Sudah betul nak snap gambar depa. Adik tak bagi kerjasama 😇 |
Lama pula tak bersiaran. Minggu ni ada exam PSRA bagi murid tahun 6. PSRA ni kira level upsr lah utk subjek KAFA. Sekolah half day he utk Abang. Itu yang Umi kalut sikit tak sempat nak update blog. Mana nak masak, mana nak ambik dia kelam kabut sikitlah.
Jumaat cuti awal muharram hari tu kononnya nak bawak anak2 piknik kat frim @ taman layang2 kepong. Umi dah plan menu utk pikinik tu. Tapi itulah, lupa nak set alarm. Pukul 6.45 baru bangun solat subuh! Dah bangun lewat gitu malaslah nak kelam kabut masuk dapur pula. Last2 dok rumah je siangnya. Nasib baik belum bagitau anak2 kalau tak mau depa berkicau sepanjang hari nak pi piknik 😁
Malam lepas dinner Walid ajak ke wangsa melawati. Ada food truck dekat area kwsp tu. Angah tak ikut, nak tengok Gerak Khas. Dia dengan tok memang tak pernah miss cerita ni.
Meriah juga tempat ni. But since kami dah dinner takdelah beli apa sangat. Beli jus mangga susu dengan uncle Bob fried chicken je. Ada macam2; char kuew tiau, mee sotong, Thai food, western food etc. Harga Umi perati lebih kurang je antara satu sama lain. Air satu cup besar tu rm5. Kalau set meal macam carbonara ke rm10/plate. Tempat duduk tu limited sikitlah.
Bagi Umi ambience tu lebih kurang macam pasar malam lah but less crowded. In term of food lebih variety, serve pulak panas2, based on order. The price of course lebih mahallah but worthy. That's why food truck business ni ada peminat tersendiri.
Ada kawasan lapang berbukit sikit. Laju je Adik berlari sana sini. |
So many food trucks! Perhaps next time you can try the food there :)
ReplyDeleteDefinitely it deserves a revisit hehe...
DeleteNak piknik kena masak jugak ke? Kalau tak sempat, beli je nasi lemak bungkus sorang satu PH hihi.... Alahai untunglah anak anak dpt mama rajin.
ReplyDeleteTak pernah lagi try makan kat food truck. Teringin gak nak cuba.
Konon nak bawak bekal la Kak, lagi feel pegi piknik hikhik..
DeleteTry la Kak, mesti tak nyesal :)
Banyak pilihan Tu.. bestnye
ReplyDeleteYup, banyak choice. Bole try macam2 food.
DeleteTak pernah cuba lagi beli dari food truck ni, mcm best plak. Nntlah in shaa Allah Ada masa lain Kali boleh try.
ReplyDeleteCuma tulah masalah problemnya, myasben tak suka keluar malam, malam tu kekdahnya utk rehat Kat umh je, lagi kalo ajak pergi tmpt crowded jgn haraplah dia nk bwk.
Comeynya sikecik tu, nasib baik ada abang tolong jaga yea.
Husband kita pun jarang nak kluar malam Kak. Pasar Malam memang taklah. Tapi food truck ni sebab nampak glamour sikit tu yg dia nak pegi haha...
DeleteJobscope Abang memang jaga Adik hehe. Adik pun suka dgn abang. Lega banyak Umi depa :p
bestnya. Tak pernah pergi mana2 food truck lagi. Memang nampak ala2 pasar malam. Bezanya semua guna lori kan. Santai2 dgn family best ni
ReplyDeleteTry la ainn...memang happening food truck ni. Nak makan minum pun ada kerusi meja disediakan.
DeleteSuka betul LZ makan di food truck sebab banyak variety makanan best dengan harga yang berpatutan, memang kenyang..
ReplyDeletebiasa dgn area sini..kita ni stay at the nearest je..tp tak pernah terserempak dgn akk kan..inshaAllah ada rezeki jumpa la kita hihiii
ReplyDelete