Sunday, 9 April 2023

Berbuka di InterContinental Hotel, KL

Selepas 2-3 tahun tak bersua akibat pandemik dan kekangan masa, Jumaat lepas kaml bertemu semula dengan A, whom the kids fondly called him Uncle :D

Last time jumpa in 2019. Even A still remember Adik was still a toddler that time. 

And he was also pleasantly surprised to see how Abang has grow up and glow up :p  

Berbuka di sini memang kenyang perut suka hati haha... Seleksi makanan dan keenakannya tak perlu dipersoalkan, memang berbintang²...

Punyalah banyak seleksi makanan, Ummi tak jengah pun area ni... Tapi anak³ pandai pula cari aiskrim kat sini :D 

Pinggan Ummi...

Sate as starter... Ikan pari bakar tu nampak sedap, ambillah seketul. Buat raso²...

Nasi Mandy + Kambing Golek
Makan di Serena Brasserie (the hotel cafe) ni Ummi tau dah kat mana port kambing golek hehe... Dari zaman kerja dulu dah selalu datang InterCont ni untuk events. 

Aglio Olio Fettuccine + Ayam Bakar + Udang ni paling memikat selera Ummi. Udang tu fresh giler, rasa manisnya. Abang pula makan fresh oysters. Dulu teammate Ummi, Uncle Rahman suka sangat makan tiram mentah ni. Dia perah lemon and ngap hehe... Ummi tak pandai makan gini :( 

Ikutkan dah kenyang sebab selain makanan di atas, Ummi juga tukang perabih makanan Angah dan Adik. Tapi nampak pulak kari kapla ikan...tak leh jadi ni ambik gak seketul dengan nasi sesudu dan masak tempoyak daun kayu. 

Walah

Tahun ni ada live band. Sedap suara dia 👍

Selain tu kata A, setiap chef diminta masak masakan lokal tempat asal mereka. Salah satunya sambal ni yang dihadiahkan kepada setiap guest. 

Enam orang, 6 botol sambal kami dapat. Bolehlah buat penambah selera bersahur. 

Sebelum berbuka kami solat dulu di surau hotel. Sentiasa cantik dan bersih as usual...

Surau di Tingkat 5. 

Bila dah solat tu baru selesa nak makan dan bersembang. 

Alhamdulillah a wonderful day for us.  Thanks again A for having us. Jumpa lagi next year :p



5 comments:

  1. rasa sekali je kot tahun ni berbuka kat hotel... tahun depan kita masuk list byk sket hotel or staycation hahaha

    ReplyDelete
  2. saya tertelan airliur bila baca ada masak tempoyak daun kayu

    ReplyDelete
  3. Tahun ni masuk 3 tahun dah SA x berbuka di hotel...hehehe...nampak sedap semua pilihan makanan...

    ReplyDelete
  4. Seronoknya dapat berbuka kat hotel..
    Rambang mata.
    Alhamdulillah rezeki

    ReplyDelete