Memandangkan trip ni ke tempat sejuk dan kawasannya dikira exclusive dan limited tempat makannya maka Ummi dah siap bekal untuk dinner 🫣 Takdelah bekal apa sangat pun, Ummi bawa sambal bilis, serunding dan nasi serta kek birthday Adik serta creampuffs. Dan rezeki kami juga, pagi tu En Rizal Caterer hantar Nasi Lemak Pandan. Angkut sekalilah sebab tengahari tu kan makan kenduri. 

Makan malam kami beserta majlis sambutan bday Adik 😆

Lepas Isyak kami turun jalan² di sekitar tempat ni... 

Setiap block tu nama lain² tapi semuanya bersebelahan dan bertentangan lalu membentuk common area di tengah² ni. Malam tu ada 2 cafe yang dibuka, 1 kedai kopi terkenal milik BFood (owned by TS Vincent Tan juga), 7E ( juga milik TS) dan 3 kedai cenderamata. Ada satu lagi kedai; French bakery tapi tutup. Semua kafe ni memang penuh dengan pengunjung. Dan harganya juga tidak murah ye. Faham² sajalah tempat sebegini, food are pricey due to the location and its exclusivity

Tapi ada choice i.e 7E yang jual ready to eat menu.

Ada juga pilihan sandwiches, onigiri, oden dll. Harga affordable. Harga keropok, roti, mi segera dll pun tak lah terlalu tinggi berbanding di tempat² biasa. 

Buka hingga jam 11 mlm. 

Harga souvenirs pun mampu beli, bukan harga cekik darah. T-shirt yang Walid beli cuma RM25, standard price Ummi rasa. 

Ramai pengunjung tapi tidaklah terlalu sesak. Kawasan ni juga selamat untuk kanak² sebab takde kenderaan lalu lalang kecuali mini double decker bus dan mini train. 


Adik, Kakak dan Angah naik double decker bus ni. Tiket RM10/seorang. Dia bawa pusing dari water fountain 👆 tu hingga depan The Chateau 👇

Dekat je, tapi budak² sukalah kan... 
Aktiviti malam ni sekadar menikmati keindahan kawasan ni yang berlampu² dan ambil gambar. 

Puas meronda, naik ke bilik tarik selimut 😁
Suhu 26°C, lepas tu hujan pulak. Nikmat! 

2H1M @ Colmar Tropicale, Berjaya Hills

Sempena cuti sekolah dan hadiah untuk birthday Adik juga, kami ke Colmar Tropicale, Berjaya Hills di Bukit Tinggi tu... Walaupun jaraknya +-40km dari Gombak, inilah baru kali pertama kami sampai ke sini. 

Asal usul Colmar Tropical. Rupanya Tun M suka pekan Colmar di Perancis sana... 

Dari kenduri di Sugeh Resort Kuang kami terus bergerak ke Berjaya Hills (BH). Merasalah 'makan jem' nak ke Pantai Timur, sebab time ni dah pukul 3 lebih. Kenderaan makin banyak sebelum masuk Tol Gombak lagi. 

Pukul 5 lebih baru sampai exit ke BH. Alhamdulillah walaupun 'jem melekat' tapi cuaca elok petang tu. Kalau hujan mungkin lebih teruk kesesakan lalu lintasnya. 

Keluar dari exit ni ada satu checkpoint. Guard akan tanya tujuan dan minta info tempahan hotel dan ambil gambar kereta. 

Then mulalah pendakian berliku-liku macam naik ke Genting Highland ataupun ke Cameron Highlands ikut Tapah. 

Dah nampak dari kejauhan tempat tujuan kami... 

Dalam 15 minit dari 1st checkpoint tadi, ada satu lagi checkpoint. Kena bayar entrance fee untuk ke atas sana. Tapi mungkin kerana kami dah book hotel, tak dikenakan sebarang bayaran. Ummi ada baca dari blog² lain katanya kalau hotel guest pun kena bayar tapi refundable. Mungkin ada perubahan.

Akhirnya kami masuk ke dunia lain:p 
Terpesona tengok bangunan ni... 

Mula² kita nampak ni (3 gambar 👆) The Chateau Spa & Wellness Resort. Memang cantik sangat rekaan bangunannya. 

Berhadapan dengan The Chateau ni Colmar Tropicale. 

Soooo cantik! 
Terus feeling berada di overseas gitewww :D 

Dekat bangunan² ni lah bilik hotel dan kedai². 
Untung yang dapat bilik menghadap bukit atau 'pekan Colmar'. 
Bilik kami hadap bangunan sebelah. 

Tapi still ada vibe perkampungan Perancis :) 


Luar bilik...

Kena sidai di luar bilik sebab access card tak berfungsi. It happened to other guests also, sebab tengok masing² tak boleh masuk bilik 🤭 Ada staff datang reset baru boleh masuk bilik.

Here's the room...

Deluxe double RM259/night, with breakfast for 2. 

Spacious bathroom
Some facilities looked dated, tapi berfungsi dengan baik. Itu yang penting.

First time kot check in hotel and found this kind of reminder. Tingkap bilik memang boleh dibuka that's why depa bagi peringatan supaya berhati². Dan kami terserempak dengan monkeys ni, besaq dan tembun² 😅

Stay tune ye...