Door gift dari Hj Aleman & keluarga. |
Sabtu lepas ada 3 jemputan kenduri tapi kami pergi dua je; satu di Sri Gombak, satu di Ampang. Jemputan kenduri bday & open house member di puchong terpaksa dilupakan. Anak2 kurang sihat lagipun jalan sesak kemain, punyalah ramai orang keluar beraya. Bayangkan dari ampang indah ke hotel flamingo tu sejam!
Tapi we have no regret especially kenduri aqiqah Adik Adam kat ampang tu. Adventure sungguh nak ke rumah atok Adam ni. Naik bukit turun bukit sampai gayat Umi. Paling Umi takut time daki bukit, takut kereta mengundur sebab bukitnya tinggi dan cerunnya tajam. Kalau tak kerana kenduri ni, tak tahu pun ada penempatan di sini.
Ini dah hampir ke bawah. Time naik Umi asyik mengucap je 😉. |
Mula tu macam nak give up dah sebab we had no idea where the place is. Tanya adik sorang ni tengah cycling dia pun tak tahu. Guna waze, bateri phone Walid pulak habis. Phone Umi pun nyawa2 ikan je baterinya. Sudahnya tawakkal je. Sampailah jugak. Dapatlah jumpa ayah Adam yang terpilih jadi petugas kesihatan sempena musim haji tahun ni. Dah berangkat pun kelmarin. Seronok sangat bila dapat raikan tetamu Allah ni. Kira 2-in-1 lah kenduri ni, aqiqah baby afaq dan kesyukuran ayah Adam dapat ke tanah suci.
Air menet as a door gift. Anak2 excited nak buka tudung botol buat main ceper |
Sebelum ke sini, kami ke wedding di sri gombak dulu. Pun naik bukit jugak sebab Walid park kereta kat luar pagau. Umi dahlah pakai heels gagah jugaklah jalan kaki naik bukit nak ke dewan tu. Takpe exercise 😉
Hari ahad kami ke putrajaya. Pun kenduri kesyukuran naik haji. Ex-officemate Walid nak berangkat 26/7 ni. Bila kita pernah merasa pengalaman naik haji, setiap kali dapat berita kawan2/saudara mara/jiran2 ke dapat pergi haji, perasaan tu sangat happy. Rasa teruja nak peluk cium tetamu Allah ni.
Dari putrajaya kami ke puncak alam, open house ex-officemate Walid juga. Ini pun first time kami sampai ke puncak alam. Takde lah di puncak sangat pun hahaha... Rumah atok Adam semalam tu baru betul atas puncak bukit! Kat putrajaya tadi Umi makan nasi putih lauk ikan keli, kat sini makan nasi tomato pulak 😁 maunya tak montel 😄
Werkend ni nak makan nasi minyak lagi lalalalala....
Berbaloi dgn perjalanannya dpt minum air menwt.. susah nak jumpa skrg. Goodies pun cantik2
ReplyDeleteItulah very unique... Anak2 mmg tak kenal, curious betul depa 😀
Deletemencabar jalan tu nampaknya tp alhamdulillah sampai juga tempat dituju,dapat doorgift yang comel
ReplyDeleteAlhamdulillah selamat sampai. New experience & exposure utk kami hehe
Deleteamboi segala kenduri ada..
ReplyDeleteRezeki jangan ditolak 😆
DeleteLots of eating, Puan Hazel. That's what I like hah..hah..hah...
ReplyDeleteMe too hahaha
Deletebanyaknya jemputan puan hazel. rezeki raya kan. lagipun raya sebulan. menarik jgak air menet tu orang buat doorgift ya, tak pernah jumpa lagi.
ReplyDeleteSetahun sekali je ada jemputan kenduri setiap minggu ni ain hehe
DeleteWalaupun turun naik bukit, tp yg penting berbaloi, perut kenyang, cuti masak lagi....betul tak?
ReplyDelete