Monday 28 August 2017

Sukan SEA 2017



Sebagai tanda sokongan terhadap penganjuran sukan sea edisi ke-29 (KL 2017) kami anak beranak ke MITEC sabtu lepas. First time sampai ke situ. Yelah, tempat tu pun baru je siap. Besar dan selesa tempatnya. Memang sesuai untuk big event macam ni. Toilet pun ada every floor, next to function rooms/halls. Surau pun ada. 


Ramai orang hari tu. Maklumlah first day cuti sekolah. Security memang tight, ada body & items scanner macam kat airport tu.  Polis pun ramai, toleh sana sini memang nampak le anggota polis bertugas. Ada booth jualan kat level 1 tu. Booth FBT yang sponsor baju atlet tu penuh dengan manusia. Walid pun tak jadi nak membeli sebab crowded sangat. 


Konon nak join la tengok apa2 tournament tapi sampai kat hall table tennis tu semua orang pakat keluar. Kami jenguk ke dalam rupanya game dah habis. Acara gymnastics pula kena beli ticket. Nak tengok bola tampar ramailah pulak orang tengah beratur. Pintu pun belum buka lagi. Sudahnya kami beli aiskrim makan kat foyer bawah tu. Ada kerusi meja disediakan. Behind us ada kontinjen dari Singapore tengah makan. Ada food trucks yg jual pelbagai makanan/minuman. 


Ini pula project scrap book sukan sea kami. Kira hobi Walid la ni. Every time ada special events like sea games, world cup mesti buat scrap book. Hobi Walid tu dah berjangkit ke Umi 😀 gigihlah kami suami isteri kumpul gambar menarik untuk diabadikan dalam scrap book ni. Nanti dah siap Umi share ye. 

Dari mitec kami ke sunway putra mall. Bawa anak2 jumpa Thomas. 






Ada playland kat situ, free admission je. Dapatlah depa main kejap. Nak naik Thomas kena tunggu trip pukul 3 pula sebab dah missed earlier trips. Memang taklah. Thomas ada kat sunway putra mall ni sampai 3 Sept. Bolehlah kalau ada yang nak bawak anak jumpa Thomas. But mind you, ada products sale and promotion untuk toys Thomas & friends ni. Playland tu umpan je hehe. But the SAs sumer taklah agresif promote/pujuk suruh beli pun. Cuma takut anak2 mengamuk nak toys je nanti 😇

Mujur Abang & co takde yang nak toys. Depa cuma frustrated je tak dapat naik Thomas. Takde rezeki ye anak2... 

6 comments:

  1. Bawak ank2 jenjalan la ni kiranya, dpt jalan2 dh cukup hepi kan anak2, dpt makan eskrim, dpt panjat2, dpt bgmbr dgn Thomas tu, eh..best sangat dah tu.

    Bagusnya Ada hobby yg boleh buat sesama dgn suami, mengeratkan kasih sayang gitew, akk dgn suami minat sama gak, suka tanam2, tapi akk suka tanam je, Tak suka jaga, suami akk dia rajin tanam, rajin jaga, haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah Kak, outing simple2 gini pun anak2 dah happy...

      Sy suka menanam tapi cik Abang tak minat huhu :(

      Delete
  2. semangat sukan SEA sebab kat negara sendiri lain macam sikit kan hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasal. Dah lama negara Kita tak jadi host sukan sea kan. Nak2 pulak Abah KJ yang jadi orang kuat... bertambah aura hikhik.

      Tq singgah sis :)

      Delete
  3. sy baru balik dari sunway putra mall.. mmang yer la ada playland free admission.. ingt bayor.. lps tu tanya staff situ diornag cakap free.. terus plan nak bawak budak2 tu main kat sini

    ReplyDelete