Friday, 14 July 2017

Sabtu makan kenduri., Ahad beraya di rumah paklong tapi...


Sabtu lepas kami ke shah alam, makan kenduri aqiqah anak ke-3 dan ke-4 pasangan SA & AS. Keluar rumah pukul 2.15, sampai di rumah kenduri pukul 3.45! Jam punyalah teruk especially kat tol, sebelum dan selepas tol. Pakat berebut nak bayar tol agaknya :p

Ini baru dekat Duke. Jauh lagi perjalanan time ni. 

Kami gerak lambat sebab pagi - t/hari angah ada ujian kemasukan sekolah SRAI. Doakan ye agar angah berjaya dalam ujian tersebut.


SA & AS ni member rapat both Umi & Walid. Kami sama2 aktif dalam students' society masa uni days dulu. Dah berbelas tahun berkawan, ukhuwah masih utuh. Sekarang ni depa menetap di luar negara, jaranglah dapat berjumpa except bila ada kenduri macam ni. 

Selain dapat jumpa tuan rumah, terjumpa juga board member yang lain; Nen & Effa. Borak sakanlah kami. Nen paling lama Umi tak jumpa. Last jumpa time open house rumah abg dia 4 years ago kot. Effa jumpa last 2 years kot, masa kenduri member nak pergi haji. Lama nau tak jumpa, ingatkan baru lagi hikhik... 

Gambar tak sempat Umi nak snap sebab asyik dok perati Abang Kakak makan/minum takut tertumpah kat karpet mahal orang ada-ada hahaha... SA ni mak dia ber'darah kuning' tau...but depa semua sangat2 humble. Very nice people. 

Ada gambar pun ramai2, too personal to be shared here. Kita belanja gambaq Kakak ja lah; 

Baju sponsored by K.Aida, jeans maklong ammar sponsor. 

Esoknya kami ke rumah paklong, Abang sulung Umi. Beza umur Umi dengan paklong ni 20 tahun lebih, macam ayah dengan anak. Time Umi duduk asrama (sekolah menengah) dulu, kebanyakan kawan2 Umi yang anak sulung, umur ayah depa baya-baya paklong lah. Rumah paklong ni rumah wajib lah Umi bawa anak2 beraya, sementelah paklong pun sekarang dah tak larat nak drive balik kampung. Dah dua tahun beraya di KL je. Anak cucu yang balik beraya dengan dia di sini. Banyak jasa paklong ni, sara kami adik beradik sampai ke university. 

Thanks maklong ammar sponsor baju Adik :) 

Tapi sayangnya, bila kami sampai paklong baru je bertolak ke Ipoh. Maklong sorang je yang ada. Abg aniq ada tuition, abg Anas keja. Kesian abg aniq, raya2 pun kena tuition hehe. Hari ahad pula tu. Kejap je la kami di sini. 

Ikutkan petang ada jemputan open house di kajang tapi tak larat dah. Rasa serik nak mengharung jem macam semalam. Lagipun Walid puasa. Next year ye paklong aP :)

Esok lusa pun ada jemputan. Kita cubalah penuhi setakat termampu. Anak2 pun kurang sihat ni, bergilir-gilir pulak demamnya. Moga dipermudahkan. 

3 comments:

  1. takde rezeki nak jumpa p.long yer, apa2 pun syok la budak2 berjalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah tu la...nasib baik dekat je,boleh pegi next time :)

      Delete
  2. Musim Raya mmg jem Sana sini. Apapun good luck ye angah semoga dpt srai

    ReplyDelete