Friday, 11 August 2017

Telekung dari Bandung



Dua minggu lepas rasanya jiran Umi pergi Bandung. Sebelum pergi tu adalah dia datang rumah beraya sambil2 pesan minta tengok kan rumah dan bibik. Kesian bibik kena tinggal :)

Bila depa balik tu adalah dapat buah tangan, kek lapis & kerepek pisang goreng. Alhamdulillah rezeki w/pun Umi tak harap apa2 pun. Lagipun takat tengok rumah je bukan depa minta siram pokok ke bagi makan kucing ke. Senang kacang je bak kata upin ipin 😀


Pergi Bandung wajib lah singgah Kartika Sari, famous seantero Bandung. Dulu time Umi pergi, orang selalu beli brownies kat sini. Satu lagi yang famous Amanda brownies. Tak tahu lah sekarang macam mana... 


Tup2 seminggu lepas tu, mertua jiran ni datang bagi Umi telekung pula. Telekung sulam dari Bandung. Cantik w/pun warnanya merah ang-ang 😃  telekung ni termasuk dalam beg anak pompuan acik ni, itu yang dia baru bagi. Buat susah2 je... Terima kasih daun keladi ye jiran 😆

Rindu pulak dengan Bandung, especially its food and people. Ada rezeki nak pergi lagi, dengan family insha Allah. 

4 comments:

  1. alhamdulillah..banyak rezeki yang dapat tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki yg tak disangka :)

      Delete
  2. Murah rezeki.. sedapnya pisang salai

    ReplyDelete
  3. Sedap tu kerepek pisang goreng tepung kat Malaysia tak de pulak depa nak tiru buat ye PH.. .

    Rezeki tu namanya PH, mencurah curah rezeki mcm air hujan nampaknya tu hihi...
    Tak pernah sampai Bandong, best yeh PH?

    ReplyDelete