Sunday, 7 January 2018

Persiapan & Perbelanjaan Sekolah Anak2 Sesi 2018.


Dah masuk minggu ke-2 sesi persekolahan tahun 2018 ni. Alhamdulillah anak2 nampaknya gembira belaka bersekolah tahun ni. Yuran, duit buku dan segala kelengkapan dah setel alhamdulillah. 

Umi nak rekodkan di sini perbelanjaan untuk sesi persekolahan tahun ni. Senang untuk rujukan Umi di kemudian hari, boleh buat reference utk sediakan bajet tahun depan. 

Umi grab this offer. OK juga ada sale macam ni. Sepasang baru rm34.50. 

Kakak dan purple berpisah tiada. Kasut ni beli untuk jalan2 asalnya sebab tu tak masuk dalam bajet sekolah. Since Cikgu cakap pakai kasut selain putih pun boleh, kakak pakai lah kasut ni. Kasut putih pinjam Angah punya je, pakai pun bila ada acara rasmi. 

Stationary set sorang satu.
Untuk Abang tak banyak spent pun utk keperluan sekolah dia. Baju seluar, beg sekolah tahun sudah masih elok jadi pakailah dulu. Abang pun tak banyak songeh. Maybe second quarter of the year kita tukar. Untuk awal tahun ni kita dahulukan yang lebih penting. Prioritized. 


Tahun ni Abang pilih kasut tali. Biasalah dah jadi abam besar kat sekolah :)



Yang banyak spent adalah untuk Angah sebab dia baru naik darjah satu. Semua kena beli sebab nak pakai seluar baju Abang darjah 6 nanti pun belum tentu muat 😁 macam Abang dulu juga, Umi beli baju seluar 3 pasang, boleh tukar setiap hari. Lagi 2 hari pakai baju sukan dan baju melayu. Singlet pun Umi beli 5 pcs senang tak kalut kalau yg dibasuh tak sempat kering. Umi suka letak nila kat baju putih anak2 so takes time sikit kadang tu nak kering.



Kakak pula since she is our first daughter yang sekolah, beli jugaklah uniform baru untuk dia. Ikutkan size angah dengan kakak ni lebih kurang je tapi beza jantinalah pulak. Baju senaman Angah pun elok lagi, padan dengan kakak tapi Walid cakap beli je baru untuk kakak, bagi dia happy. Boleh buat ganti especially time practice untuk hari sukan nanti. Yuran kakak ni banyak juga tapi all in; buku, uniform, yuran, alatulis etc. Yuran bulanan naik lagi, rm140 😕

Ini apa yang kami spent. Yang takde dalam list tu memang tak beli lah. Contoh beg sekolah Angah pakai yang dapat masa convo hari tu. Beg kakak pun 'beg M' tu je. Buku tinggal kat Pasti je. Kalau ada homework baru bawak buku balik rumah so takde hal dengan beg tu. Konsepnya mana yang boleh pakai, kita pakai. Dah rosak/tak elok/tak muat baru kita ganti. Bab berjimat cermat ni serah kat Umi memang pakar haha...

Inilah kosnya... banyak tu memang banyak tapi untuk menuntut ilmu kita redha je.



Sekarang ni tinggal nak bayar monthly fee je lah. Bila dihitung, lebih kurang rm200 juga seorang untuk duit poket, yuran makan, pibg dan transport. Yuran bulanan kakaklah paling mahal w/pun baru tadika huhu... Tapi memang pun, yuran tadika sekarang mahai belaka. W/bagaimanapun Umi yakin rezeki untuk anak2 ada. Sentiasa ada. Janji kita usaha dan uruskan pemberian-Nya dengan baik dan amanah. Sikit ke banyak, kena sentiasa bersyukur.

4 comments:

  1. kannnnn. kak.. yuran tadika rasa lagi mahal.. maybe sebab include makan sekali, gigih ummi buat list down kos.. ni boleh claim balik tak ni hahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena gigih la cik Suzie...satgi big boss tanya mana pi duit berkepok tu hahaha...

      Delete
  2. sama lah kita PH mana yang boleh guna, guna lagilah terpaksa berjimat cermat sekarang ni. adelya pun pasti juga tapi masih boleh guna baju sukan abangnya, uniform pula sepupunya bagi 2 pasang jadi mama pun guna je yang itu, cuma nak tambah sepasang je lagi uniform kesian pula dia masuk sekolah takde baju baru.

    ye lah PH, kos anak2 di tadika lagi mahal berbanding yang dah sekolah. adleya saja bulanan di PASTI rm330 termasuk tarnsitlah..bertabahlah kita kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Anak sekolah 3 org ni makin terasa banyak nau nak kena spend utk education ni...

      Sbb tu kita belanja dgn bijak hehe...

      Delete