Monday 19 September 2016

Aidil Adha 2016


Credit

Alhamdulillah semalam kami selamat kembali ke rumah setelah seminggu balik beraya di kampung. Puas sungguh balik kampung kali ni...lama & banyak aktiviti. 

Sabtu, 8 Zulhijjah
Lepas breakfast kami bergegas ke rumah Abang, jemput Mak yg nak ke rumah abg cik di Ipoh. Masuk tol jln duta pukul 9am. Kenderaan dah banyak time tu. Sudahnya kami sampai di Ipoh pukul 2.30pm. Makan, solat terus kan perjalanan. Akhirnya sampai juga di Jitra pukul 9 mlm. One of the longest journeys we have had. Sampai rumah terus makan. Umi (mil) buat nasi kerabu makan ramai2 dgn adik beradik ipar duai. 

Ahad, 9 Zulhijjah
Bangun pagi tu terus masuk dapur nak buatkan sarapan kononnya. But Umi ayah puasa. Saya pun... Utk anak2 bagi depa makan nasi kerabu mlm tadi je. Malas nak masak dah. T/hari B beli nasi lemak bungkus je utk depa. Lepas zohor saya muka masak gulai itik utk esok (raya). Malamnya buat kuah laksa johor. Mujur biras sulung, k.long ada sama jadi tukang guide. Mama k.long orang johor. Takde buat apa sangat pun preparation utk raya haji ni...

Isnin, 10 Zulhijjah
Pagi raya kami breakfast dulu before ke masjid. K.cik, biras bongsu buat nasi kuning, rendang daging, nasi impit & kuah kacang. Tapi makan ikut sempat je sebab kalut nak ke masjid. Pukul 8 ayah Umi dah ke masjid.

Balik masjid before ziarah rumah sedara mara makan nasi dulu :) masing2 lapaq nasi...orang Kedah, pagi2 mesti mau nasi jugak. Mula2 ke rumah sepupu ayah di siputeh. Makan ketupat pulut hitam & lontong. Sedap rendang ayam k.cik Liza.

Kemudian kami ke rumah sepupu hubby. Elok sampai hujan turun mencurah-curah. K.cik masak nasi tomato, ayam masak merah & sambal sotong. Lawan pula dgn teh tarik. Ini kira menu wajib la tiap2 kali raya mesti ada. K.cik ni meniaga nasi lemak pagi2. Lama juga kami di sini.

Elok hujan berhenti kami bergerak ke rumah apit. Ada kenduri aqiqah anak dia. Singgah di masjid kepala batas utk solat zuhur then baru proceed ke rumah apit. Makan nasi lagi :)

Selasa, 11 Zulhijjah


Seawal jam 10 lagi, suami dan adik ipar dah ke ladang abg mat utk ambik daging aqiqah utk kenduri besoknya. Daging tu terus dihantar ke rumah tukang masak. K.long pula dah start rebus telur utk bunga telur. Bunga telur tu saya dah beli di kl. Ini pun utk majlis aqiqah Nadeen & sepupu2nya. Niatnya nak sedekah kpd geng marhaban dan special guests. Sempat jugak menjenguk orang pasang buai utk majlis esok. Malam kenduri pun sempatlah saya dan k.long tolong Mak Kodiang potong2 sayur utk kenduri besok. Umi pula kalut di dapur buat puding.


Depa posing dulu :)

Rabu, 12 Zulhijjah
Hari ni kami buat kenduri aqiqah utk Nadeen, anis dan asyraf. Nadeen & anis ni sebaya, beza sebulan lebih je. Asyraf pula dah 2 thn lebih. Nanti kita buat special entry utk kenduri depa ni insha Allah.

Yang diraikan....asyraf, Nadeen & anis

Khamis, 13 Zulhijjah
Penat kenduri semalam... Lepas Mak teh dan pak jang sekeluarga bertolak balik, kami pun bergerak ke alor star. Saja jalan2 cari makan... Tak singgah mana pun sbb clash dgn orang keluar lunch so makan di Dee Pumpong ja... Kedai makan ni terletak di Pumpong. Ada seat utk makan tepi sungau tapi kami pilih makan di bahagian depan kedai je. Tak larat nak kepung budak2.

Jumaat, 14 Zulhijjah
Lepas jumaat kami ke Santan, memenuhi jemputan kenduri pza, aqiqah anak saudaranya. Umi & k.long joined sekali. Pegi 2 kereta. Asalnya anak buah pza ni nak dinamakan macam nadeen jugak, tapi tak jadi letak nadeen. Tinggal sophea je :)

Balik rumah terus packing kain baju coz tomorrow kami dah nak balik kl.

Sabtu, 15 Zulhijjah
Lepas breakfast dgn adik beradik, kami bergerak ke SP. Ada jemputan kenduri kahwin office mate suami. Sedapnya bubur chacha+gandum+keledek dekat rumah kenduri tu. Terbayang2 keenakannya sampai sekarang :p


Selamat pengantin baru Farah & suami! Moga kekal ke jannah.

Malam tu kami bermalam di meru. Will blog about the hotel soon. Rehat cukup2 tidoq lena2 esoknya kami sambung perjalanan balik ke home sweet home.

Alhamdulillah syukur dapat balik kampung lama kali ni. Puashati sangat. 

2 comments:

  1. baru dan singgah sini... best ada biras ramai, especially yg rajin masak kan... hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best2...biras2 akak mmg rajin & pandai masak..akak pulak rajin & pandai makan hikhik..

      Delete