Thursday, 29 November 2018

Report card day pulak 😅


Jamuan akhir tahun dah, rombongan dah, karnival pun dah moh la kita jumpa Cikgu ambik report card pulak :D 

Apa-apa ajelah Angah 😊

Kali ni Umi ke kelas Angah dulu. Excited nak tengok result dia sebab based on exam papers yang dia bawak balik markah semuanya nampak sangat memberangsangkan. Mengharap jugaklah dia dapat naik pentas. Bukan untuk berbangga, tapi untuk suntik motivasi pada dia agar sentiasa rajin belajar. Tapi nampaknya belum rezeki Angah naik pentas. Paper akhlaq dapat 99%, sipi je lagi nak dapat 100%. Takpe kita usaha lagi. Overall Umi bangga dengan Angah sebab kali ni pass semua paper dan banyak sangat peningkatan. Umi dok cari result mid-term hari tu nak buat comparison tapi tak jumpalah pulak. Dulu dapat no 34, kali ni no 23 alhamdulillah. Usaha lagi ye sayang. Bagi dapat top 10 pun Umi dah syukur sangat. Bab lain; akhlaq, sahsiah, discipline semua ok Cikgu kata 👍👍👍 


Naik ke kelas Abang, ramai pulak parents tengah beratur nak jumpa Cikgu. Bila time Umi, alhamdulillah Abang masih top 3. Ikutkan result bagus-bagus belaka tapi English 2 teruk, 'tarik' markah lain. Beza Abang dgn no 2 cuma 0.1 markah je. 


Yang kelakarnya mostly classmates dia expect Abang dapat no 1 sebab asal top scorer je, Cikgu tunjuk kat Abang. Abang pun mengharap sangat tapi belum rezeki dia nampaknya nak beat Saadah. Markah BI yang rendah tu menyebabkan Abang tak dapat nak potong Saadah & Iman. Bayangkan, Iman pun terkejut dia dapat no 2, Abang no 3 😁😁😁

Since kita dah identify kelemahan dia bab English tu, memang Umi akan regi dia  tuition class. Dah deal pun dgn cikgu sekolah dia, tunggu jadual je. Moga dipermudahkan urusannya aamiin. 

Bab lain yang Ustaz tegur Abang is tulisan. Standard lah tulisan budak2 lelaki kan...cuma sebab nanti bila UPSR bab tulisan pun dikira markah jadi Ustaz pesan suruh tulis properly, bukan cantik ke tidak. Contoh kalau huruf y kecik tu, ekornya mesti bulat, bukan tajam. Ustaz siap buat contoh lagi. Baru Umi tahu...Selama ni dok ingat as long as jawapan betul dapatlah full mark. Rupanya tidak, bentuk tulisan pun kena jaga. 

Apapun tahniah untuk Abang & Angah. Banyak puluh jugak ni rm Umi nak terbang sebab dah janji dapat > 90% Umi nak bagi hadiah misteri haha... 

Alhamdulillah 'ala kulli hal. 

Tuesday, 27 November 2018

Pertama kali joined Fun Run...best!


Umi ni waktu sekolah dulu aktif bersukan. Time sekolah rendah semua acara sukan Umi joined; lumba lari, lompat tinggi, lompat jauh hatta lontar peluru pun joined. 
Selain tu netball, volleyball dan bola baling pun main jugak. Pencapaian terbaik dapatlah wakil sekolah dan daerah dalam sukan-sukan tersebut. Tapi satu kenangan yang Umi tak boleh lupa ialah bila kali pertama pihak sekolah memperkenalkan 'pistol' sebagai tanda pelepasan acara pecut 100 meter. Kami yang dah bersedia di garisan perlumbaan, bila dengar je bunyi tembakan semua lari ke belakang, bukan ke depan! Terkejut dengar bunyi pistol 😂😂😂 selalu dengar Abg Mat (coach/trainer) tiup wisel je haha...

Bila masuk sekolah menengah, Umi masih 'berlari' sebab itu memang acara kegemaran Umi. Sehinggalah Umi form 3, Umi lari buat kali terakhir. Time tu kita dah mula mengalami perubahan fizikal, dah mula ada perasaan malu, segan w/pun penonton semuanya warga Aspuri. Umi dapat pingat gangsa. Adalah juga kenangan manis untuk Umi sebelum bersara :D 

Dan bila baru-baru ni sekolah Abang/Angah masukkan acara fun run dalam Karnival sekolah, kaki Umi mula 'gatal'haha... Mula tu register untuk dapat T-shirt je haha... 

Entrance fee tiga ringgit je. Dapat T-shirt sapa taknak ooi :p

Tapi bila ada geng mak-mak lain join, Umi pun apalagi semangatlah. Tapi dalam masa yang sama risau juga, takut tak mampu habiskan larian 3km tu. Yelah, tak pernah-pernah masuk fun run, takde training main redah je...

Apa-apa hal pun kita stretching dulu...
Bab ni serah pada Muallim untuk conduct, memang happening lah jawabnya. 


Antara laluan yang kami lalui... 


Ini OK lagi...Ada lagi satu laluan mendaki yang lebih mencabar... aduh macam nak tercabut betis Umi. Tapi terpaksalah kuatkan semangat. Malu nanti kalau terpaksa balik bonceng motor committee 🙊

Alhamdulillah berjaya juga Umi finished the run, at 8th place. 


Dan sekarang ni teringin pulak nak join lagi haha... Dah macam addicted pulak. Harapnya adalah lagi peluang untuk Umi join. Seronok! 

Abang pun kalah dengan Umi tau! 


Sunday, 25 November 2018

Meriahnya bila sekolah bertukar jadi tapak karnival


Memang sesuai dengan namanya karnival, suasana di sekolah Abang & Angah pada Sabtu, 17 Nov lepas dah bertukar menjadi tapak karnival. Program fund raising ni dianjurkan oleh pihak sekolah dengan kerjasama PIBG. Memang happening. Tahniah pada semua yang terlibat 👏👏👏


Giant pool kat dataran sekolah. Ini spot kegemaran anak-anak tahap 1 and younger children belah pagi. Sebelah petang students tahap 2 pula conquered the pool. 



Enjoy sungguh anak-anak main air sampai taknak keluar kolam. Angah & Kakak pun keluar sebab dah kena halau dgn team fylng fox 😅 


Yang joined flying fox pula akan 'fly' across the pool. So, bila adult nak main, terpaksalah dikosongkan pool tu. Lagipun dah sampai time utk afternoon break. Kagum  sungguh Umi dengan idea utk aktiviti flying fox ni. Selama ni tak terfikir pun aktiviti flying fox tu boleh dibuat di bangunan sekolah. Kemain beratur budak-budak ni, dari ground floor ke 3rd floor. Berani belaka depa ni. 


Soopa doopa.
Pun jadi tarikan anak-anak juga. Main, lompat, terjun, slide semua tu kan kepakaran budak-budak 😜 

Hi Thomas! 
Sebelum main, Kakak joined coloring contest dulu, anjuran majalah Ana Muslim. Dapat saguhati je. Angah taknak join, Kalut nak main itu ini. Abang pula hilang entah kemana... Main PSP, main remote cars itulah kegemaran dia.

Selain tu, ada macam-macam lagi aktiviti...fun run, jualan amal, cabutan berkat, pameran/jualan, pertandingan memasak, gubahan, pet zoo dll... 


Transaction hari tu semuanya coupon-based. Untuk set awal rm20/set. Untuk top-up rm10 je. Hampir seratus ringgit jugaklah terbang duit Umi Walid hari tu. But it's OK. Tengok anak-anak happy tu yang priceless. Lagipun bayar murah je, mostly rm5 utk satu game/aktiviti. Mana nak dapat caj rm5 untuk seround flying fox tu. Coupon sold out! Banyaklah collection PIBG alhamdulillah. Nanti dapat balik juga kepada anak-anak kan...


Sand art. 



Bubbles. 

 

Mewarna suka-suka...Pooh tu Umi beli rm3 je. Suka Adik dapat kawan dengan Pooh. 


Archery.


Street soccer. 

Hadiah saguhati mewarna untuk Kakak.

Eh Adik, menang medal apa tu? Ada story best ni...nanti Umi share 😆

Saturday, 24 November 2018

Jamuan akhir tahun, readylah Umi ooi...


Bila tiba hujung sesi persekolahan, Umi selalu pening haha... Anak sekolah ada 3 orang... Kelas masing-masing nak buat jamuan akhir tahun. Pening nak fikir menu apa nak dibawa haha...

Mujurlah masa jamuan akhir tahun Angah cikgu combined tiga-tiga kelas buat satu jamuan je. Kadang tu jamuan kelas lain, jamuan darjah lain...menu pun Cikgu kelas decided among themselves. Kelas Angah kena bawa heavy food; preferably pasta based. Umi buat makaroni goreng je lah. 

Tak sempat nak hias bagai... Alhamdulillah licin juga 😆

Thanks to Cikgu kelas Angah, Ustzh SS for sharing the photos during the event. Enjoy nampaknya semua tu. Food pun 'clear'. Ingatkan food banyak tak habis rupanya darjah satu pun kuat makan haha...


Birthday cakes pun ada...
 
Angah😘


Kelas Abang pula ada miscommunication between pupils and Cikgu. Budak2 dah besar, Cikgu pun suruh bincang/decide sendiri je. Dah ada keputusan, bagitau semula pada Ustaz detailnya. Tapi entahlah mana silapnya, takde yang inform Ustaz. Murid2 pun ada yang tahu, ada yang tak tahu pasal proposed jamuan tu so Ustaz decide cancel je. Takpelah, before that depa dah buat makan-makan birthday Ustaz. Umi pun lega sebab dah tak tahu nak masak apa. Seminggu 2-3 kali jamuan. Mengalahkan caterer Umi ni hah 😁😁😁 


Thursday, 22 November 2018

Wakil sekolah ke Ujian Setara Daerah Gombak.


Maaflah tak sempat nak blogwalking :( hujung-hujung sesi persekolahan ni banyak pula aktiviti sekolah anak-anak. Umi hari-hari kena gosok baju; nak melaram ke sekolah anak-anak: p 


Hari yang sama Abang ke Negeri Sembilan, Kakak pula ada ujian setara di Masjid Al Khairiah. Ujian setara ni layak diduduki oleh murid 5&6 Tahun yang berjaya mendapat tempat pertama & kedua dalam peperiksaan akhir tahun. Kiranya satu Pasti ada 4 orang wakil; 2 orang 5 tahun dan 2 orang 6 tahun. Jumlah Pasti di Gombak ni 28 buah. Itupun akan bertambah lagi tahun depan. Ujian setara ni tujuannya nak memilih pelajar terbaik bagi setiap daerah.

Untuk peperiksaan akhir tahun ni Kakak dapat no 2. Bff dia, Zahra dapat no 1. Tapi Kakak seronok sebab ambik ujian dengan bff dia w/pun dia asyik komplen kena baca buku lagi...hahaha... Yelah, kawan-kawan lain dok huha-huha dah, habis final exam. Mujurlah Zahra pun join sekali. Bila dia malas study, Umi pun cakaplah Zahra tengah study ni haha...kesian Kakak 😅 Tapi Kakak baik, ikut je suruhan Umi... 

Kakak yang rajin hihi...

Kakak dan Zahra. Luv you girls 😘😘😘

Ini gambar Cikgu share...seronok budak2 ni pergi exam pun haha... 



Masa Angah 6 Tahun dulu, layak juga ke ujian setara ni. Jadi, Umi tahulah juga sikit sebanyak berkenan ujian ni. Cuma tahun ni soalan format baru katanya. Kertas soalan pula strictly confidential, memang cikgu-cikgu pun tak dibenarkan snap gambar or share dengan murid2 even kertas soalan tahun sebelum-sebelumnya. Yang Kakak buat ulangkaji tu pun soalan final exam budak2 6 tahun. Selain buat ulangkaji, DOA dan tawakkal je pada Allah. 

Selit sekalilah gambar Angah tahun lepas :) 

Semangat ulangkaji :D 

Hari ujian. 

Bila habis ujian, Umi tanya Kakak katanya senang...Zahra pun cakap senang.  Tapi Cikgu cakap soalan susah 😇😇😇 
Keputusannya? Tunggu! 

Tuesday, 20 November 2018

Rombongan Cikgu Fauziah ke Nismilan


Kecoh juga awalnya bila anak2 Tahun 4 (T4) ni dapat surat jemputan untuk rombongan ni sebab tak dinyatakan tempat-tempat lawatan. Yang ada hanya tarikh, bayaran dan borang kebenaran. Bila text ketua rombongan (Cg Fauziah) pun tak berbalas. Sebagai ibubapa, pastilah kita nak tahu keberadaan anak-anak kan. Yang Abang pula asyiklah mendesak suruh bayar duit cepat, takut bas penuh 😁. 

Brgaya habis dah tu...pakai cap & jaket dari pagi sampai ke malam 😅


Sehari sebelum bertolak barulah anak-anak ni diberi taklimat. Barulah lega hati mak-mak ni :D 

Aturcara lawatan.
Umi hanya bekalkan Abang duit poket dua puluh ringgit je sebab semua kos (makan 3x, entrance fee dsbnya) dah termasuk dalam duit rombongan rm67. Hand phone pun Umi tak bagi. Biarlah dia berhappy hour dengan kawan-kawan. Gambar pun Umi minta tolong Cg Murni snap 1-2 keping untuk kenangan. 

Kenangan Abang dengan kawan-kawan di Muzium Negeri, Seremban. 

Nak update/track anak-anak dalam group T4 ni tak jadi masalah sebab bonding antara parents sangat erat. Mana-mana parents yang dapat update (thru call/text) from anak depa yang bawa handphone  terus share info dalam group WA parents. 

Yang kelakarnya semua expect rombongan sampai malam sebab dari Jelita Ostrich Farm tu tentatively pukul 5.30. Tup-tup few minutes before azan Maghrib katanya dah ada di MRR2. Jangka tiba di sekolah sekitar jam 7.45. Cg Murni pun confirmkan dengan Umi katanya dah di Ampang. Apalagi, "celapak lah" mak ayah T4 ni. Celapak ni maksudnya kelam kabut/bertempiaran hehe... Dengar anak dah nak sampai, pakat kalut nak rush ke sekolahlah. Sebelum tu semua rileks je sebab expect depa sampai around 9, macam rombongan T5 sehari sebelum tu. 

Alhamdulillah selamat tiba semuanya. Abang kata seronok especially dapat merasa naik ostrich. Sekadar naik atas belakang ostrich je, tak tunggang pun. Ostrich tu matanya ditutup kata Abang, tak larilah. Satu lagi Abang kata dia berdiri atas telur ostrich. Telur ostrich tu boleh tampung berat sehingga 120kg. Ingat lagi time kami ke Desaru Ostrich Farm masa umur Abang baru 2 tahun. Umi hanya berani letak Abang je berdiri atas telur tu. Even the farm owner suruh Umi try, Umi tak yakin, takut telur tu pecah! Its not about weight issue (berat umi dulu, kini dan selamanya takdelah sampai 120kg 😝) tapi sebab telur tu mahal. Mana tau time Umi berdiri tu, time tu dia nak pecah. Who knows kan? Mahal ooi sebijik telur tu kalau nak kena ganti :p  

Buah tangan Abang bawak balik; chocolate Beryl's dengan Yakult. Beli time melawat kilang-kilang ni di Seri Kembangan on the way ke Seremban. Ingat juga dia dekat adik-adik dia 👍👍👍 

Thursday, 15 November 2018

Throwback ~ Kali pertama ikut rombongan sekolah


Hari ni Abang ikut rombongan darjah 4 ke Negeri Sembilan. Kali pertama di SRAI. Umi pun nak juga mengimbau kenangan kali pertama (dan terakhir) ikut rombongan sekolah. 

Masa tu Umi darjah 5. Kali pertama sekolah Umi buat lawatan ke KL, Negeri Sembilan & Melaka. Bila dengar cikgu cakap nak buat rombongan ke KL masing-masing excited. Sebab kami anak2 kampung jauh di pedalaman jangan kata nak ke luar dari negeri Kedah, nak keluar dari daerah Baling pun jarang-jarang sekali dek kekangan kewangan, pengangkutan dsbnya. Paling jauh rata-rata kami pernah pergi mungkin Pulau Pinang. Itupun sekadar di Bagan (Butterworth). 

Tapi bila cikgu maklumkan bayaran sebanyak rm60 untuk seorang peserta, masing-masing mula terdiam. Enam puluh ringgit pada waktu tu umpama rm600 waktu sekarang atau lebih! Ibu ayah kami kebanyakannya hanya bekerja sendiri; tukang rumah, pesawah, guru al Quran, pekebun dsbnya. Majoriti kami anak penoreh getah. Pendapatan tidak tetap dan kebanyakan masa bergantung kepada cuaca. Musim hujan tak boleh menorehkan? 

Bagaikan memahami isi hati kami, pihak sekolah memberi kelonggaran untuk membayar secara ansuran dari awal tahun hinggalah ke tarikh lawatan. Maka, setiap kali menjual getah sekerap, Umi akan bayar kepada cikgu. Dari serendah lima ringgit, adakalanya sepuluh ringgit akhirnya bayaran tersebut dapat dilunaskan. 

Berbeza dengan Abang, 2-3 hari sebelum tarikh tutup penyertaan barulah surat jemputan diedarkan beserta borang penyertaan dan permohonan bayaran. Mujurlah ibu ayah zaman sekarang ramai yang berduit, w/pun singkat tempoh yang diberi masih mampu memenuhi tuntutan sebegitu. Kalau zaman Umi dulu, mimpi sajalah. 

Pada hari kami nak berangkat, hampir satu kampung datang menghantar. It was a very rare and big event for us to be able to go out from our kampung and go to KL. KL carries such a big name and prestigious. Being able to set foot in KL is like achieving one's dream. Menyebut perkataan 'Kola Lumpo' sahaja sudah satu kemegahan apatah lagi menjejakkan kaki ke ibu kota. 

Jujurnya Umi dah hampir lupa kemana kami dibawa melawat. Yang masih segar diingatan hanyalah Kota A Famosa. Gigih kami mendaki anak tangga ke puncak Bukit A Famosa. Ada sekeping dua gambar yang cikgu ambil untuk kenangan. 

Satu-satunya cenderamata yang Umi beli tentunya kereta lembu hiasan, dibeli di Dataran Pahlawan. Di Melaka juga kami bertemu Mrs Lee, isteri cikgu Bahasa Inggeris kami, Cg Lee. Gaya Mrs Lee yang memakai blaus dan skirt memukau mata kami anak2 kampung yang hanya mrngenal kain batik dan baju kurung. Bukan setakat melihat kesan sejarah di bumi Hang Tuah, perjalanan ini juga membuka mata Umi tentang kepelbagaian budaya di negara kita. Satu pengalaman yang berharga. 

Malah keenakan nasi bungkus lauk ayam beserta air sirap seolah masih terasa keenakannya. Hidangan mewah bagi kami yang terbiasa dengan lauk ikan temenung dan air perigi.

Credit.

Tuesday, 13 November 2018

Oh.My.Aircond. ~ Haa Mim Services


Sejak kebelakangan ni memang Umi perasan aircond kat master bedroom ni tak berapa sejuk. Memang on 16°C je memanjang tapi still tak cool. Dok bagi hint juga suruh Walid call orang service tapi bo-layan :( Finally deepavali hari tu terus tak rasa sejuk, rasa angin je. Time tu pulak cuaca panas. Memang tak tahanlah Umi kalau tidur tak pasang aircond. Diva sangatkan : p Bukan on sepanjang malam pun tapi sekadar nak sejukkan bilik before lelap.  

Teruslah Umi angkat bantal selimut ke living hall. Bila Walid nampak wifey dia buat gitu, esoknya terus call orang mai service aircond :D berjaya juga taktik Umi kihkih... 

Ada 2 orang Walid contact A & B. A dah bagitau awal depa available jumaat je. B pulak mula tu cakap Rabu tak free then he called back cakap boleh datang belah petang. Lepas zohor he called back nak datang malam after 8. Kita pun tunggulah sampai pukul 10 tak juga datang. No more call/text from him. Yang kelakarnya the next day boleh pulak dia texted "macamana tuan, aircond OK tak lepas service? Minta feedback sikit" Nak bagi feedback apanya, datang service pun tidak 😇😇😇 tak tahulah kalau dia outsource the job to others but definitely he's the one who got bad reputation sebab kita liaised with him. Confirm kena blacklist mamat sorang ni.

Finally we engaged A; Haa Mim Services. Memang kerja keraslah staff Haa Mim ni nak cuci aircond yang tak pernah diselenggara since installation 7 years ago 😅 dalam 1 1/2 jam juga depa (2 org) buat kerja. Compressor luar pun disemburnya dengan water jet. Bila check rupanya ada leaking that's why our aircond stop functioning. Untuk normal service/cuci RM150. Tapi sebab aircond kami ada leaking and top up gas, kena extra charge rm130.



Staff pula bagi Umi efficient and trustworthy. The second criteria is equally important to me especially bila nak bagi strangers masuk rumah when the man of the house is not around. Alhamdulillah semuanya lancar. Abang & Angah siap lepak dan berborak pulak dengan depa sambil perati depa buat kerja. Layan...

Alhamdulillah sekarang ni set suhu 27°C pun boleh menggigil haha... Memang wajib service ye aircond kat rumah uolls kalau nak fefeeling hotel :p 

Haa Mim Services
Lot 1476 A, Batu 7 Jalan Gombak
53100 Gombak
Selangor. 
No tel : 013 3069384


Highly recommended 👍👍👍

Monday, 12 November 2018

Karnival Bola AFC


Sejak September last year kami regi Abang untuk join AFC, a football club. Adalah juga aktiviti bakar lemak untuk dia every weekend. Tapi itulah kadang tu dia rajin nak pergi training kadang tu malas hehe. Weekend kan banyak cerita kartun best-best liat juga dia nak tinggalkan TV tu :) 


Semalam AFC buat karnival bola (tertutup). Lawan sesama depa je. Team Abang dapat no 3, takde medal tapi ada medal extra U12, dia minta dengan coach, dapatlah nak buat kenangan. Yang best, Abang happy sebab dapat juga score goal. Sado-sado dia pun posisi winger haha... 



Walid pula joined geng bapak vs trainees (teenages). Confirmlah budak2 tu menang. Depa fit belaka. Geng bapak ni main ke laut :D 

Semangat Walid beli boot bola :p

Berbaloilah juga, dapat medal sebijik :D 


First time AFC organized this carnival. Overall it is commendable & satisfactory. Next year katanya nak buat bigger scale.  Baguslah tu anak2 happy je. Selalu time training tak nampak ramai sangat. Tup-tup hari ni ramai pulak trainees yang datang. Ada game, ada hadiah suka le tu :) 

Goodies untuk trainees. 

Boleh tahan garang Coach Abang ni haha


Next year cadangnya nak regi Angah sekali join AFC ni insha Allah.