Keluar je dari exit Sungkai, dalam 200m macam tu ternampak satu kedai makan, Nasi Bamboo Sg Klah (NBSK). Hampir serentak saya & hubby cakap "kita kena try ni". Then baru teringat tempat ni yg femes tu. Tak sangka pulak kat tepi jalan je. Ingatkan kat hulu sungai mana la kan...
Sampai ke malam kami dok sebut nak makan kat kedai ni. Macam dah kena mandrem hahaha. Breakfast pagi tu pun makan roti canai je, which is very unusual for me. Paling koman pun biasanya nasi lemak bungkus esp bila nak travel. Kami breakfast di restoran yg terkenal di Teluk intan Ghulam Rasul. Signature dish nasi kandar dgn ayam goreng. Kami try ayam goreng je, seketul kongsi ramai2. Punyalah nak 'simpan perut' makan di NBSK. Lagipun food utk lunch belum ready.
Ayam ni memang sedap sangat2. Please try if you are here.
Lepas breakfast kami terus check out. Sampai di NBSK dlm pukul 11 lebih. Bukan setakat org dah ramai, orang yg dah habis makan pun ada! Kedai dibuka jam 10.30 pagi setiap hari kecuali jumaat.
Saya terus ke kaunter nasi. Order nasi, bayar then dia bagi order kita yg diletakkan dlm dulang besar. Utk lauk, air dan sayur kaunter lain. Setiap station tu ada cashier masing2. Bayar dulu then makan.
Saya order nasi bamboo 2 set (rm2.50/set) dan 3 nasi tambah (rm2.00 satu). Setiap set nasi bamboo tu didatangkan dgn telur asin, sambal, ulam, sambal kelapa (marvelous) dan kuah kari.
Untuk lauk saya pilih ikan kembung bakar (rm8.00 seekor), kambing bakar (rm10.00 sepinggan) dan 2 jenis kerabu (rm3.00 semangkuk). Then hubby ambik kari ayam kampung (rm6 seketul).
Kambing bakar ni a must try OK
Untuk air, kitorang ambik air sirap satu jug (rm6). Berlebih2 sampai boleh tapau :)
Memang femes tempat ni. Tengoklah siap ada T-shirt seniri utk jualan. Tempat ni terkenal esp dikalangan bikers. Hari tu pun penuh dgn geng bikers ni.
Dah hampir seminggu since we visited this kedai, dah terasa nak repeat. Memang sah kena mandrem!
No comments:
Post a Comment