Friday, 21 April 2023

Balik Raya

Memandangkan cuti raya bersambung dengan cuti sekolah, Ikutkan perancangan asal Walid akan bekerja hingga hari Jumaat dan kami akan bertolak balik ke kampung usai solat raya. Masa tu belum ada ura-ura raya Jumaat. Then, PMX bagi cuti khas Jumaat @ Isnin, depends on raya hari apa. Majikan pula bagi Cuti Tanpa Rekod (CTR) separuh hari semalam (Khamis). Dah tu, takkan nak tunggu Sabtu jugak untuk balik kampung kan...

Tan Sri pakai baju coklat :D 

Pagi-pagi sesudah Subuh kami bergerak balik ke kampung tercinta. 

Ayah Rizqi sempat titipkan duit raya untuk anak⁴. 

Alhamdulillah perjalanan yang sangat lancar, boleh dikatakan pecah rekod balik kampung kali ni. Tiada kesesakan luar biasa dan semuanya dipermudahkan oleh-Nya. Kami jangka akan solat Jumaat di Seberang Prai namun Allah susun plan lagi baik, dapat solat Jumaat di Jitra. 

Cuaca pun cantik 🤩

Bagi yang merindui sawah padi :) 

Baling selamanya di hati 💝

Welcome to Jitra :D 

Eh, tak nampak pulak banner menyambut anak² rantau yang pulang beraya macam tahun-tahun sudah... 
Takpelah, janji kepulangan kami dinanti oleh keluarga tercinta :) 

Rezeki Akhir Ramadhan, dapat berbuka bersama Tok Umi dan Tok Ayah. 

Paklong dan Paksu balik kampung mertua masing-masing. Ikutkan kami pun beraya di kampung Ummi tapi bila dah tukar rancangan tak sempatlah nak booking homestay. Mostly dah fully booked pun .. 

Mudah-mudahan Allah rezekikan kita bertemu lagi dengan Ramadhan yang berkah ini 🤲

Selamat Hari Raya semua! 
Maaf Zahir &  Batin dari kami sekeluarga 
🌜⭐




2 comments:

  1. Kami pun balik hari tu kira tak jem la..Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  2. Salam kenal dari anak jati kelahiran Alor Setar Kedah namun dah 26 tahun menjadi penduduk KL & Selangor

    ReplyDelete