Jumaat, 9 Zulhijjah 1435H
Cuaca di Arafah pagi itu sangat indah. Matahari bersinar terang, tapi tidak garang. Semalam ketibaan kami di sini disambut dengan hujan renyai2, suatu yang agak luarbiasa di bumi Mekah.
Solat dhuha 2 rakaat sudah, membaca Al Quran sudah, saya terfikir2 apalagi amalan sunat yg sesuai utk dikerjakan pagi ini. Waktu wukuf hanya akan bermula selepas masuknya waktu Zohor jadi kesempatan yg ada diwaktu pagi ini ingin saya manfaatkan dgn sesuatu yg berfaedah. Saya memilih utk beribadat di luar khemah kerana keadaan di dalam khemah agak panas.
Mata terpandang kelibat Ustazah Siti Asmah di suatu sudut. Lantas saya menghampiri dan menyapa beliau. Beliau menyarankan saya menunaikan solat dhuha 8 rakaat. Ganjarannya besar, akan didirikan sebuah istana utk kita di syurga kelak. Allahu Akbar, siapa yang tidak mahukan?
Hari ini, sekali lagi kita bertemu dgn hari Arafah. Dikatakan tidak ada hari yang lebih ramai diampunkan dosa oleh Allah melainkan pada hari Arafah. W/pun tidak berada dibumi Arafah kali ini tapi semangat Arafah tetap bersama. Moga ianya terus hidup dalam jiwa saya hingga ke akhir hayat.
Benar, Arafah telah menyentuh hati saya. Kenangan indah sentiasa bermain di tubir mata. Moga ada kesempatan sekali lagi untuk mengisi hari wukuf di bumi Arafah.
Credit source |
No comments:
Post a Comment