Sunday, 29 December 2019

Persiapan Sekolah Sesi 2020 I


Episod persiapan kelengkapan persekolahan anak-anak untuk Sesi Persekolahan 2020 yang akan dibuka 2 hari lagi.

Pakaian
Bab paling Ummi teruja dan paling mahir 😂😂😂. Asalkan namanya shopping, pantas je.

Abang - kami hanya beli baju, kasut, stokin dan songkok. Seluar sekolah ada beli bulan 10 hari tu sekali dengan uniform serba berdiri untuk Kakak. Baju seluar yang dah ada tu boleh pakai lagi. Jimat duit alhamdulillah :)

Angah - sama juga dengan Abang cuma tambah seluar dan baju baru sepasang. Seluar yang ada tu nampak dah tanda-tanda nak koyak di lutut tu tapi selagi tak koyak betul pakai dulu kata Walid. Baik boss!

Kakak - the biggest spender this year. Baru masuk darjah 1, semua nak kena beli. Dari kepala hingga ke kaki persiapannya semua beli baru. Alhamdulillah dah buat saving sikit-sikit jadi tidaklah terasa sangat perbelanjaan yang perlu dikeluarkan.
Shopping baju sekolah kali ni merata-rata; dari Sri Gombak ke Jitra hingga ke Penang.

Harga di Sri Gombak 

Harga di Jitra 

Kasut harga lebih kurang je di tiga-tiga tempat.

  Di Jitra tu kedai yang biasa Ummi beli, Ceria Ekonomi Hari-Hari di pekan Jitra. Memang ceria... tauke kedainyalah 😅 Tapi dari segi kualiti, memang berbaloi. Jenama Dexwin yang dijual di situ memang pilihan Ummi. Baju Angah dari darjah 1 hingga nak masuk darjah 3 masih elok, cuma warna putihnya tu dah lunturlah. Baju Abang pun sama. Bila kena tukar tu bukan sebab rosak/koyak tapi sebab dah ketat. Every year memang beli di situ sejak Abang masuk sekolah lagi. Di Penang pula beli kasut sekolah boys.

Semua jenis tudung Ummi beli; awning lembut, awning keras dan takde owning (2-layer). Excited haha.. Semua dah siap jahit, tampal nama dan iron. Tinggal nak sarung je. 

Buku
1. Buku teks dah dapat sebelum cuti sekolah tempohari. Semua buku teks yang depa dapat berbalut cuma ada a few yang tak berapa cantik balutannya. Takkan bertahan hingga hujung tahun jadi kami balut yang itu je. Kadang bab ni kita niat sedekah je. Tak payah berkira, balut je bagi cantik kemas. Anak kita pun happy, peminjam seterusnya pun boleh terus guna je.

Proses balut dan cop nama. 

2. Buku tulis/aktiviti semua dah siap beli. Alhamdulillah tahun ni sistem pembelian buku dah ditambah baik. Waktu operasi kedai buku hingga ke petang, dibuka selama +-10 hari termasuk cuti umum Krismas tempohari. Mudah urusan semua alhamdulillah.

Yuran
Bab paling mahal :( sehingga entry ni ditulis, senarai yuran sekolah belum diperolehi lagi. Ummi bajet dalam RM1000 juga untuk 3 beradik ni.

Semalam bayar yuran tuition UPSR Abang sahaja dah hampir RM250. Ini tuition swasta. Yang pihak sekolah buat lain pula. Bertabahlah ibu ayah. Inilah realiti yang perlu kita hadap. Insha Allah semuanya berpahala.

Alat tulis & Beg Sekolah
Alhamdulillah bab ni paling jimat. Stok lama masih banyak disamping hadiah yang depa dapat sempena Hari Anugerah yang lepas juga hadiah dari Maksu. Beg sekolah Kakak guna yang Pasti bagi masa convo. Abang dan Angah guna yang lama je walaupun ada beg Maksu bagi. Ummi lebih suka pakai dulu yang ada, dah rosak/koyak baru diganti. Selagi boleh pakai, pakai je.

From Maksu with ❤️

Hadiah dari Pasti 
Ini dari Amin, schoolmaster Kakak bagi time birthday dia. 

Moga dipermudahkan segala urusan aamiin.

Saturday, 28 December 2019

Cerita Ketupat Krismas, Gerhana Matahari & Ikan Bilis Sabah


Daripada dibiarkan sepi tanpa entry, jom kita sembang-sembang kosong :)

Cerita 1: Raya Krismas?
Usai Ummi lipat telekung, telefon Ummi berdering. Jiran kami, Kak Leha di hujung talian nak hantar makanan katanya. Cepat-cepat Ummi hantar rider 2 orang tu :D Cekap rider 2 orang ni, sekejap je bawa balik bungkusan makanan.

Apa dalam bungkusan tu? Hah inilah dia... Ketupat palas, nasi impit dan rendang. Tak payah tunggu raya kita, Krismas pun dapat makan ketupat rendang haha... Gurau je. Sekarang ni anytime any day ada je ketupat rendang ke lemang ke soto ke  ada jeorang jualkan? 


Cerita 1: Gerhana matahari
Kejadian hari Khamis 26/12/2019. Mujur Maktam share info tentang gerhana ni pagi-pagi lagi di WA group family. Barulah teringat. Selain nak tengok gerhana, nak ajak dan ajar Abang solat sunat gerhana. Secara tak langsung dapat juga ilmu baru bagi dia.

Awan tebal. Dapat juga lah shot gerhana walaupun tak full view. 

Pakai spek hitam mainan Adik je dengan spek 3D Angah bawa balik dari Oceanarium The Shore tempohari haha...Takut rosak mata kata Abang. Betullah tu. Lagipun tengok secara direct tak nampak gerhananya. Bila pakai spek baru 'line clear'. Tengah rembang matahari disertai laungan azan Zohor tu  waktu puncaknya. Confused agaknya jiran2 tengok kami dua beranak terdongak-dongak ke langit di depan rumah dengan spek hitam tu 😂😂😂

Cerita 3: Ikan Bilis Sabah
'Geng Posto' outstation ke Sabah bulan lepas. Macam biasalah, kalau ada member ke Sabah kami suka kirim ikan bilis. Walid dulu suka beli blue-eyed bilis tapi mahallah yang tu. Kirim bilis kopek je dengan Atiq. Jumaat lepas baru dapat jumpa Atiq. 


Kalau tengok harga di peket tu memang mahal tapi boleh tawar sebenarnya. Siapa yang biasa beli tahulah. Macam yang Atiq beli ni harganya cuma RM17 selepas ditawar. Kalau tak salah, sepeket tu 1kg. 

Itu je... 
Selamat berhujung minggu!

Thursday, 26 December 2019

Kakak ~ Orientasi Darjah Satu


Sabtu, 21 Disember 2019


Empat lima hari lagi Kakak akan mula bersekolah rendah. Sekejap je kan...
Sabtu lepas ada orientasi darjah satu. Sekejap je kali ni. Ikut jadual hingga tengahari tapi pada hari kejadiannya majlis hingga pukul 10.30 sahaja. Hari yang sama juga selesai pembahagian buku teks, pembelian buku tulis dan baju sukan. Alhamdulillah kali ni semuanya lancar. Tunggu nak bayar yuran sahaja bila sekolah buka minggu depan.

dan 

Jom daftar dulu... Dapat file peribadi murid, name tag dan lencana sekolah. 


 Depan sekali tu...

Aturcara majlis...

Sementara Kakak masuk kelas, Ummi Walid masuk dewan, dengar taklimat. Kena perli dengan member, dah 3 orang anak sekolah SRAI pun nak dengar taklimat ke? Of courselah... Kami raikan anak sama rata. Adil dan saksama gitew :) Lagipun mesti ada info/input baru yang cikgu nak sampaikan kan?




Pakaian sekolah Kakak sejak bulan 10 hari tu Ummi dah beli, 1 set lengkap. Excited sebab first daughter masuk sekolah rendah. Balik kampung hari tu beli lagi. Every year Ummi beli pakaian sekolah anak-anak di kedai ni. Harga lebih murah. Boleh jimat 3-4 ringgit sehelai. Contohnya baju kurung putih Ummi beli di Sri Gombak harganya RM19. 90. Di Jitra, RM15.50. Kain jenis koshibo, sama je. Mungkin sebab lokasi dan jenama kot, sebab tu harga berbeza.

Excited sungguh Ummi ni nak beli kelengkapan sekolah Kakak sampai terlebih beli sepasang baju putih & kain biru tu. Patut 4 pasang je, sebab dalam 5 hari sekolah tu ada satu hari pakai baju sukan. Adoilah Ummi ni 😇

Kakak nampaknya bersemangat nak masuk darjah satu. So do I 🤭 Moga kejayaan dan Kecemerlangan sentiasa mengiringi Kakak.

Tuesday, 24 December 2019

Staycation @ The Light Hotel Penang



Di sinilah kami menghabiskan cuti hujung minggu lepas. Dah lama berhajat nak singgah bermalam di sini akhirnya ada juga peluang. One of the Directors Nasi Kandar Pelita, his brother and a friend own this hotel. Hebatkan, dari business nasi kandar depa expand to hospitality service.

The Light Hotel Penang letaknya di Seberang Jaya, Penang. Sebelah sini, bukan sebelah Pulau. Parkson, Billion, banks, nasi kandar shops, Victoria Station dll semuanya walking distance sahaja dari hotel. 


Lobi dan parkir yang luas. Staff pun very helpful and friendly.


Amazing Christmas decor...

Teruja setiap kali pesawat TUDM sentiasa melintas...




Kami book thru booking. com. Mula tu called hotel directly minta corporate (The Light is a panel hotel for Walid's employer) tapi harganya lebih mahal. Even higher than the published rate. Dengan kami dapat RM238 untuk double bed deluxe room with breakfast for two.

Bilik yang selesa, lengkap dengan 5-star hotel facilities.










Pool view 😍
Yang petak sebelah kanan tu kids room & gymnasium. Yang sebelah kiri toilet & changing room lengkap with sauna rooms. 

Next morning, kami turun breakfast di Spice Brasserie. Untuk breakfast ni kami hanya perlu bayar untuk Abang sahaja, RM21. Alhamdulillah ada orang belanja Angah & Kakak whereas Adik free sebab dia underage. Thank you so much ye Mr A. Moga sentiasa dimurahkan rezeki.
Breakfast memang superb. Sebut je nak makan apa, semua ada 👍 Walid minum susu lembu fresh, sedap katanya. Ummi repeat teh tarik 2 kali. Sedap tak manis sangat.

 Roti canai with mutton curry.
Lupa sekejap dunia haha...



Lepas breakfast, it was the kids' turn to splash... Ada 3 section pool ni. Yang paling cetek setakat buku lali Adik je. But be careful sebab kolamnya bercerun. Makin ke tengah makin dalam. Adalah border yang diletakkan untuk keselamatan pengguna. Cuma kena pantau juga takut anak-anak terlebih excited masuk pula ke tempat yang dalam. Life guard pun ada standing dekat border tu. Jika ada kids yang cross the line, dia tiup wisel. Tapi tetaplah kita kena berhati-hati.



Tempat lepak yang ohsem di sebelah pool...


Fish pond. 

Herbs Garden. 

Sauna room...

Memang best sangat stay sini. Worth for money. No wonder this hotel sentiasa jadi pilihan. Menang awards pun banyak. 
Platinum award for Muslim friendly hotel 👍👍👍




One of the best staycation ever alhamdulillah. 

The Light Hotel Penang 
Lebuh Tenggiri 2
Seberang Jaya
13700 Penang 



Monday, 23 December 2019

Penang, jom!



Jumaat Walid balik dari Prai, hampir Maghrib baru sampai rumah. Esoknya pagi-pagi bawa kami ke Prai semula. Effort tu yang mahal haha... May Allah bless you B! Ikutkan kami follow him to Penang last weekend tapi ada sedikit ujian Allah bagi in between jadi kami masing-masing berkorban. Moga Allah pandang pengorbanan kecil kami dan membalasnya dengan menjadikan anak-anak kami anak-anak yang soleh/solehah yang boleh menjaga kami bila tua nanti. OK done luah perasan :)

Singgah di Ipoh dulu hantar Tok ke rumah Pakcik. Plan asal nak pekena Nasi Kandar Hameediyah atau pun Nasi Kandar Deen di Penang (sebelah pulau) tapi baru keluar dari rumah Pakcik dah terasa lapar 😂 Kalau tunggu sampai Penang maunya kebuloq haha... Time tu pun dah pukul 12. Jadi, singgah makan tengahari terus di Meru. Area Mydin Meru Jaya tu banyak kedai makan sedap.


Perjalanan diteruskan... Perjalanan agak slow sebab banyak kereta. Cuti sekolahkan, ramai orang travel.

Masuk Pulau ikut 2nd bridge, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. Nampaklah IKEA Batu Kawan di sebelah kanan. Katanya Village Premium Outlet pun letaknya berdekatan IKEA. Kami tak singgah pun sebab nak ke Batu Feringghi kononnya.


Jalan clear...

Masuk sahaja ke Georgetown, jammed teruk. Nampak info trafik kat board katanya 1 jam nak ke Batu Feringghi. Terus buat u-turn menuju ke terminal feri. Malas nak hadap jam, kat KL pun ada 😜

Sekali lagi kami diuji, terperangkap dalam kesesakan trafik yang luarbiasa dari LCE Expressway hingga ke area terminal feri. Beratur nak masuk ke simpang terminal feri pula hampir 1 jam. Once again we  gave up. Terus pecut menghala ke Jambatan Pulau Pinang (1st bridge/jambatan lama) menuju ke Prai sebab hotel kami di sebelah sini. Tidaklah terkilan sangat sebab dah pernah bawa anak-anak naik feri Pulau Pinang ni. Next time balik Kedah boleh je singgah, Insha Allah.

 Punyalah slow kereta, sempat Ummi snap mural kat bangunan sebelah Penang Port Commission, kalau tak silaplah.

 Royale Chulan Hotel. Dulu namanya Royale Bintang Penang.

Baca sini: [Menginap di Royale Bintang Penang]

Banyak kereta menuju Pulau...

Akhirnya kami selamat sampai ke hotel. Lega rasanya bila dapat keluar dari pulau haha... Alhamdulillah hilang rasa penat bila tengok bilik hotel yang super cantik ni :)



Belah sini pun ada nasi kandaq sedap tau... 


Nanti Ummi share pasal hotel dan kedai nasi kandar ni.