Thursday, 5 April 2018

Kenduri 09/18 ~ joined sekali majlis akad nikah πŸ’‘



Mulanya Umi segan nak ke majlis akad nikah Atun & Ikhwan ni tapi berkali-kali mak pengantin ajak, Umi pergi lah juga. Segan sebab biasanya akad nikah ni kaum keluarga terdekat je kan. Tapi seronok juga dapat join sebenarnya. Majlisnya ringkas dan lancar sekali. 



Majlis akad nikah ni dalam bilik nikah di Masjid Al Khairiah Sri Gombak tapi dihias cantik sangat. Umi berkenan sangat dengan pelamin nikah Atun ni. Simple tapi penuh dengan munga-munga membuatkan hati kita pun berbunga-bunga. Chewah!


Esoknya majlis resepsi diadakan di dewan. Keluarga pengantin perempuaan pakai warna ungu sedondon. Lawa pulak Umi tengok. 

Adik boleh gang dengan keluarga pengantin sebab baju sama color dah dengan depa πŸ˜€



Pelamin pun cantik. Sejak semenjak dua ni suka sungguh Umi ambik gambar pelamin. Tak sah rasanya kalau pergi kenduri kahwin tak abadikan gambar pelamin. Dah terkena sindrom makcik-makcik bawang agaknya haha...  


Door gift yang exclusive. Dalam tu ada coklat 4 ketoi. 

Tahniah ye Atun & Ikhwan. 
Barakallahu la kuma was jamaa' baina kuma fil khair. Aamiin.


2 comments:

  1. kalau saya pun pergi kenduri nak tengok pelamin selain dari tengok pengantin. hehehe cantik pelaminnya tu sweet je yang bunga2 tu

    ReplyDelete
  2. Kan...rasa tak puas tak dapat tengok dua2 tu kan

    ReplyDelete