Friday, 12 August 2022

Banjir Kilat di Greenwood

Ummi lalui pengalaman yang menakutkan, meredah banjir kilat di Greenwood petang tadi. Di YouTube ada berita ni, boleh Google. 

Hujan lebat sedari jam 3 lagi. Bukan hujan biasa, ada kilat, guruh, petir, angin semua dan hujannya sangat lebat. Sebab hujan lebat, Ummi keluar awal dari rumah, pukul 4 untuk jemput Angah di sekolah. Ada tuition... Kalau tak hujan 15-20 minit boleh sampai. 

Rupanya di Greenwood air dah naik. Lama Ummi stucked di traffic lights depan Ninso tu. 3 kali hijau pun tak lepas lagi... Dah jadi bottle neck dah situ sebab lorong kiri dan tengah air naik. Walaupun begitu, tak nampak sangatlah keadaan sebenar airnya, hinggalah bila sampai depan kedai cat berhadapan food court tu barulah Ummi nampak keadaan sebenar. Airnya dah separas pintu kereta! Dengan penuh tawakkal, Ummi redah. Tak pasti nak kena berhenti ke jalan sebab orang depan jalan. Di belakang pula ramai menunggu ... Bila sampai opposite Nasi Lemak Ujang tu, kereta depan Ummi dah stuck, enjin mati. Bertambahlah cuak Ummi ni. 

Turunkan cermin kereta, tanya sorang Abang ni boleh ke Ummi lalu lane tengah.. Dia kata "tunggu Kak, tengah tu lagi dalam"

2-3 orang pemandu & riders di seberang jalan (menghala Sri Gombak tak banjir) semuanya advise jangan lalu, tunggu air surut dulu. Air dah sampai betis lelaki dewasa. Dalam hati Ummi dah risau... Pukul berapa air nak surut? Angah masih di sekolah ni... Kalau Ummi tunggu, risau juga air masuk enjin.

Alhamdulillah bila kereta depan tu dialihkan (ditolak oleh abang-abang rider) dapatlah Ummi bergerak. Redah air banjir tu, Allah saja yang tahu perasaan Ummi 😭

Syukur lagi, lepas simpang bus stand tak banjir sini. Alhamdulillah Ummi dapat teruskan pemanduan seperti biasa. Selepas 45 minit Ummi sampai di sekolah. Alhamdulillah.

Dalam hati dah terbayang kesesakan yang bakal dilalui bila balik nanti. Tahu sajalah jalan di "Keyel' ni, motor rosak pun boleh jam berkilo-kilo. Inikan pula banjir. Namun, Allah Maha Berkehendak. Terkejut Ummi bila tengok jalan yang banjir tadi airnya dah surut! Hujan pun dah berhenti, airnya pun dah hilang entah ke mana. Allahu Akbar! 

Inilah pengalaman pertama Ummi redah banjir. Honestly I was shaking & crying 😭 Takut! 

Gambar memang tak ambil sebab takut dan risau sangat. Ummi cuma call Walid je bagitau Ummi stucked dalam banjir. Anything happens, he would know. 

Credit source. 

'Ala kulli hal, alhamdulillah 🤲

6 comments:

  1. Takut hadapi sorang-sorang. Allah, kasihan kereta depan terhenti pula.

    ReplyDelete
  2. Allahu...
    Alhamdulillah,semua selamat..🤲
    Saya yang baca macam ada bersama dalam keadaan tu..Saya sangat risau dengan banjir kat Lembah Klang ni..sukar dijangka ..Kalau anak-anak keluar bawa kereta ke KL dan nampak cuaca gelap belah sana..Hati dah tak tenteram..Selalu call suruh depa balik segera.Kadang anak2 rimas..huhuhu

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, syukur PH ok, kereta pun tak apa2. Sy pernah melalui pengalaman yg sama beberapa tahun lepas. Memang menakutkan, nak jalan salah, nak berhenti pun salah. Tawakal sahajalah.

    ReplyDelete
  4. Allah.. Berdebar baca pengalaman Ummi.. Alhamdulillah semuanya dah baik-baik.. Pengalaman sungguh.. Bila Allah berkehendak, hilang terus airnya..

    ReplyDelete
  5. Itulah pengalaman saya bulan 5 tempoh hari, sama jugak nak ambik anak2 di sekolah. Kena lalu kawasan banjir kilat, cuak sangat sbb tak nampak jalan, tak nampak longkang. Takut kereta masuk longkang je. Tapi tawakal je sbb fikirkan anak2. Enjin kereta pun mcm dah tersenggut2 masa tu.

    ReplyDelete
  6. Sekarang ni kaau hujan lebat beberapa jam aje dah banjir kilat.
    Kalau hujan semingguan tak tahu macam mana

    ReplyDelete