Wednesday 19 June 2019

Raya sana-sini I


Sudah menjadi amalan bagi masyarakat Muslim di negara kita untuk mengadakan rumah terbuka bila tiba Aidil Fitri.


Alhamdulillah banyak jemputan rumah terbuka yang kami terima saban minggu sampaikan nak jemput jiran-jiran beraya  di rumah pun masih belum ada kesempatan. Ingat nak slot in esok malam. Tengoklah macamana. Rajin ke tidak sebab malam esok ada movie Captain America : Civil War haha... Nak buat open house besar-besaran tu tidaklah. Sekadar nak berborak, bertukar cerita je. Ngeteh ke ngopi tu je konsepnya. Dah lama kami tak buat open house. Lebih kepada siapa nak datang, datang je. Kalau bagitau awal, Ummi masak special sikit. Kalau lagi 5-10 minit nak sampai baru 'roger', hidang apa yang ada je hihi...

Untuk memenuhi jemputan rumah terbuka pula kami lebih selective sejak beberapa tahun kebelakangan ni dan tahun ni lebih lagi. Abang tahun ni akan menduduki UPKK. Setiap Sabtu ada tuition, separuh hari dah 'gone'. Jadi priority pada Abang dan UPKK related activities. Selain tu, ambil kira juga waktu rehat/study Angah dan Kakak. Kalau asyik keluar beraya je hujung minggu, kesian juga anak-anak. Bila masa nak buat homework, rehat, riadah, tengok TV dsbnya. Tahu sajalah musim raya ni, traffic jam sana sini, banyak masa terbuang atas jalan. Keutamaan juga diberi kepada jemputan yang rumahnya kami belum pernah ziarah. Kalau jauh pun, kami usahakan untuk sampai. Bukan apa, jika tak dijemput datang beraya/kenduri, jarang kami nak saja-saja terjah rumah orang kecuali ziarah orang sakit atau kematian. 

Panjang pulak intro. Nak share jemputan minggu lepas, 11 dan 12 Syawal 1440H je sebenarnya 😁 

11 Syawal kami beraya di Cheras, rumah member Walid di 'Syarikat Letrik' dulu. Lama sungguh tak jumpa beliau, dah 5-6 tahun juga. Waktu Ummi bersalinkan Angah kot, Az dan isterinya posted a baby gift set to us. So thoughtful of them. Depa pun dah ada sepasang cahaya mata sekarang alhamdulillah.

Anak-anak memang seronoklah sebab ada rakan sebaya hihi... Lagipun ini selected invitation, bukan open house pun. Lebih santai, lebih masa untuk berborak, bertanya khabar kawan-kawan lama dsbnya. Makanan pun dimasak sendiri oleh tuan rumah dan kakaknya. Superb!


Main cikgu-cikgu lah apa lagi. 

Sorang right handed, sorang left handed. 

Keesokan harinya kami beraya di rumah cousin Walid. Tahun lepas tak hadir, tahun ni kenalah rajinkan diri :) Dapat juga jumpa Toksu Daud dan Toksu Nita dan ibu tuan rumah yang forever friendly, Wan aka Toknjang depa.


Cicit Tok Ipoh. 

Menu yang selalu ada di open house aP is nasi lemak. 2 tahun sudah kot, nasi lemak bungkus. Tahun ni nasi lemak senduk 😆😆😆 Maknanya kena senduk sendiri nasi/lauk nak banyak mana :D

Minggu ni beraya di mana? Tunggu 🤗

6 comments:

  1. Allahu....nak pegi open house memang terpaksa redah jem.
    Ramai kat KL ni open house hujung minggu kan.
    Bertabahlah di jalan raya hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahun sekali kak, kita redah je haha...

      Delete
  2. Betul la PH, kalo tak raya takdelah sesaja nak pi redah rumah orang walaupun rumah sedara sendiri. Baguslah raya sebulan, boleh kita memanjangkan silaturrahim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak... Orang jemput beraya kita cuba luangkan masa sebab kalau sesaja nak ziarah tu tidaklah

      Delete
  3. anak aida upsr. weekend agak terhad nak berjalan.
    tuisyen, kelas tambahan.
    SELAMAT HARI RAYA dari aida.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita kan aida. Berkorban utk kejayaan anak :)

      Delete