Saturday, 28 April 2018

Kenduri 11&12/2018 ~ Dari Titiwangsa ke Batang Kali


Orang sibuk ke pusat penamaan calon, kami pun sibuk juga. Sibuk makan kenduri :) 


Mulanya ke Restoran Terapung D'Saji Titiwangsa memenuhi undangan Tn Hj Yusoff yang menyambut menantu. Kami di sambut mesra oleh tuan rumah. Dah lama tak jumpa Haji & isterinya tapi both maintain je. Tak dimakan usia! 



Tenang dan sejuk mata memandang tengok deco dalam dewan ni. Susunan napkin warna biru nila nampak sangat elegant. Warna air punch tu pula menaikkan seri. 

Food memang sedaplah. Air tangan D'Saji memang tak pernah mengecewakan. Lazat sentiasa. Elok nak habis makan, kami disajikan dengan cendol air tangan Songkok Tinggi, dari N9. Terbaik! 


However, star of the day of course lah kambing golek ni. Beratoq panjang aih pakat nak rasa kambing ni. Kakak pulak sampai ke malam asyik sebut pasal kambing ni je. Sedap. 

Sebelum bergerak ke Batang Kali, singgah solat dulu. Ada surau di tepi parking lot. Nak masuk kereta baru perasan. Alang-alang dah nampak surau, elok kita solat dulu. Dah solat ni selesa sikit. Kalau traffic sesak ke lega sebab dah solat. Kita nak travel pun rasa lapang je. 

Kami sampai Batang Kali around 2pm. 
First time rupanya kami sampai ke pekan Batang Kali ni. Sebelum ni kami ingat dah sampai ke sini, rupanya pekan sebelum tu pekan Ulu Yam Bharu. Jarak kedua-dua pekan ni dalam 6km. Tak habis jelajah lagi rupanya. Kononnya nak naik Genting ikut jalan ni la. Tapi entah bila nak tercapai hajat pun tak taulah huhu...


Seronok jumpa En Mail, pomen yang selalu service/repair Cik Tam dulu. Sekarang En Mail pun dah pencen. 22 tahun dia kerja dengan orang now buat freelance. All the best En Mail. 

Umi ambik juga nasi sebab nampak gulai pisang muda ni. Tapi share dengan Walid lah sebab masih kenyang. 


Anak2 layan aiskrim Malaysia je. 

Semoga kedua pasangan mempelai beroleh rahmah, mawaddah & sakinah dalam rumahtangga. Aamiin. 

Terima kasih daun keladi ye tuan-tuan rumah πŸ˜†

No comments:

Post a Comment