Monday, 24 June 2019

Raya sana sini II



Allahu... Penat sungguh beraya hujung minggu lepas. Bukanlah beria nak beraya sampai sebulan pun. Tapi bila dijemput tu kita hadirlahkan. Itu pun pilih-pilih juga sebab masa tak mengizinkan. 

Jemputan minggu ni;
18 Syawal (Sabtu) 
> open house Moha @ Pandan Perdana 
> open house dan tahlil Chudil @ Sg Tua
> gathering EMS @ Shah Alam

19 Syawal (Ahad) 
> open house Asyraf @ Shah Alam
> open house & kduri kesyukuran Shaz @ Harmonis
> open house Iman @ Gombak 

Sabtu tu asalnya memang kami plan nak  ke open house di Pandan Perdana tu tapi ada pula kawan Walid, Yeop nak datang beraya. Dah dua kali beliau berhasrat nak datang, tapi ada je halangannya. Ini kali kita kasi jadi. 

Nasi minyak & geng 

Alang-alang dah masak tu, Ummi ajaklah sekali jiran-jiran rapat. Ajak makan tengahari, tapi lepas solat zohor baru semua pakat datang. Biasalah, rumah sebelah je, apa nak kalut. Seronok dapat bersembang dan bertukar-tukar cerita. 

Menjelang Asar Ummi pun 'tutup kedai'. Nak bersiap untuk gathering EMS di Shah Alam. This event memang awesome. Keluarga EMS ibarat keluarga sendiri. Cerita lanjut menyusul insha Allah.

Salam Aidil Fitri dari kami 'Geng EMS' 

Esoknya kami hanya beraya di sekitar Gombak. Jemputan di Shah Alam tu terpaksa dilupakan. Malam Sabtu tu sampai di rumah pukul 11.30. Esoknya mendobi baju dsbnya. Lepas zohor baru keluar beraya. Walaupun sekitar gombak je tapi  jalan jem juga di sana sini.

Kuih muih dan kek sedap-sedap air tangan Shaz dan K. Ta, geng SRAI juga. 

Alhamdulillah,  suami Shaz (papa Adam) terpilih untuk bertugas di tanah suci lagi tahun ni. Khabarnya beliau akan lead team di Mina nanti. Kali ni kenduri kesyukurannya di buat di rumah mereka sendiri. Kalau buat di rumah Atok Adam rasanya kami dah tak pergi. Ummi masih gayat teringat naik bukit turun bukit nak ke rumah Atok Adam tu hihi... 

Kenyang main beyblade je lah budak2 ni πŸ˜‘

Di rumah Iman pula Ummi makan lagi...laksa dengan nasi goreng sikit. Sambal tumis ikan bilis tu memang wajib Ummi ambil kalau makan kenduri di rumah Iman. Rasanya superb! 


Cantik sampul raya dari tauke Nur Iman Marketing ni. 
Sambil beraya sebenarnya sambil ziarah adik Iman. Ya Allah comel sungguh. Geram nak cium-cium 😍😍😍

Hadiah untuk baby Imani πŸ’

 Hujung minggu ni rasanya lagi teruk jem, final weekend Syawal and pay day. Jemputan untuk Sabtu dah full dari siang ke malam. Ahad tu rasa nak duduk rumah je lah. Abang kata kawan-kawan dia nak datang beraya. Kawan-kawan Walid pun ada yang dah merisik khabar, bagi hint nak datang beraya. Ummi tak plan apa-apa lagi sebab nak recover dulu kepenatan minggu ni hehe...

6 comments:

  1. Alhamdulillah..
    Rezeki di bulan syawal kan..
    Bnyk betul jemputan ye.

    Ira pun ada juga jemputan yg tak pergi. X mampu nk penuhi semuanya. Keadaan kesihatan x mengizinkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah masih ramai yg sudi menjemput. Tapi yelah, tak dapat penuhi semua jemputan.

      Harap semuanya baik-baik saja utk ira :)

      Delete
  2. The celebration goes on and it looks like fun. Lots of makan2 with family and friends!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya... And 'the diet' goes to Indian ocean πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

      Delete
  3. makin nak hujung syawal ni, makin banyak lah open house sana sini kann...

    ReplyDelete
  4. Aah...Semua nak buat open house. Best, tak payah masak hihi

    ReplyDelete