Sunday, 7 February 2016

D'Ark Resort Janda Baik



Sebenarnya ini kali kedua bagi saya, B & Abang ke Janda Baik. First time tahun 2009 lama dah. Kami joined geng ofis saya buat day trip ke sini tapi dah lupa kat chalet mana kami sewa. Yg saya ingat owner dia a French lady, ada chalet buluh. Cantik jugak tempat tu.

D'Ark Resort ni memang femes la kan kat Janda Baik ni. Landmark nak ke sini Masjid Sultan Abu Bakar, Janda Baik. Simpang ke resort ni betul2 depan masjid ni. Signboard pun banyak, senang je nak cari.

Jujurnya saya suka sangat dengan tempat ni. Setiap ruang kosong ditanam dgn pelbagai tumbuhan samaada pokok hiasan mahupun herba seperti bunga kantan. Ada juga saya nampak tumbuham hutan spt bunga gelenggang putih yg biasa tumbuh liar menyeri landskap resort ni. Di hadapan resort pula terdapat sungai yg mengalir jernih. 

Landskap yg cantik

Chalet ala rumah kampung menambah seri resort ni, menjadikan suasananya sangat kedesaan. Suka suka suka...


Kat belakang Balqis tu cafe dan sebelah atas tu ada surau, ruang rehat juga pejabat rasanya 


Ini pula reception counter. Cantik! 

Chalet kami kat atas tu. Tangga ni short cut utk ke cafe, padang, sungai dll
Utk loading barang boleh berkereta naik ke atas tapi kawasannya berbukit dan jalannya sempit. Kalau nak reverse kereta memang kena 2-3 kali ke depan ke belakang esp utk kereta besar (MPV, 4WD).  Tapi yg seronoknya since atas bukit memang sejuk dan berangin je. Best!

Ini bilik kami. Memang luas & selesa. Ada 4 katil single plus 1 extra tilam, 2 bathrooms. Ada juga kettle dan ubat nyamuk elektrik disediakan. 

Cikqis lepak kat beranda. Sebelah tu bilik orang lain dan sebelah atas pun ada bilik juga. 2-storey semi d chalet gitew. 

Selain berhasrat utk datang lagi, saya juga menyimpan hasrat nak bina rumah kampung macam ni. Kalau ada rezekilah kan... Berangan kan free je :)

No comments:

Post a Comment