Minggu ni kami ke Manjoi, makan kenduri along, sepupu hubby. Tengoklah tu jemputan kawin along... Peminat tegar Man U lah katakan. Graphic designernya aP (another cousin) pun fan no 1 Man U, memang kena sangat lah tu. Yang menulis ni dgn hubbynya pun supporter Man U gak :p
Kami bertolak lepas solat jumaat. Tengok lah boot keta ni full. Ini baru travel satu hari satu malam. Kalau balik raya seminggu tu just imaginelah ye. Ketat sendat keta kita. Beg sorang satu hikhik... Yang tergantung tu tudung pucci kita. Baju, tudung siap iron & gantung. Nanti touch up je kalau perlu.
Kita masak nasi ayam hari tu. Biar kenyang perut dulu baru seronok nak travel kan. Resepi nasi ayam paling senang (tapi sedap) ni kita ambil dari
blog NINAMIRZA yang comey lotey. Senang bangat cara Nina masak nasi ayam. Nasi tak perlu ditumis, terus tanak macam nasi biasa. Kita suka sebab cepat dan mudah. Maklumlah dapur satu lagi kita tengah masak rendang. Saja buat bekal utk makan petang/malamnya. Regunya pulut kuning, yang kita dah masak lepas subuh.
Kami sampai Ipoh around 6. Dropped off Mak kat rumah abg cik dulu then baru ke manjoi. Mak taknak ikut, nak bermalam di rumah abg cik sebab rindu nak jumpa Daniel & Ariel. Kita pulak tak jumpa langsung budak berdua ni. Time hantar Mak depa masih di nursery, time ambik Mak depa lena. Jumpa raya nanti ye!
Kami stay di
Home stay Merpati juga. Home stay ni memang selesa dan bersih. Sekarang dapur gas untuk memasak beserta periuk belanga pun dah disediakan. Harga lupa pulak nak tanya Umi, maintain atau dah naik. Last time kami stay sini pun 2-3 tahun lepas kan...
Ginilah gaya orang sekarang posing ye... Lepas tu post kat IG :)
Gambar ni kita ambik dari tingkap bilik di tingkat atas. Ada sekali tu Abang boleh pi angkat Adik dia bawak ke tepi tingkap ni. Berderau darah mak nak!
Panaskan rendang...
Roti sardin ni kita buat siap2 di kl. Frozenkan. Malas nak kalut2 pagi tu.
Resepi kita copy dari
Teratak Impian. Roti sardin pun kita Google resepi :D Terima kasih ye k.zai. Sedap roti sardin ni... Tengah riuh rendah kami berceloteh di dapur, maktam paktam datang nak join sarapan. Paktam beli nasi lemak dan kuih muih pula, alhamdulillah. Paktam & family share home stay dgn aP & gang. Berjiran je kami...
Seronok dapat berkumpul sekali sekali macam ni. Riuh rendah mengalahkan rumah kenduri hehe...
Tengahari baru kami ke rumah pakteh. Cuaca punyalah berbahang... Berpeluh-peluh semua orang. Adik pun asyik merengek, panas, tak selesa dan lapar agaknya. Lepas sesi bergambar terus lari ke home stay, cari air-cond. Ngada betul kan :p bukan kita je, maksu pun sama. Anis sepupu Adik tu pun rimas, meragam sebab panas. Maktam pun bawak cucunya ke home stay kami sebab home stay depa takde air-cond. Hahaha...
Dah tidur seround dan solat siap2 baru kita gerak balik kl. Maghrib kami selamat sampai di rumah, alhamdulillah.
Buah tangan;
Rendang Tok buah tangan dari makteh. Bunga telur semua kita tak ambik, rendang ni pun Umi bungkuskan.
Pucuk labu & kacang (?) tu kaklong bagi. Depa baru turun Cameron Highlands... Dalam bekas tu serbuk perapan ayam/ikan semua boleh lah. Pun kaklong belanja gak :) ini stock utk bulan puasa nanti.
Milo ni paktam beli kami pakat tapau sorang sikit bawak balik. Depa tinggal bagi kat cucu2 penakan je.
Singgah ambik Mak di rumah abg cik, dapat pulak ikan tuka (sejenis ikan pari). Dah selamat jadi lauk siang tadi. Bakar cicah dgn air asam kicap je. Abg cik sekarang gile memancing. Macam2 ikan dapat tapi selalu bagi orang je. Dia pancing suka2 je. Kalau ambik pun sikit2 je. Partner dialah yang untung hikhik...
Adik masuk dalam keta baru nak senyum. Sejuk :D
Alhamdulillah 'ala kulli hal.