Sunday, 12 November 2023

Soru Station, Wangsa Maju

Happy 15th Birthday Abang! 

Ustaz Rahim belikan jelly cake untuk Abang dan kembarnya, Yusoff. Bagus Ustaz Halaqah Abang ni, suka meraikan anak-anak halaqahnya seramai 11 orang tu. Sambutannya Jumaat lepas, sebelum Abang PB. 

Kami pula hari ni baru dapatkan raikan birthday Abang. Sekadar bawa makan di luar, itulah celebration-nya :) 

Kami pilih Soru Station Wangsa Maju yang letaknya di Sri Rampai :D Sesiapa yang familiar with this area, restoran ni tak jauh dengan Aftaas, firma audit Melayu yang agak terkenal. Zaman Ummi belajar di U dulu, ramai geng accounting buat praktikal di firma ni.  

Kami sampai sejurus lepas Azan Zohor. Ada few tables kosong, terus duduk. Memandangkan dah lapar terus Ummi order scanned QR Code yang disediakan. Menu pun pakat pilih dalam kereta dah, senang kerja kami :D 

Inilah pilihan kami...

Cuba juga mini platter... Sebab orang kata kalau datang Soru Station ni kenalah cuba menu platter-nya...

Mini Platter ni untuk 2-3 orang makan. Oklah sebab kami semua dah ambil individual dish. Ni nak buat raso² kata orang... Semua sedap dan okay, kecuali wedges agak sejuk. Macam dah lama goreng, compared to fries yang masih panas². Walaupun begitu, secara keseluruhannya sangat memuaskan hati dan mengenyangkan perut :D 

Ummi ambil ayaq teh O dan ayaq suam ja, batuk ni masih takmau hilang :( 

Alhamdulillah makanan semua sedap di tekak kami, kecuali fish & chips. Filet ikan tu kurang masak. Dari segi portion, mengenyangkan.  Service cepat, commendable 👍 

Dan dari segi harga, Ummi setuju dengan Mak Cella, relatively murah untuk Western food. In fact, Ummi tau pasal restoran ni pun dari entry Mak Cella 😘


Dari hari tu nak cuba makanan di sini, alhamdulillah kali ni ada rezeki kami. 

Soru Station Wangsa Maju 
No. 8 & No. 10, Jalan Rampai Niaga 2 
Medan Niaga Rampai, Wangsa Maju, 
53300 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 12 pm - 12 am








10 comments:

  1. Mini platter nampak memberansangkan

    ReplyDelete
  2. Kek jelly tu nampak menarik PH dan menu Soru ni pun banyak.

    ReplyDelete
  3. wow..hraga pun sangat ekonomi la...nasib baik jauh..kalau dekat dah lama SA pi bawak family ke sini...

    ReplyDelete
  4. 2x dh mkn soru tp 2x juga bad service..jd mcm trauma nk p mkn outlet lain hehe

    ReplyDelete
  5. happy buzzday..geng ni ...scorpio

    ReplyDelete
  6. Perlu saya coba juga kalo nanti kesana 😍😍. Dan harga dia tu, memang terjangkau yaaa. Nampak sedap pun platternya 😍

    ReplyDelete