Wednesday, 28 September 2022

Nasi Kerabu di Hari Rabu

Sementara tunggu baju yang dikeringkan siap, Ummi singgah bersarapan di Kafe Jemuju Kasih, berhampiran kedai Donut Kotak tu. Dulu namanya lain, dah banyak kali bertukar tuan. Sampai Ummi pun dah lupa apa nama-nama sebelum ni. Pernah buat entry pun.

Teringin nak makan nasi kerabu. Sayang, solok lada takde. Cili untuk dibuat solok tu takde kata Akak kedai. Selain tu ada pelbagai pilihan menu sarapan lain; nasi lemak, nasi dagang, nasi goreng, mee goreng dsbnya. 

Mummy Ayu pun khabarnya makan nasi kerabu juga pagi tadi, sebab hari ni hari Rabu katanya haha... Get well soon ye MA. 

Beli juga kuih-muih ni untuk makan petang-petang nanti...teringin nak makan kuih koci dan kuih nona manis tu 😋 Hjh Amy panggil kuih Pas, sebab hijau putih haha... 

Makan santai-santai, kenyang sampai ke tengahari alhamdulillah. Selesa kedai ni, geng mak-mak pun ramai juga. Ummi je makan sorang-sorang hehe ... 

Elok habis makan, baju pun dah nak siap dikeringkan... 

Suka Laundrybar sebab minimum caj untuk dryer 4 token/24 minit. 1 token = RM1. Selalu Ummi letak 5 token terus, 1/2 jam. Ada satu lagi laundry Ummi suka pergi. Tapi baru perasan minimum caj dia RM6 untuk dryer, . Rasa macam sebelum ni RM5 je... Jadi Ummi pilih yang lebih jimat poket ✌️

9 comments:

  1. tergelak saya baca part kuih nona manis tu dipanggil kuih pas. bila tgk mmg betul jugak sbb putih bulat di tengah2 tu!

    ReplyDelete
  2. Makan seorang-seorang pun seronok juga. Layan perasaan dan ambil masa untuk diri.

    ReplyDelete
  3. tq PH...alhamdulillah, getting better.. terbayang2 plak dapnya nasi kerabu semalam. pagi ni mam roti jer...
    yessa...laundry mcm ni byk membantu kerja harian kita..tambah2 musim hujan kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah 👍
      Tp kita punya version tu kurang budu 🤭

      Delete
  4. Wah makan kuih PAS & Rice To Wednesday...

    ReplyDelete
  5. Kuih pas tu sedap, fav SA gak tu...hari ni SA makan nasi kerabu..solok lada xde tapi dia letak cili akar seketul...boleh la...sedap juga

    ReplyDelete