Sekejap je dah masuk tahun baru. Dah hari ke-2 dah pun. Esok lusa anak2 mula bersekolah. Bermulalah rutin harian yg sibuk. Bukan setakat ibubapa, tapi semua org rasanya terasa tempiasnya. Especially jalan yg akan kembali sibuk seawal pagi. Saya yg SAHM ni pun tak bolehlah nak golek2 atas katil lepas subuh hehe... Tahun ni pulak 2 org hero bersekolah. Banyak perkara nak diuruskan.
Hari ni Angah dapat uniform dan buku sekolah. Maka bermulalah ops balut buku. Ada 14 buah. Separuh lagi masih belum sampai. Ikut pengalaman lepas, boleh tahan banyak juga buku depa ni. +- dlm 20 buah buku Abang dulu. Sakit jugaklah pinggang ni. Mujur juga buku Abang dah dapat sblm cuti sekolah hari tu. Dah siap berbalut semua. Nama pun dah tulis. Pakai rubber stamp je sebenarnya :)
Setiap kali balut buku sekolah anak2 pasti saya teringat kenangan balut buku dgn arwah Pak. Dulu2 pakai kertas minyak je. Segulung 20-30 sen je seingat saya. Pak lah tukang balut. Saya hanya disuruh duduk diam. Mak pula di pelantar mengasah pisau torehnya (pisau motong kata org kg saya). Pak cermat & teliti orangnya tapi kerjanya pantas. Pak ada sebilah pisau lipat 10sen yg digunakan khusus utk potong daun pisang buat alas buluh lemang atau meraut buluh utk dijadikan wau. Pisau ni memang hak peribadi Pak, takde sesapa berani guna/pinjam. Sambil2 membalut buku, Pak akan bercerita kisah silamnya yg tak berpeluang belajar tinggi. Hanya darjah 3 sekolah Inggeris. Tak sempat habis belajar Jepun pula menjajah. W/pun cerita yg sama diulang2 saya tak jemu mendengarnya. Sekali sekala diselitkan nasihat agar saya belajar rajin2 setinggi mungkin. Pak 'pergi' sewaktu saya di tahun tiga, tak sempat melihat saya menerima ijazah. Tapi sekurang2nya arwah sempat melihat saya ke menara gading. Al fatihah utk Pak. Moga Allah mengampuni & merahmatimu ayahanda.
Moga 2016 membawa lebih kegembiraan, kebahagiaan serta kejayaan utk kita semua. W/pun dengar2 tahun ni lebih mencabar terutama dari aspek ekonomi tapi kena stay positive. Kita ada Allah tempat bergantung segala harap. Don't give up!
Credit |
Sekarang banyak buku nk dibalut ya kak... Saya dulu balut buku teks ja...
ReplyDeleteMacam2 buku depa skrg; buku teks, buku aktiviti, buku tulis..tp buku teks tetap wajib kena balut. Hehe
Delete