Otw nak ke rumah Uncle Husin tu, kami ke sini dulu. Ayah Rizqy bagitau tempat ni happening. Macam-macam aktiviti dan tadikan ada.
Yang bertutup tu booth jualan. Ke dalam sikit nampak patung Kong, watak filem box office tu. Ada juga nampak patung dinosaur. Saiznya besar, boleh nampak dari luar walaupun sekelilingnya ditutup dengan kanvas. Rasanya sebelah lewat petang atau malam baru tempat ni dibuka. Tempat hiburan untuk kanak² la agaknya.
Kami tak berhasrat untuk berhenti awalnya tapi makin ke dalam makin meriah pulak dengan gerai² jualan. Kebanyakannya makanan dan minumanlah kan... Gerai yang sediakan masakan panas dan goreng² pun ada. Kiranya nak lunch kat sini pun boleh.
Tak lengkaplah sampai Melaka tak makan keria gula Melaka ni kan ...
Dekat rumah Uncle Husin tu nanti, akak² geng taman kami sibuk order kuih keria ni nak bawa balik ke Gombak. Adalah saudara tuan rumah nak tolong belikan. Ummi senyum je sebab kami dah pekena dalam kereta :D
Coconut shake, pun wajib beli jugak kan... Tak kisahlah bukan tempat viral pun takpa, janji dapat merasa.
Cantik pantainya tapi sayang, hakisan teruk. Cerita adik kuih keria tu, kalau malam air naik hingga ke jalan. Adalah dia tunjuk jalan raya rosak akibat dihempas ombak. Macam reporter pulak Ummi 😂
Tak pastilah kerusi yang disediakan ni perlu disewa atau percuma, Walid dengan Adik tumpang duduk sat 🤭
Dua puluh tahun kot sejak Ummi pertama kali datang ke sini, memang banyak sangatlah perubahannya. Sedangkan Ummi pun dulu bujang, sekarang anak empat haha... That's life, changes happen everyday :)
a ah kak...kalau ikot, pntai yang tu sendri tu pun tambak...dulu2 mana ad jaln situ...risau kondo tgi tu je..yg tu mmg tambak...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletehealing tu dok kt kerusi tgk laut
ReplyDeletePantai di belah pantai timur ni pun banyak dah terhakis, kena tambak. Tapi memang best duduk healing2 tepi pantai. Keria Melaka sedap nya.
ReplyDeleteooo pantai Klebang memang x bleh mandi..rasanya yang Pantai Puteri tu boleh mandi...suka kat Pantai Klebang ni bila musimudang geragau fresh diorang jual tepi2 tu..selonggok or sepiring RM20 lebih kurang
ReplyDeleteselonggok RM10 la...ish x perasan typo
DeleteNampak bersih pantainya tapi pasir jerlus....even main kat gigi air pun seram jugak tu....
ReplyDelete