Sunday 4 September 2022

Sambutan Hari Merdeka 🇱🇷 II

Adik sambut Merdeka di sekolah 30 Ogos. Kakak dan Angah pula sambutan Hari Merdeka diadakan pada 2/9, hari Jumaat. 


Murid-murid digalakkan pakai baju berunsurkan warna bendera Malaysia, baju tradisional kaum-kaum di Malaysia dan juga pakaian beruniform. 

Angah tak masuk acara persembahan jadi hanya pakai baju Melayu putih. Tanjak dam Ummi buat dari tudung Kakak. 


Ada pemilihan pakaian terbaik tapi bukan rezeki Angah menang. Untuk pertandingan buku skrap Merdeka pun Angah tak menang juga... Tapi Ummi salute semangat dia nak join. Ialah, masa tu sibuk hal kebakaran. Last minute buatnya pun. Print pun kat Ameena Bee sebab printer kami basah kena siram dengan air Bomba hari tu. 

Dia pilih Dato' Maharaja Lela sebagai subjek. 

Kakak pula terlibat dengan 2 acara; sajak (poem) dan pertandingan nyanyian selain pertandingan mewarna yang diwajibkan untuk semua murid Tahap I. 

Bidan terjun sebab ada peserta rumah biru tarik diri. Berlatih sehari je, esoknya terus bertanding. Baju kurung di rumah, tak sempat balik ambil jadi pakai uniform pengawas saja. 

This is the Day tajuk sajaknya. 

Alhamdulillah rezeki Kakak dapat naib johan. 

Untuk pertandingan nyanyian, sejak kebelakangan ni asyik ponteng kelas je. Pergi berlatih...

Nyanyi lagu Inilah Barisan Kita. Cg Aida jadi guru pembimbing. 

Alhamdulilah dapat no 3. 

Pertandingan mewarna tu Kakak tak sempat siap, sebab 30/8 tu berlangsungnya acara sajak. Penyampaian hadiah pada hari kemuncak, hari Jumaat tu.

Tahniah sayang. Homework yang bertimbun tu jangan lupa siapkan ye :p

7 comments:

  1. Rajin anak-anak PH sertai pertandingan.
    Tahniah Kakak.

    ReplyDelete
  2. tahniah anak2 dapat hadiah pertandingan sempena hari kebangsaan

    ReplyDelete
  3. Meriahnya sambutan hari merdeka di sekolah.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. bersemangat semuanya dan rajin join acara.. masyaAllah..

    ReplyDelete
  5. tahniah..semangat ank2 dgn acara kemerdekaan

    ReplyDelete
  6. Semangat anak- anak kan...kita as a parent kena bagi galakan..eh rindu plak nak ada anak masih sekolah...kakak dania nak sambung belajar kat kolej plak...

    ReplyDelete