Friday 15 January 2016

Wira Seafood Sri Gombak



Masa zaman study dulu selalu juga makan di Wira Seafood ni. Kerap sangat tu tidaklah cuma kalau duit ptptn baru masuk ke takpun ada birthday kawan2 ke makan la di luar. Yang bestnya pakat dgn member cukup 5-6 orang baru cari kereta. Zaman tu kereta sewa yg glemer Kancil, sewa rm5 sejam. Tong2 duit isi minyak ngam2 je pergi balik ke destinasi. Tak lebih tak kurang. 

Masa berdua dgn hubby pun selalu dating sini. Balik kerja malas nak masak terus dinner sini. Tapi bila anak dah berderet ni jarang la kami makan di luar. Selain faktor kos, nak mengawal mereka pun satu hal juga. 

But last week kitorang decided utk dinner di luar. Saya yang teringin sebenarnya :) malas nak pegi jauh, Wira Seafood pilihan kami. Menu pilihan; ikan kembung 3 rasa, cendawan goreng tepung, kailan ikan masin, telur dadar & tomyam campur. Harga termasuk nasi utk 4 org dan minuman RM49. Oklah... Saya paling suka cendawan goreng tepung, marvelous! 

Harga ikan ikut size. Saya perhatikan almost all pelanggan yg datang akan memilih ikan dan kebanyakannya minta utk dibakar. Sedap kot ikan bakar dia. Boleh try next time :p

Section ikan bakar

Alang2 dah makan di luar tu kira celebrate sekalilah anniversary kami yg dah long overdue, bulan 11 hari tu. Since Umi mabuk teruk dan Abang pun kat kampung sepanjang disember ni baru ada peluang celebrate. Ada dua lagi celebration yg pending, bday Balqis & bday Abang. Insha Allah nanti kita celebrate ye sayangs! 

No comments:

Post a Comment