Monday 22 January 2018

Apa jadi bila kedai dobi sebelah kedai mamak?


Minggu lepas ye yang cuaca sejuk ala2 kat Cameron Highlands tu? Umi sidai baju berhari-hari tak juga kering2... Dengan cuaca lembab dan kadang tu hujan memang tak keringlah baju. Sudahnya kita angkut bawa ke dobi, masuk dalam dryer terus kering. 

Umi bukannya tau guna machines ni. Harapkan Walid je la :) 

Nak dijadikan cerita pula, mesin basuh pulak tiba-tiba rosak. Drummer tak function. Telefon supplier mujur juga masih dalam warranty. Depa datang ambik drummer tu, konon 3-4 hari datang semula bawak spare part baru. Tunggu punya tunggu seminggu jugaklah baru spare part tu ada. Dalam seminggu tu 3-4 kali jugalah kami ke dobi. Bab baju kotor berlonggok ni memang buat Umi sakit kepala. Nak tak nak kena basuh juga. 

Drummer dah dicabut ni...

Sebelah dobi tu pulak ada kedai mamak. Masuk je kain baju dalam machine, jom la kita mamak-ing (lepak kedai mamak 😁). Nak tak nak order jugaklah teh tarik onne 😝 


Kalau setakat air je boleh lagi terima. Ini package dengan makan sekali...padahal baru je lepas dinner 😅
Inilah akibatnya bila dobi dan kedai mamak sebelah menyebelah huhu... yang tak bestnya duit kita asyik keluar je. Depa pulak asyik masyuk je haha... Manakan tidak, dari dok melangut tunggu baju tu kering, baiklah ke kedai sebelah tu. Dapat juga tengok tv hikhik...

Alhamdulillah hari ni technician Beko dah ganti pun drummer tu. Hopefully tak rosak lagi.  


10 comments:

  1. hahaha. Tak dapat menahan napsu yer? :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la pasal...mula2 order air pastu mula la melalut order itu ini haha :D

      Delete
  2. kalau saya pun tak pandai nak guna mesin kat dobi tu..huhuhu

    ye lah kena keluar duit bergandalah macam tu kan hehehe sesekali takpe, sekarang malaysia dah panas balik, tapi seronok juga dengnan suhu sejuk hari tu rasa nyaman je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepesen la kita haha...

      Sempat lah fefeeling dok kat tanah tunggu hikhik...

      Delete
  3. takpe, bukan tiap-tiap hari hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selang sehari Kak... Nipis la jugak poket cik Abang kita haha

      Delete
  4. macam ni kena paw la selalu.. asal mendobi mengopi sebelah hahah ni kena bawak duit lebih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... Paling koman pun teh tarik dgn tosey hikhik

      Delete
  5. Alahhhh sekali sekala bukannya selalu pun. Nak buat apa simpan duit banyak banyak, baiklah kita belanjakan sementara tengah sihat ni ....sementara masih ada selera makan char kuey teow, kita bedal je le hihi

    ReplyDelete
  6. Pandai mamak ngn kedai dobi tu buat kedai sebelah menyebelah..hehe

    ReplyDelete